Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

Category Archives: Blog Pemberita

>Iklan banner serendah RM5 sebulan

>Salam kepada semua pengunjung yang tidak pernah jemu melawat blog berita ringkas ni dan yang terus menyokong kewujudan blog ini. Untuk pengetahuan korang semua, iklan banner telahpun diupdate dan diasingkan kepada beberapa pakej dimana harga paling rendah iaitu RM5 sebulan.

Kenapa anda perlu beriklan disini?

1. Harga yang semua orang mampu iaitu serendah RM5 sebulan bagi PAKEJ D. Lokasi iklan strategik dimana iklan anda akan terpapar terlebih dahulu jika pelawat membuka mana-mana halaman di blog ini. Ini akan meningkatkan kemungkinan iklan anda di klik oleh pelawat blog. Selain itu, blog ini bukan sahaja menerima pengunjung daripada kalangan blogger tetapi buat masa sekarang hampir 20% pelawat datangnya dari search engine setiap hari. Untuk statistik pelawat blog sila lihat dibawah.

2. Ranking Alexa yang boleh dikategorikan agak bagus buat masa sekarang dan angka ini dijangka akan terus menurun hari demi hari. Target sebelum pertengahan tahun ni ranking Alexa akan menurun kepada 5 angka. Teruskan menyokong ok. Angka ini diambil pada 15/2/2011 dan blog ini berkedudukan 334,092 keseluruhan dan 1,089 di Malaysia. 87% daripada keseluruhan pelawat datangnya dari Malaysia.
Update 27/2/2011: Alexa 293,854, Malaysia 1,608

3. Berikut adalah traffic yang diambil daripada akaun blogger.com. Sehingga 15/2/2011, blog ini sudah mengumpul sebanyak 68,579 pageview dan purata pageview setiap hari iaitu melebihi 1,500. Angka ini dijangka akan terus bertambah dengan adanya sokongan daripada anda.

4. Berikut adalah analisis traffic yang diambil daripada Nuffnang. Jika anda lihat traffic seminggu yang lepas, blog ini menerima sehingga 600 pelawat unik dalam sehari. Traffic purata pula adalah melebihi 350 sehari manakala pageview melebihi 500 sehari walaupun tanpa blogwalking.

5. Ni plak adalah statistik yang diambil daripada Histats. Selepas 50 hari blog ini dilancarkan (blog lancar pada 25/12/2010), blog ini menerima lebih 16,000 pelawat dan lebih 40,000 pageview. Angka ini juga dijangka bertambah setiap hari.

Pakej iklan yang ditawarkan di wowberita.com



PAKEJ A – Banner bersaiz 728×90 px
1. Harga permulaan ialah RM15 sebulan
2. Kebarangkalian iklan anda di klik adalah paling tinggi.
3. Banner anda hendaklah buat sendiri. Buat banner flash percuma disini.
4. Mendapat sebuah entry ringkas dengan 3 alternate link berkenaan iklan anda dan entry tersebut akan kekal didalam blog ini selagi blog ini wujud.
5. Hanya 1 slot iklan disediakan.

** PAKEJ B – Banner bersaiz 468×60 px
1. Harga permulaan ialah RM10 untuk sebulan. Tiada langganan untuk sebulan.
2. Kebarangkalian iklan anda di klik adalah agak tinggi kerana pelawat akan melihat banner anda sebaik sahaja membuka mana-mana halaman dalam blog.
3. Banner anda hendaklah buat sendiri. Buat banner flash percuma disini.
4. Mendapat sebuah entry ringkas dengan 3 alternate link berkenaan iklan anda dan entry tersebut akan kekal didalam blog ini selagi blog ini wujud.
5. Hanya 4 slot iklan disediakan.

PAKEJ C – Banner bersaiz 125×125 px
1. Harga permulaan ialah RM15 untuk 2 bulan. Tiada langganan untuk sebulan.
2. Kebarangkalian iklan anda di klik adalah agak tinggi kerana pelawat akan melihat banner anda sebaik sahaja membuka mana-mana halaman dalam blog. Iklan bertempat di bahagian atas sidebar blog.
3. Banner anda hendaklah buat sendiri. Buat banner flash percuma disini.
4. Mendapat sebuah entry ringkas dengan 3 alternate link berkenaan iklan anda dan entry tersebut akan kekal didalam blog ini selagi blog ini wujud.
5. Hanya 4 slot iklan disediakan.

