Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

Category Archives: Video Menarik

>Video 3D kemalangan rally Robert Kubica

>Pada entry yang lepas, aku ada bercerita tentang kemalangan ngeri yang membabitkan pelumba sensasi Formula 1 iaitu Robert Kubica pada perlumbaan rally di Itali. Susulan kemalangan tersebut, Kubica perlu mengambil masa lebih setahun untuk pulih.

Berikut adalah video 3D simulasi bagaimana kemalangan membabitkan Robert Kubica berlaku. Pasti ramai yang ingin tahu bagaimana ianya berlaku. Credits to youtube diatas perkongsian video 3D ni.

Berita, video dan gambar kemalangan Robert Kubica

>[Video] Wanita gagal dalam parking kereta

>Memang tidak dinafikan golongan wanita memang ramai yang memandu kereta terutamanya pelajar perempuan di sesebuah universiti khususnya. Tapi tidak hairan juga kebanyakan wanita ni juga gagal dalam parking kereta.

Aku tak mahu cakap panjang tentang hal ni. Kat negara kita ni mungkin jarang dilihat wanita yang gagal dalam parking. Tapi mungkin ianya berlaku di negara lain. Apa-apa pun jom layan video dibawah ni. Semoga anda terhibur.

Apa pendapat anda?

Adakah mereka ini gementar untuk parking kereta?

Anda mesti tergelak jika tengok video ni

Nota Dahi: Semua video diatas adalah untuk hiburan semata-mata. Credits to youtube.

>Video final Piala Suzuki Malaysia lawan Indonesia

>Walaupun sudah lebih sebulan ianya berlalu tapi ia menjadi kenangan yang paling manis buat skuad bolasepak Malaysia kerana berjaya menamatkan penantian untuk menjuarai Piala AFF Suzuki baru-baru ini dengan kemenangan aggregat 4-2 menewaskan Indonesia.

Skuad negara bimbingan K Rajagopal bermula garang apabila berjaya menundukkan Indonesia 3-0 pada final pertama di Stadium Bukit Jalil. Walaupun Indonesia berjaya bangkit dengan kemengan 2-1 di halaman sendiri pada perlawanan final kedua di Stadium Gelora Bung Karno namun ianya sudah terlambat untuk menghalang skuad negara untuk mencipta kejayaan paling bermakna itu.

Bagi anda yang tidak berpeluang menonton secara live dua perlawanan final sebelum ini, wowberita.com akan menyajikan video penuh perlawanan tersebut. Video final Piala AFF Suzuki ini diambil daripada youtube. Jom sama-sama kita saksikan kembali kejayaan manis skuad bolasepak negara secara online terus dari wowberita.com. Jika anda mempunyai IDM, anda boleh terus download video perlawanan bolasepak Final Piala AFF Suzuki ni.

Download Internet Download Manager dari mediafire..

Final Piala Suzuki 1st Leg – Stadium Bukit Jalil

Final Piala Suzuki 2nd Leg – Stadium Gelora Bung Karno

Nota Dahi: Selepas berjaya mencipta kejayaan sebagai juara baru Asia Tenggara, skuad bolasepak Malaysia kembali meneruskan rentak kemenangan dengan kemenangan ke atas Hong Kong pada pelawanan persahabatan yang berlangsung pada 9/2/2011.

>[Video] Remaja berdua-duaan dalam tandas

>Masa pertama kali aku layan video ni memang excited sebab nak tau la kan apa yang budak dua orang ni buat dalam dalam tandas. Jangan pikir yang bukan-bukan ye! Tapi apa yang aku dapat hanyalah…mmm..korang tengok la sendiri ok.

Sila tengok sampai habis video ni. Kalau tak memang korang tak akan faham. Selamat mengenjoy…

Nota Dahi: Amacam? Best tak? Layan beb…

>[Video] Wanita mengandung dipukul dan ditendang

>Sedih betul aku tengok video kat bawah ni. Memang tak ada perikemanusiaan betul lelaki tu sampai ditendangnya wanita yang mengandung! Nak tahu cerita sebenar sila baca dibawah ni ye.

