Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

Category Archives: Tutorial

>Tutorial tukar file Word ke PDF

>Bagaimana nak menukar file Microsoft Office seperti Word, Powerpoint dan Excel ke dalam format pdf? Ok pada tutorial ini, aku akan berikan tutorial bergambar tentang cara-cara nak menukar file kepada format pdf dengan menggunakan software pdf converter.

Sila ikut tutorial bergambar berikut bagaimana untuk menggunakan software tersebut.

1. Download software words to pdf converter mediafire.

2. Bila download selesai, buka file tersebut dan install terlebih dahulu. Bila dah selesai install, buka file Microsoft Office yang korang ingin tukarkan ke dalam format pdf. Contoh dibawah ialah file Excel yang hendak ditukar kepada pdf.

3. Jika file tersebut telah bersedia untuk ditukar, korang tekan je butang Microsoft Office macam dalam gambar dibawah ni. Selepas tu korang klik Save as > PDF or XPS > Publish

4. Ini lah hasilnya file Excel tadi dah pun ditukar ke dalam bentuk pdf.

Nota Dahi: Tutorial ini sangat berguna untuk anda terutamanya golongan pelajar dan pekerja pejabat. Semoga tutorial ringkas bergambar ini dapat membantu anda yang sudah sekian lama mencari jalan untuk menukar file ke dalam bentuk pdf.

Advertisements

>Cara tonton bolasepak LIVE streaming

>Kat mana nak tengok bolasepak secara online? Website apa yang boleh tengok bolasepak live streaming video online? Macamana nak tonton bolasepak LIVE streaming di wowberita.com? Tutorial untuk menonton bolasepak LIVE streaming. Itulah antara persoalan yang bermain dalam fikiran anda bukan?

Di wowberita.com, anda berpeluang untuk menonton bola sepak secara LIVE menerusi streaming video terus dari blog ini. Terdapat banyak perlawanan bolasepak yang boleh anda tonton seperti Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Sepanyol (La Liga), Liga Itali (Seria A), Liga German, Liga Perancis, Liga Juara-Juara Eropah (Champions League), Piala FA Inggeris, Perlawanan Persahabatan Antarabangsa, Piala Asia dan banyak lagi perlawanan lain.

Macamana nak tengok perlawanan bolasepak semua secara online? Ok klik je link kat bawah ni:

Tonton bolasepak LIVE Sreaming video secara online
Bagi memudahkan anda untuk menonton bolasepak secara online, aku akan buatkan sebuah tutorial bergambar yang ringkas dan padat. Anda cuma perlu follow je langkah dibawah ni ok.

1. Klik link bolasepak live streaming kat atas tu.

2. Bila dah masuk halaman tersebut, anda perlu semak bila perlawanan bolasepak pilihan anda bermula. Untuk memudahkan anda, tukarkan jam tersebut kepada (GMT+8) supaya sama dengan waktu di Malaysia.

3. Biasanya link untuk tonton bola online ni akan keluar sejam sebelum perlawanan bermula. Jadi seeloknya anda tekan CTRL+D untuk bookmark terlebih dahulu halaman tersebut bagi memudahkan anda berkunjung kembali sebelum perlawanan bermula.

4. Ok katakan aku nak menonton perlawanan bolasepak antara FCM Targu Mures vs FC Vaslui. Anda perlu klik je perlawanan tersebut seperti dalam gambar dibawah:

5. Bila anda klik perlawanan yang anda nak tengok, link untuk LIVE streaming video akan muncul. Terdapat banyak link yang boleh anda pilih. Anda cuma klik mana-mana link dan tunggu video tersebut loading kepada perlawanan bolasepak tu. Tapi pastikan internet anda betul-betul laju. Kualiti video memang agak bagus.

6. Berikut adalah contoh video LIVE streaming perlawanan antara FCM Targu Mures vs FC Vaslui. Kualiti video memang agak baik untuk tontonan anda. Jom sama-sama layan.