PAKEJ D – Banner bersaiz 110×110 px
1. Harga permulaan ialah RM5 sebulan
2. Kebarangkalian iklan anda di klik adalah rendah kerana berkedudukan dalam sesebuah entry blog iaitu diatas widget linkwithin.
3. Banner anda hendaklah buat sendiri. Buat banner flash percuma disini.
4. Mendapat sebuah entry ringkas dengan 3 alternate link berkenaan iklan anda dan entry tersebut akan kekal didalam blog ini selagi blog ini wujud.
5. Hanya 5 slot iklan disediakan.

Nota Dahi: Jika ada yang berminat untuk menyewa iklan PAKEJ A ataupun PAKEJ B, iklan Nuffnang akan dibuang supaya tidak mengganggu iklan anda seterusnya meningkatkan kebarangkalian pelawat berminat untuk klik banner anda.

Syarat untuk beriklan disini:

1. Iklan berunsur lucah SAMA SEKALI TIDAK dibenarkan.
2. Anda perlu sediakan sendiri banner yerk.
3. Sila isi borang dibawah terlebih dahulu. Pastikan anda letak no. akaun bank.
4. Pada ruangan Subject, sila masukkan tajuk berikut: Iklan Blog Berita Ringkas
5. Pada ruangan Message, sila masukkan link banner anda dan URL website yang anda nak iklankan dan nyatakan PAKEJ PILIHAN anda.
6. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi: 0137026110
7. Anda boleh gunakan service percuma untuk membuat banner online seperti flashvortex.com dan mybannermaker.com ataupun anda boleh search google.

http://www.foxyform.com/form.php?id=81205&sec_hash=596e08c0a9a

>Facebook FanPage rasmi wowberita.com

>Hari ni bersamaan dengan hari Rabu 2/2/2011, wowberita.com telah secara rasminya menubuhkan “Official Fanpage” di Facebook untuk semua peminat dapatkan update bagi entry terbaru.

Fanpage ni aku namakan sebagai Tutorial Edit Gambar Tanpa Gunakan Photoshop. Nak tau kenapa? Korang tengok baru korang tahu ye.

Dalam Fanpage ni nanti, aku akan post pelbagai update terbaru dalam blog aku ni supaya mudah bagi warga Facebook nak tahu apa berita terbaru. Selain tu, aku akan post apa saja yang aku rasakan menarik sama ada gambar, video mahupun cerita lawak. Kalau korang nak promote link blog korang pun diizinkan tapi korang kena “LIKE” la dulu fanpage tu ye. Selamat menge’like’ semuanya.

http://www.facebook.com/plugins/likebox.php?href=http%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fpages%2FTutorial-Edit-Gambar-Tanpa-Gunakan-Photoshop%2F191842554177768%3Fsk%3Dapp_4949752878&width=580&colorscheme=light&show_faces=true&stream=true&header=true&height=580

>Peluang join BlogList wowberita.com

>Salam semuanya. Sorry sangat-sangat sebab 2 3 hari ni aku tak berapa nak berkesempatan untuk BW blog member2 ni. Tapi hari ni InsyaAllah bleh kot. Ok semalam aku dah pun create satu blog khas untuk aku buat bloglist. Bloglist ni aku dah wat susunan mengikut negeri asal korang.

Korang boleh tengok kat sini ruangan bloglist tu ataupun korang klik je tab ‘BlogList wow!Berita‘ kat atas tu.

Mana-mana blogger yang masih lagi belum join segmen terbaru wowberita korang boleh klik sini. InsyaAllah segmen ni boleh bantu korang naikkan traffic ke blog korang.

Ok berbalik pada cerita tentang bloglist wowberita tadi. Kepada korang yang berminat, korang MESTILAH follow blog aku ni dulu. Selepas tu sila tinggalkan link blog korang dan negeri pilihan korang kat ruangan komen dibawah sana.