Cerita disebalik video ngeri ni:

In yet another weird news, a Chinese man from China was caught on CCTV attacking the female store manager of a fast food restaurant in WenZhou, China.

The Chinese media reported that the incident was triggered when the man’s girlfriend called the restaurant from a nearby internet cafe, requesting for delivery of an ice-cream cone. As the ice-cream is not an item in the restaurant’s delivery list, the request was rejected, despite another call by the boyfriend. The furious man than decided to march over to the fast food restaurant to confront the pregnant store manager.

What followed is quite horrifying as he began to attack the manager. The sad thing is that the group of restaurant workers and customers who witnessed the scenes did not try hard to stop the attacker, presumably because he was extremely aggressive. The China netizens however where not so kind. Other than condemning the acts of the man, they also chided those who were present watching the scene unfold but did little to interfere. These netizens bemoaned the general lack of compassion among the Chinese citizens.


Sumber: Forum Kaskus

Nota Dahi: Hanya dengan perkara kecik macam tu pun sapai nak pukul dan tendang pengurus kedai tu. Dah gila ke apa?

>Cara senang nak dapatkan makanan percuma

>Korang suka tak McDonald’s ataupun KFC ataupun Burger King? Mesti perut korang dah menyanyi kan bila terbayangkan Big Mac sebijik? Hakhakhak…Ok hari ni aku nak tunjuk kat korang macamana nak dapatkan makanan percuma dari McDonald’s dan seumpamanya.

Korang tahu kan Drive Thru? Ala yang pandu lalu tu la. Tak perlu nak keluar dari kereta pun kalau nak beli. Bleh tak aku kata sebagai window shopping? Hehe…Ok berbalik pada tajuk asal.

Sebenarnya bukan aku nak ajar pun korang wat menda tak elok ni. Tapi Remi Gaillard yang nak ajar. Jom layan video kat bawah ni macamana prankster yang terkenal dalam Youtube ni dapat makan free dari McDonald’s.

Nota Dahi: Amacam? Susah tak? Korang jangan plak pegi gatal perut cuba macam yang Remi ni buat tau! Sekadar hiburan dimasa lapang je ni.

>[Video] The Wang and Only makin glemer dalam Youtube

>Korang pernah tengok tak video budak dua yang tak ada gigi ni dalam youtube? Siapa sangka budak dari Filipina ni semakin hari semakin glemer dalam Youtube. Untuk maklumat korang, diorang menggelarkan diri mereka sebagai ‘The Wang and Only’. Korang boleh search kat youtube ataupun google.

Aku tak nak cerita panjang pasal budak 2 orang ni. Korang boleh search sendiri ok. Apa yang aku nak share hari ni ialah video yang diorang buat sendiri. Macam-macam lagu dah diorang ni buat video klip. Memang gelak besar la aku tengok diorang nyanyi. Ye la dengan tak ada giginya pastu bukak mulut luas-luas sambil nyanyi. Korang boleh layan video klip diorang ni kat bawah.

Untuk makluman korang, fanpages The Wang and Only kat facebook dah mencapai 114,947. Banyak tu beb…berikut ada beberapa gambar yang aku cedok dari fanpage diorang. Korang boleh tengok kat sini.




Walapun tak ada gigi namun itu bukan penghalang bagi The Wang and Only menyanyi dengan betul. Hakhakhak…Jom layan video kat bawah plak.






Tags: The Wang and Only, The Wang and Only youtube, download video The Wang and Only youtube, justin bibir, video budak menyanyi mulut luas, video budak filipina menyanyi lawak, video klip kelakar, budak tak ada gigi menyanyi, lawak video budak nyanyi, download lagu budak filipina, siapa The Wang and Only, video youtube The Wang and Only, The Wang and Only makin glemer kat youtube, facebook fan page The Wang and Only, layan video The Wang and Only, budak bibir luas lagu video klip, budak mulut besar menyanyi, tengok video klip lawak

>[Gambar] Liebherr T 282B Lori terbesar didunia

>Korang rasa lori yang paling besar korang tengok kat atas jalan tu dah cukup besar ke? Lori mana lagi besar kalau nak dibandingkan dengan gambar kat atas dengan yang korang pernah tengok? Ok entry ni aku nak kongsi satu lagi gambar menarik dengan korang.