Nota Dahi: Bagi semua peminat bolasepak dalam dan luar negara, selamat menonton bolasepak secara online. Jika ada sebarang masalah sila kemukakan pada ruangan komen dibawah ok. Kesudian anda untuk berkongsi entry ini amatlah dialu-alukan.

>Tutorial cara buat logo blog percuma

>Menarik bukan kalau blog korang mempunyai logo persendirian? Ok pada entry kali ini aku nak berkongsi satu tutorial bagaimana nak buat logo blog secara percuma dan senang. Kat bawah ni ada satu contoh logo yang aku buat dalam masa 5 minit.


Macamana nak buat logo tersebut? Ok ikut je langkah-langkah kat bawah ni ye:

1. Download software AAA Logo 2010 mediafire

2. Selepas download mediafire selesai, korang bolehlah install software AAA Logo 2010 tersebut. Jangan lupa masukkan keygen sekali ye. Aku tak nak ajar macamana cara nak install sebab aku anggap kebanyakan daripada korang dah tahu nak install sesebuah software.

3. Bila dah siap install, buka software tadi dan akan keluar page seperti berikut. Korang boleh pilih mana-mana contoh logo yang korang berkenan. Klik Previous page dan Next Page untuk melihat kesemua template logo yang telah tersedia.

4. Aku ambil contoh logo BLuestrorm dibawah ni. Klik logo tersebut untuk edit dan akan keluar halaman seperti dibawah. Untuk menukar tulisan BlueStorm tu, korang klik je kat tulisan tu dan Text pada tab bahagian atas.

5. Selepas tulisan tersebut diedit, ianya akan menjadi seperti dibawah ni. Pada sebelah kiri bahagian bawah tu, terdapat banyak bentuk yang korang boleh gunakan untuk membuat logo pilihan. Klik je mana yang berkenan. Pada bahagian tab, banyak lagi option lain yang korang boleh explore seperti effect, gradient, transform dan colours.

6. Jika logo korang sudah siap, sila klik file > save logo image. Korang akan ditanya seperti dibawah. Sila tandakan transparent background untuk memudahkan korang menggunakan logo tersebut untuk diletak pada header blog korang.

7. Selepas semuanya selesai, bolehlah korang import logo tersebut untuk diedit ke dalam photoshop pula. Selamat mencuba.

Nota Dahi: Diharap tutorial ini dapat membantu anda untuk membuat logo blog yang lebih professional yang menarik. Software AAA Logo 2010 adalah percuma untuk di download di mediafire. Jika anda rasakan entry ini bermanfaat, sila tekan like dibawah ataupun share entry ini di facebook anda.

>Cara berkesan tingkatkan traffik blog

>Semua orang sudah sedia maklum bahawa blogger tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Boleh dikatakan setiap hari mesti ada blog baru yang tumbuh. Aku pun dalam proses nak setup blog baru gak ni. Hehe…

Ok berbalik pada tajuk asal post ni iaitu berkenaan dengan traffik. Semua blogger mahukan traffik yang tinggi ke blog diorang. Ada sesetengah blogger menggunakan cara blogwalking sebagai medan untuk menaikkan traffik dan ada juga yang mempraktikkan Search Engine Optimization (SEO). Tapi harus diingat, jika anda mempraktikkan SEO, ia akan memberikan traffik yang berterusan ke blog anda berbanding blogwalking.

Selain SEO dan blogwalking, adakah cara lain yang lebih berkesan untuk tingkatkan traffik blog? YA! Memang terdapat banyak cara untuk menaikkan traffik blog anda. Untuk entry kali ini, apa yang aku ingin promotekan ialah APESAL.COM. Untuk pengetahuan anda, apesal dibina sebagai platform bagi blogger di Malaysia saling menjana traffic.

Ibaratnya: Anda bagi traffic kepada Apesal dan Apesal akan kembalikan semula traffik 3 kali ganda kepada anda.


Betul ke Apesal boleh jana traffik ke blog anda? Ok lihat saja screenshot kat bawah ni. Anda boleh lihat berapa ramai pelawat yang datangnya dari Apesal sepanjang bulan Februari ni.