Kalau korang dah follow awal-awal lagi blog ni sila inform yerk. Kejujuran korang amatlah dihargai. Mana-mana blogger yang tidak mematuhi undang-undang ni tidak akan dilayan. Hakhakhak…

BlogList wow!Berita.com

“Aku tujukan khas lagu ni untuk korang. Jatuh cinta aku ngan awek-awek Girls Generation ni. Sume comey-comey wooo!!!”

Nota Dahi: Bantulah aku untuk membantu korang bagi menyediakan service yang lebih mantop selepas ni. Tau kan camne nak bantu? Hahahaaa…Tenkiu…kehkehkeh…

>Perkara kecil tak perlulah diperbesarkan

>Salam semuanya. Sory hari ni aku tak sempat nak buat entry dan blogwalking sebab banyak kerja dengan projek. Mungkin satu ni je entry untuk hari ni. Korang semua pasti tahu yang blog aku ni dah dicalonkan untuk kategori blog penipu. Penipukah aku? Hakhakhak…

Nampaknya isu ni masih lagi panas yerk. Aku memang malas nak ulas lanjut pasal isu ni ataupun nak bongkarkan apa-apa rahsia yang bukan-bukan. Bagi aku isu AutoBlogwalking ni hanya perkara kecil je. Tak perlulah nak diperbesarkan ok. Kalau 1000 orang yang guna Auto BW untuk shout kat blog aku pun aku sangat tak kisah. Kalau sempat aku melawat balik mana-mana blogger yang shout kat blog aku. Tujuan aku untuk cari entry menarik yang nak dikomen. Kalau tak ada just tinggalkan jejak balik je la.

Sebenarnya aku bukan pandai sangat nak menulis secara berbunga-bunga ni. Ok berbalik pada tujuan korang wat blog. Apa tujuan korang wat blog ni? Kalau hanya untuk merapatkan hubungan dan cari kawan baru semata-mata bagus la. Tapi kalau tu je tujuan korang wat blog untuk apa korang letak Nuffnang kat blog korang kan? Semua blogger tahu Nuffnang tu apa kan? Blogger mana yang senang-senang nak klik Nuff korang tu kan? Cuba fikir betul-betul ok.

Tujuan kedua ialah untuk jana income disamping tu jugak boleh tambah lagi ramai rakan blogger. Kalau korang termasuk dalam kategori ni haruslah korang fokus kepada traffic blog korang. Tapi traffic macamana yang korang nak? Kalau traffic korang beriban pun tapi hanya dikalangan blogger, adakah diorang ni nak klik Nuffnang korang? Diorang pun ada Nuffnang gak. Diorang pun nak duit gak. Tak kan lah diorang senang-senang je nak klik Nuffnang korang kan? Tak ke fraud click namanya tu?

Lebih baik korang fokuskan blog korang tu pada SEO supaya blog korang majoriti dilawati oleh pelawat dari search engine. Baru la peluang pelawat nak klik Nuffnang korang tu lagi tinggi. Kalau korang tanya aku memang tujuan aku buat blog ni untuk cari income sampingan dengan Nuffnang disamping tu boleh jugak tambah member. Tapi nak ada income mestilah ada traffic. Sebab tu aku tak suka sangat kecoh-kecoh pasal hal ni. Lebih baik aku fokus pada SEO dan kualiti entry yang aku nak letak dalam blog.

Korang boleh tengok sendiri salah seorang blogger yang hebat. Aku ambil contoh Ar-Rifke. Korang pernah nampak ke Aried ni BW kat mana-mana blog? Tak pernah kan? Tapi kenapa traffic dia tinggi je setiap hari? Korang fikir lah baik-baik yerk.

Mungkin situasi ini yang korang kata pengguna AutoBW ni penipu:
Blogger A guna AutoBW untuk jerit dekat blog Blogger B. Pastu Blogger B ni pun balas la jejak tersebut. Bila Blogger B tahu yang Blogger A ni guna AutoBW terus beliau labelkan Blogger A ni penipu. Come on la. Pada pandangan aku, bila Blogger A dah jerit kat blog Blogger B tu terpulanglah pada Blogger B nak balas jejak ke tak. Macam dah jadi perkara WAJIB plak dalam blogging untuk balas-balas jejak ni. Bagi aku kalau rasa boleh balas tu go on je tapi kalau rasa tak boleh nevermind la. Tak perlu la nak ambil serius sangat ok.