Ok sedikit cerita berkenaan dengan Liebherr T 282B yang aku sedut daripada wikipedia. Liebherr T 282B mula diperkenalkan pada tahun 2004 iaitu di Munich, Jerman. Dengan kapasiti sehingga 3,750 horsepower, Liebherr T 282B menjadi lori pengangkut yang terbesar didunia ketika itu sebelum Bucyrus MT6300AC dan Caterpillar 797F diperkenalkan pada 2008.

Untuk pengetahuan korang, Liebherr T 282B berharga USD4 juta ke USD5 juta sebuah. Pergghhh…dah boleh beli 4 biji Lamborghini dah tu. Negara yang menggunakan Liebherr T 282B antaranya USA, Chile, Indonesia, South Africa dan Australia. Untuk maklumat lanjut tentang kenderaan gergasi ni korang boleh buka wikipedia ataupun tanya dengan Aban Google.





Berikut adalah sedikit video yang aku sedut daripada youtube khas untuk korang yang nak berkenalan dengan Liebherr T 282B. Aku pun baru nak tengok gak video ni. Jom layan dulu.

Nota Dahi: Amacam? Teruja tak dengan binatang gergasi ni? Tinggi tayar die pun dah dua kali ganda tinggi manusia. Memang sebuah binatang yang menakjubkan.

>[Video] Troll A – Pelantar gas terbesar dalam sejarah

>Orait korang nampak kan gambar diatas ni? Ok sebenarnya ia merupakan pelantar gas yang terbesar pernah dibina dalam sejarah pembinaan. Kalau korang nak tahu pelantar ni hanya menghasilkan gas sahaja. Apa yang menariknya tentang Troll A ialah ia lebih tinggi dari Menara KLCC jika diletak atas tanah! Percaya tak?

Troll A dibina pada 1991 dan siap sepenuhnya pada 1996 oleh syarikat pembinaan dari Norway dan sekarang ia dipegang oleh syarikat minyak Statoil. Jumlah ketinggian pelantar gas ni adalah 472 meter (KLCC 451 meter) atau lebih kurang 1500 kaki dan mempunyai berat 656,000 tan. Bayangkan!

Dalam keempat-empat kaki pelantar tersebut, ia mempunyai lift yang mengambil masa 9 minit untuk sampai ke bahagian paling bawah. Ketebalan kaki pelantar pula 1 meter untuk menampung jumlah tekanan yang sangat tinggi di dasar laut dan ombak yang kuat.

Sumber: Wikipedia







Sumber gambar: Aban Google

Berikut adalah video dokumentari yang aku sedut daripada youtube untuk tatapan korang semua. Video ni menerangkan secara terperinci bagaimana pelantar yang sebegitu besar ni boleh diletakkan ditengah lautan tu. Dasyat bukan teknologi zaman sekarang?

Nota Dahi: Member aku ada cakap, baru beberapa orang je orang Malaysia yang pernah sampai kat platform Troll A ni. Bukan senang nak bleh sampai sini der. Doakan aku bleh sampai kat sini gak nanti yerk. Hakhakhak…

>[Video] Kegagalan dalam Amazing Race

>Korang nampak tak apa yang ada dalam gambar kat atas tu? Ok meh aku storyline sket. Sebenarnya awek kat atas tu tengah sertai acara amazing race. Biasa la kalau amazing race ni macam-macam task yang kena buat kan? So awek tu kena tembak sebuah patung kat depan menggunakan BUAH TEMBIKAI. Sebab tu nampak dia duk tarik sesuatu tu. (macam lastik burung jugak la)

Pastu nak tau apa yang jadi? Korang tengok video kat bawah ni sampai habis. Kesian giler dowh awek ni. Nasib baik tak KO terus. Tepat pada sasaran plak tu.

Nota Dahi: Bagi korang yang suka lastik burung, ayam mahupun kucing tu korang insaf la yerk. Mungkin perkara ni boleh terjadi kepada korang. Orang kata lastik makan tuan! Video ni pun best kalau layan.