Menarik bukan? Ok bagaimana Apesal ni berfungsi? Untuk pengetahuan anda, jika anda ingin menerima traffik daripada Apesal, anda mestilah terlebih dahulu meletak widget seperti dibawah ataupun pada sidebar blog ini. Selepas itu, katakan pelawat blog anda klik pada widget Apesal, Apesal secara automatik akan memberi balik 3 kali ganda klik ke blog anda.

Contohnya, anda telah memberi 100 klik pada Apesal melalui widget tersebut, Apesal akan menghantar balik 300 klik kepada blog anda. Mudah je kan? Bagi anda yang belum meletakkan widget Apesal di blog anda, mulalah letak widget tersebut sekarang dan mula jana traffik percuma ke blog anda. Sila klik mana-mana entry pada widget dibawah dan daftarkan keahlian anda di Apesal sekarang.

Koleksi entry terbaik antara blogger di Malaysia

Nota Dahi: Semoga entry ini dapat memberi manfaat yang sepenuhnya kepada anda dan anda dialu-alukan untuk kongsikan entry ini di blog anda.

>Tutorial membuat sitemap di blogspot

>Sitemap dalam sesebuah blog adalah penting kerana ia menjadikan blog anda lebih mesra pengguna. Kegunaan sitemap ialah untuk memudahkan pelawat blog anda melihat kesemua entry dalam blog anda sama seperti blog archieve yang kebanyakan blogger letak di sidebar blog.

Pada entry kali ini, aku akan buatkan tutorial macamana nak buatkan sitemap dalam blog korang tanpa gunakan blog archieve. Bagi sesetengah orang, mereka mungkin lebih gemar menggunakan blog archieve tapi aku lebih suka meletakkan list semua entry dalam satu entry yang berasingan.

Berikut adalah demo untuk sitemap yang korang boleh letak dalam blog korang. Credits to Abu Farhan.

Demo sitemap 1
Demo sitemap 2

Tutorial meletakkan sitemap di blog:

1. Buatkan satu landing page baru. Posting > edit pages > new page > Edit HTML.

2. Masukkan kod berikut dalam landing page tersebut.

Sitemap 1

<link href=”http://abu-farhan.com/script/acctoc/acc-toc.css&#8221; media=”screen” rel=”stylesheet” type=”text/css”></link>
<script src=”http://abu-farhan.com/script/acctoc/daftarisiv2-pack.js”></script&gt;
<script src=”http://http://www.oblo.web.id/feeds/posts/summary?max-results=1000&alt=json-in-script&callback=loadtoc”></script>
<script type=”text/javascript”>
var accToc=true;
</script>
<script src=”http://abu-farhan.com/script/acctoc/accordion-pack.js&#8221; type=”text/javascript”></script>

Note: Tukarkan code berwarna merah dengan url blog anda

Sitemap 2

<link rel=”stylesheet” href=”http://www.google.com/uds/solutions/dynamicfeed/gfdynamicfeedcontrol.css&#8221; type=”text/css” media=”screen” />
<script style=”text/javascript” src=”http://scriptabufarhan.googlecode.com/svn/trunk/daftarisiv2.js”></script&gt;
<script src=”http://deconstructioncode.blogspot.com/feeds/posts/summary?max-results=9999&alt=json-in-script&callback=loadtoc”></script>

Note: Tukarkan code berwarna merah dengan link blog anda

3. Publish page tersebut dan korang dah berjaya membuat sitemap untuk blog korang.

>Tutorial tingkatkan kelajuan Mozilla Firefox

>Adakah anda seorang pengguna Mozilla Firefox? Adakah anda mahu kelajuan browser Firefox anda 8 kali lebih pantas? Ok untuk tutorial hari ni, aku ada terjumpa sebuah video macamana nak ubah setting Firefox supaya boleh tingkatkan kelajuannya.