Aku bukan nak sebelahkan mana-mana pihak tapi dengan niat untuk meredakan keadaan. Kalau korang rasa aku ni masih lagi blogger penipu aku tak kisah pun. Aku mintak maaf kalau korang berasa tertipu dengan aku. Jejak korang tu InsyaAllah aku balas balik tapi tak mungkin semua aku mampu balas yerk. Terima kasih gak kat korang yang sudi tinggalkan komen kat blog aku ni.

Last sekali, kalau korang rasa blogger tu guna AutoBW untuk tinggalkan jejak kat blog korang pergi cakap baik-baik dengan dia kalau korang tak suka. Tak perlu pun korang pergi jaja link diorang tu. Apa yang korang buat tu hanyalah bagi backlink dan tambahkan traffic kat diorang. Apa salahnya pergi tegur baik-baik. Kalau kena dengan cara tegur korang tu kemungkinan korang akan rapat dengan blogger tu. Percayalah. Tak perlulah korang nak bermusuh-musuh sesama sendiri.

Nota Dahi: Nasihat aku baik tinggalkan perkara yang dah lepas ni. Tak perlu pun korang nak boikot ke apa ke. Apa yang korang dapat kan? Sekarang ni baik korang fokus pada kualiti entry korang je ok. Lagi baik kalau korang belajar pasal SEO. Aku harap tak akan ada yang terasa dengan aku. Kalau rasa tak puas hati tak perlulah korang susah-susah buat entry untuk balas balik apa yang aku tulis ni. Cukuplah kita berbincang secara aman ok. Tak setuju tak apa. Sekian…Wassalam.

p/s: Jom blogwalking macam biasa…kalau korang kali pertama jumpa software AutoBW tu korang rasa nak cuba tak? Fikir-fikirkan yerk.

>Wow!Berita diterjah untuk kali ke-2

>Alhamdulillah selepas blog aku ni direview oleh Encik Nakal (seminggu lepas kalau tak silap aku), dua hari yang lepas blog aku dapat review lagi. Kalai ni blog aku telah direview oleh Jejaka Terhangat a.k.a JT.

Ingat lagi tak pasal post aku sebelum ni yang bertajuk ‘Follower BloG Review Oleh Jejaka Terhangat‘? Disebabkan post tu la JT review blog aku ni. Memang best dengar pandangan orang tentang blog sendiri ni.

Ni adalah antara komen menarik daripada JT:
1. Template simple
2. Blog kemas
3. Kedudukan ads terbaik
4. Entri unik
5. Gaya penulisan superb

Namun begitu JT telah melontarkan beberapa pandangan tentang blog aku ni.
1. Justify text dalam setiap entry. Kenapa aku tak nak wat justify setiap post entry ni. Bukan tak nak wat masalahnya bila aku justify je akan timbul masalah dengan ‘Berita selengkapnya’ tu. So banyak plak keje aku nak kena edit coding tu.
2. Letak blog archieve. Memang sengaja aku tak letak archieve ni sebab aku dah sediakan page number navigation dan jugak sitemap. Kat sitemap tu pun dah boleh view semua entry dalam blog.

Sekarang apa kata korang tentang blog aku ni? Pilih je mana-mana korang berkenan.

>BEN ASHAARI! MASIHKAH KAU INGAT??

>Ok hari ni bermulanya lembaran baru dalam sejarah wowberita sebabnya ni adalah kali pertama aku nak join segmen Aban Ben yang memang mantop dalam acara blogging ni. Sape yang tak kenal dia kan? Disebabkan dah ramai yang join so aku pun sedikit teruja la nak join segmen ni. Mana tau dapat up traffic sket ke. Lagipun usia blog aku ni tak sampai pun lagi 3 minggu.

“Segmen BEN ASHAARI! MASIHKAH KAU INGAT..ini adalah sebuah segmen yang mudah..Apa yang perlu korang buat ialah menceritakan dengan mengimbas kembali saat saat kali pertama korang berblog..Pahit getir korang buat blog..Susah senang…Suka duka…Mereka yang datang dan pergi…Blogger pertama yang meninggalkan komen..Kutukan serta kejian..Bagaimana korang mendapat inspirasi serta semangat untuk bangkit kembali..Mereka yang sering memotivasikan korang..Dan macam macam lagi…” Nak join? Klik sini.

Sebenarnya aku tak suka sangat buat blog pasal diri sendiri ni. Aku lagi suka cerita pasal isu semasa yang berlaku. Sebab tu blog ni aku namakan ‘Blog Berita Ringkas”. Tapi disebabkan segmen Aban Ben ni aku nak ceritakan sket pasal sejarah aku blogging ni.

Ok aku mula start blogging pada awal 2009. Maknanya dah hampir 2 tahun aku dalam acara blogging ni. Time tu aku memang suka download-download movie ni dan terciptalah satu blog movie sharing. Tapi blog ni hanya setahun je aku update pastu dah malas dah sebab bizi dengan assignment. So sekarang ni blog tu hanya jana traffic dari search engine je la. Rasanya antara korang mesti pernah jenguk blog ni kan? Hahaha…Sehingga tahun 2011 ni, aku dah mempunyai koleksi 34 blog. Tapi hanya 1/3 je yang masih aktif. Malas nak update punya pasal la ni. Hehe…

Time mula-mula blogging dulu, Aban Google la yang jadi panduan aku terutamanya pasal code HTML sampailah sekarang ni aku boleh dikatakan agak mahir la pasal HTML. Sebab tu sekarang ni aku dah boleh siapkan blog yang complete dalam masa 2 jam. Kalau pasal traffic tu jangan cakap la. Aku dah cuba macam-macam cara dah nak upkan traffic blog (sebab dulu aku malas sket nak blogwalking ni). Tapi sekarang ni aku dah rajin blogwalking dan ngomen-ngomen blog ni. Alhamdulillah sekarang ni aku berani nak guna domain sendiri sebab ada sedikit ilmu pasal SEO ni dan hasilnya ialah ‘Blog Berita Ringkas‘ ni.

Berkenaan dengan blog yang korang tengok sekarang ni, entry pertama yang aku publish ialah pada 25/12/2010 pasal ‘Liyana Jasmay miliki 50 legging‘ dan blogger pertama yang bagi komen jatuh kepada HannaFauzann. Pasal kutukan dan kejian tu aku rasa ada je tapi mungkin diorang tak nak cakap depan-depan kot. Kalau korang nak kutuk blog aku ni tak best pun aku tak kisah sebab aku tahu aku memang bukan blogger yang hebat pun. Hakhakhak…Sebelum tu, ni satu lagi blog aku yang aktif: Koleksi Gambar Menarik.

Ok sambung lagi pasal sumber inspirasi. Kalau nak kata sumber inspirasi tu memang banyak la. Mana-mana blog yang ada traffic mantop tu la jadi sumber inspirasi aku. Sebabnya traffic yang tinggilah harapan aku buat blog ni kalau tak memang sia-sia je la. Hehe…Nasihat untuk blogger baru, korang rajin-rajinkanlah blogwalking dan tinggalkan komen kat blog lain InsyaAllah blog korang akan maju. Kalau dalam masa sebulan tu blom maju perkara normal la yang penting jangan patah semangat. Lagi satu dalam blog korang tu jangan la letak background music ok. Orang yang singgah kat blog korang tu tak nak dengar pun lagu korang minat tu. Background music la yang wat blogger lain tak nak datang blog korang.

Orait akhir sekali pasal blog yang aku follow hari ni. Pemenangnya ialah DausPozi. Sebenarnya aku dah pernah datang blog beliau ni dulu tapi hari ni baru nak follow. Tertarik plak dengan susunan blog beliau yang kemas disamping entry yang menarik. Sebelum aku tutup entry ni, izinkan aku share lagi 2 blog yang aku buat. Blog ni atas tempahan Abang dan Akak aku yang buat bisnes diorang. Jom terjah: WafaChocs dan Minuman Raja Herba

Sebelum aku akhiri karangan SPM ni, jom layan video ni. Aku faham korang mesti mengantuk baca karangan yang panjang ni kan? Hakhakhak…

Jangan lupa join BlogList wow!Berita ok. Aban Ben pun dijemput sekali.

>Statistik wow!Berita selepas 10 hari pelancaran

>Salam semuanya. Apa kabor korang hari ni? Moga-moga sihat sejahtera la yerk. Sebenarnya aku tak tahu dah nak wat entry pasal apa. Pastu tetiba plak teringat nak wat statistik blog selepas 10 hari pelancaran wowberita.com. Kalau korang tengok kat bahagian bawah sekali tu ada tarikh blog ni dibuat iaitu pada hari Krismas yang lepas, 25/12/2010. Setahun jagung lagi la blog aku ni yerk.

Walapun usia baru setahun jagung, tanpa diduga blog aku ni telah pun mendapat review dari Encik Nakal. Korang tak kenal ke sape Encik Nakal? Haaaaa…silap besor la korang. Orangnya yang hensem bergaya lagi kacak macam tu pun korang tak kenal. Awek Khairul Fahmi pun hampir-hampir nak mengorat Encik Nakal ni tapi Encik Nakal ni low profile sket. Tu yang dia tolak tu. Hakhakhak…Apa-apa pun aku memang ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Encik Nakal kerana sudi membuat review tentang blog buruk aku ni. Korang try la masuk blog dia aku yakin korang tak akan menyesal. Korang tak perlu takut pun nak masuk blog dia sebab Encik Nakal tak ada buat entry pasal “Mayat diberi makan burung” ke, “kenduri mayat” ke mahupun “gambar dibaham Piranha“!

Ok berbalik pada tajuk asal tadi, entry ni aku nak tunjuk sket statitik blog aku ni. Bukan nak berbangga tapi hanya sebagai info untuk korang je. Dimulakan dengan statistik pelawat dari 30/12/2010 hingga semalam, 5/1/2011 yang diambil dari Nuffnang.



Statitik menunjukkan blog aku telah dikunjungi oleh 1760 pelawat dan mendapat 4088 pageview untuk tempoh seminggu lepas. Alhamdulillah not bad la. Ranking alexa pulak seperti kat bawah ni:

Aku macam tak sangka je rangking Alexa dah turun ke paras 2 juta dalam masa 10 hari. Agaknya bulan depan boleh turun ke 6 angka tak rasa-rasa? Tapi setakat ni blog aku ni belum lagi menerima apa-apa daripada Nuffnang. Korang mesti boleh tolong aku kan? Mesti korang faham apa maksud aku kan? Hakhakhak…tenkiu2…

Selain tu jugak aku nak bagi credit sket kat pengomen terbanyak dalam blog aku ni sepanjang 10 hari ni. Jom terjah blog mereka ni. Aku pasti korang tak akan kerugian satu sen pun kalau masuk blog diorang ni:
1. http://www.puanbee.com/
2. http://saingsaing.blogspot.com/
3. http://syoknyasantai.blogspot.com/
4. http://one2paii.blogspot.com/

Sebelum tu boleh tak korang tolong aku jawab survey kat bawah ni. Dengan survey ni boleh jugak bantu aku untuk tingkatkan prestasi blog ni. Kalau korang suka, aku akan wat korang bertambah suka lagi!

Aku tengok ramai blogger yang suka wat bloglist kat blog diorang. Tapi aku mintak maaf kat korang sebab wat masa ni aku malas lagi nak wat blog list sebab aku nak minimumkan jumlah link kat frontpage blog ni. Maybe sampai masa ada la acara bloglist dalam blog ni yerk. Keep updating la yerk. Aku ada beberapa persoalan untuk korang:

1. Cuba korang fikir balik, kalau korang masuk blog tu then korang kena tunggu sampai 5 minit untuk loading seluruh page blog. Korang rasa korang akan masuk untuk kali ke-2 tak?

2. Katakan korang tengah syok-syok blogwalking time tengahmalam. Time tu memang sunyi sepi kan? Pas korang bukak 10 blog dalam satu masa. Katakan 10 blog ni ada background music. Tak ke keluar lagu mexico time tu. Korang rasa geram tak?

3. Aku tahu ramai blogger suka pakai widget widgeo ni. Tapi korang tahu tak setiap kali korang klik kat blog yang ada widgeo ni harus keluar pop-up screen iklan dari widgeo ni. Ramai blogger yang menyampah dengan widget ni. Korang tak rasa ke?

4. Ada jugak blogger yang cakap jangan letak word verification masa nak post komen tu. Sebab orang yang nak komen ni bukan rajin sangat nak isi menda2 tu sume kan? Sebab tu jugak aku dah disable word verification tu.

5. Ada lagi soalan yang patut ditambah? Aku dah tak ada idea ni. AKu harap tak ada orang yang terasa yerk dengan ayat-ayat aku kat atas ni. Anggapkan ia sebagai teguran membina ok! Aku pun bukan pro sangat blogging ni…hehe…

Nota Dahi: Ribuan terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kat korang yang sudi singgah kat blog aku ni. InsyaAllah aku akan update setiap hari entry dalam blog ni. Sesiapa yang nak exchange banner dengan blog aku silalah klik sini. Sebelum aku tutup entry ni, jom layan lagu korea ni. Syok gak layan lagu ni.

>Peraduan teka jumlah duit syiling

>Ok post kali ni aku nak ajak korang join satu contest anjuran blog iklan kepunyaan aku sendiri. Hehe…contest ni sangat senang. Korang hanya guess berapa jumlah duit syiling dalam gambar kat bawah ni.

Syarat penyertaan:
1. Buat satu entry pasal contest ni kat blog korang. Nyatakan sekali berapa tekaan duit syiling tu.
2. Tinggalkan link korang tu kat post di free-iklan2u.

Tarikh tutup: 30/1/2011

Untuk maklumat lanjut, layari: free-iklan2u

>Apple iPad Review oleh wow!Berita

>Korang mesti pernah dengar iPad bukan? Apa yang istimewanya iPad sehingga menjadi gadjet ke-2 terpantas dalam carian di internet pada tahun 2010? Sekali lagi aku mintak pandangan Pak Cik Google untuk menyelesaikan masalah aku ni.

Kalau korang tengok gambar kat atas tu, saiz iPad adalah berkali ganda lebih besar dari iPhone. Untuk pengetahuan korang, iPad adalah satu gadjet tercanggih keluaran Apple. Sebelum mendapat nama iPad, ia telah diberi nama dengan ‘Apple Tablet‘. iPad adalah ibarat komputer anda tetapi dalam saiz yang lebih kecil berbanding netbook dengan ketebalan hanya setengah inci.

Tinggi: 9.56″ (242.8 mm)
Lebar: 7.47″ (189.7 mm)
Tebal: 0.5″ (13.4 mm)
Berat: 0.68kg, Wi-Fi model; 0.73kg, Wi-Fi + 3G model
Skrin: 9.7″ (diagonal) LED-backlit glossy widescreen Multi-Touch display with IPS technology
Kapasiti: 16GB, 32GB, or 64GB flash drive
Processor: 1GHz Apple A4 custom-designed, high-performance, low-power system-on-a-chip

Bateri:
1. Built-in 25-watt-hour rechargeable lithium-polymer battery
2. Up to 10 hours of surfing the web on Wi-Fi, watching video, or listening to music
3. Up to 9 hours of surfing the web using 3G data network
4. Charging via power adapter or USB to computer system

Info selanjutnya: Apple.com

Sedikit berita berkenaan iPad

HONG KONG 5 Mei – Walaupun Apple belum melancarkan produk terbarunya, iPad di Asia, namun penjualan alat berteknologi tinggi itu tetap hangat dalam pasaran tidak rasmi di rantau ini.

Isnin lalu Apple memberitahu, pihaknya telah menjual lebih sejuta unit iPad (gambar) hanya dalam masa 28 hari dan ribuan daripadanya telah dibawa masuk ke Asia secara tidak rasmi.

Dari Singapura ke Seoul, Bangkok ke Beijing ia dijual lebih mahal daripada harga yang dijual di Amerika Syarikat (AS).

“Kami memperolehi stok dari AS. Lebih baik anda beli dengan cepat jika betul-betul mahukannya kerana Apple hanya membenarkan pembelian dua unit iPad setiap kad kredit di AS dan kami masih tidak tahu bila stok baru boleh diambil,” kata jurujual di sebuah kedai komputer di Pusat Komputer Mongkok, Carl Lee.

Kata beliau, kedainya menerima 15 buah model asas berkapasiti 16 gigabait (GB) sehari yang dijual dengan harga AS$730 (RM2,361) seunit.

Di AS, model yang sama dijual dengan harga AS$499 (RM1,614).

Sementara itu, iPad mudah didapati di hampir semua kedai di Low Yat Plaza, sebuah pusat penjualan barangan elektronik termurah di Kuala Lumpur.

“Kami menjual model 16GB, 32GB, atau 64GB, berapa yang awak mahu? Disebabkan saiz kedai yang besar, maka sebab itu kami membawa masuk ratusan unit iPad sejak bulan lalu,” kata seorang penjual, Caryn Lee yang menjualnya dengan kadar harga di antara AS$750 (RM2,427) hingga AS$1,100 (RM3,559.60)

Permintaan yang terlalu tinggi di pasaran AS sejak pelancarannya 3 April lalu menyebabkan Apple menangguhkan pemasarannya ke negara lain.

“Ia terus melebihi bekalan dan kami sedang berusaha memastikan produk ini boleh dinikmati lebih ramai pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs Isnin lalu. – AFP

Sumber: Utusan Malaysia


Nota Dahi: Niat dihati memang ingin memiliki sebuah iPad, tapi bila tengok harga dah cecah RM2.5k tu kena tunggu time dah keje la jawabnya. Tak pun mana la tahu ada orang bagi iPad sebagai hadiah hari jadi aku ke. Hakhakhak…

p/s: Rebut peluang untuk memenangi iPad 64GB sekarang. KLIK SINI.

>Projek Blogwalking Siri 2

>Ok pada post kali ni aku nak sambung lagi ‘Projek Blogwalking’ yang aku buat sebelum ni. Pada “Projek Blogwalking’ Siri 1 yang lepas, aku dah pun dapatkan 20 url untuk aku terjah setiap hari. Kalau ada post menarik akan aku tembak sket-sket ye. Untuk Siri 2 ni aku memerlukan lagi 20 blogger untuk diterjah setiap hari.

List blogger pada siri 1 korang boleh tengok kat sini. Yang belum berpeluang untuk tinggalkan url beliau pada Siri 1 yang lepas, korang diberi peluang ke-2 kononnya untuk berbuat demikian. Tinggalkan je url korang kat ruangan komen dibawah.

List blog untuk ‘Projek Blogwalking’ Siri 2
1. http://nurhafiz2009.blogspot.com
2. http://www.anaknegori.blogspot.com
3. http://azyaleeya92.blogspot.com
4. http://ammboi.blogspot.com
5. http://cinta-matahariku.blogspot.com
6. http://syok-blogger.blogspot.com
7. http://eraisazmandaughter.blogspot.com
8. http://zahirulonline.blogspot.com
9. http://idazaidi.blogspot.com
10. http://sharingland-lyza.blogspot.com
11. http://nadiazmain.blogspot.com
12. http://ohdaus.blogspot.com
13. http://friendshipworlds2u.in-malaysia.org
14. http://letsmakeover2u.blogspot.com
15. http://ayujazari.blogspot.com
16. http://myadsfeed.com/blog
17. http://syok2u.blogspot.com
18. http://www.beingcolorful.blogspot.com
19. http://www.lurim.blogspot.com
20. http://boyhotweb.blogspot.com
21. http://bluntcastangler.blogspot.com
22. http://natrahmohdsaid.blogspot.com