Sebenarnya aku tak berkesempatan nak buat tutorial bergambar jadi aku ambil la video ni kat youtube untuk panduan korang semua. Diharapkan korang faham la yerk. Kalau ada apa-apa masalah korang tinggalkan je komen kat bawah tu.

>Tutorial capture gambar seluruh webpage

>Korang pernah tak teringin nak dapatkan print screen gambar seluruh webpage bagi sesebuah website? Macam gambar kat bawah ni la. Ok hari ni aku nak ajar korang macamana nak buat semua tu.


Untuk membolehkan korang capture gambar ni, apa yang perlu korang ada ialah sebuah plugin untuk browser korang yang diberi nama Fireshot. Aku baru jumpa semalam plugin ni. Macamana nak guna? Korang ikut je steps seperti bawah ni:

1. Pergi ke laman web Fireshot.

2. Korang scroll sedikit page tu sampai jumpa “FireShot has a transparent GUI and is an easy-to-use timesaver.” macam dalam gambar kat bawah tu. Korang tekan download mengikut jenis browser yang korang guna.
Bagi pengguna Mozilla Firefox, tekan je macam la kotak merah tu.

3. Selepas tekan download, akan keluar satu popup screen seperti dibawah. Korang tekan je install dan selepas habis semuanya korang perlu restart browser.

4. Pada bahagian bawah sebelah kanan browser korang, akan ada shortcut untuk korang capture gambar webpage. Tekan je gambar pensel tu dan tetapkan kawasan yang korang nak jadikan sebagai gambar. Explore la dulu yerk.

5. Kalau korang masih belum faham, jom tengok demo macamana nak capture screen sebagai gambar. Demo ni bukan aku yang buat yerk.

>Tutorial pasang CommentLuv di blogspot

>Untuk pengetahun korang, aku dah pun pun tukar sistem komen kat blog aku ni kepada IntenseDebate. Kenapa aku guna IntenseDebate? Sebabnya ialah plugin CommentLuv macam yang korang tengok dalam gambar kat atas tu.

Selepas aku terbaca entry AriffShah tentang CommentLuv ni terdetik plak kat hati ni nak guna IntenseDebate. Banyak kelebihannya kalau guna IntenseDebate ni. Yang pertama, sistem komen ni sangat mudah dan kemas. Lagi satu yang paling penting dengan adanya CommentLuv, ini lebih menggalakkan orang lain untuk komen entry korang. Kenapa? Sebabnya disamping komen entry dapat la pelawat promote entry terbaru dalam blog diorang kan.

Kebiasaannya CommentLuv ni digunakan bagi blog yang Self-hosted WordPress. Aku memang suka komen blog yang ada CommentLuv ni. Seperti blog Zonbebas.com ni, aku ada jugak dapat traffic hasil dari CommentLuv.

Ok hari ni aku nak ajar korang macamana nak letak IntenseDebate dalam blog korang dan pasang sekali CommentLuv tu. Korang follow je steps kat bawah ni ok.

1. Layari intensedebate.com dan sign up terlebih dahulu.
2. Bila dah daftar, sila login akaun IntenseDebate korang dan klik Install IntenseDebate.

3. Masukkan url blog korang seperti dibawah dan klik next step:

4. Korang akan jumpa page seperti dibawah. Klik sites > blog korang > plugins.

5. Cari plugin CommentLuv dan klik activate.

6. Bila plugin dah activate, tekan reinstall macam dalam gambar kat bawah:

7. Select installation type: Pilih template

8. Login akaun blogger korang. Dashboard > design > edit HTML. Sila tekan download full template. Kemudian korang perlu upload template tersebut dalam page seperti tutorial nombor 7.

9. Bila dah selesai upload akan keluar page seperti dibawah. Pada bahagian sebelah kiri (template install), korang copy code HTML dan paste kan ke blog korang (sebelah kanan).

10. Klik save template dan anda dah berjaya pasang IntenseDebate.

Nota Dahi: Diharap dengan adanya tutorial ni dapatlah membantu korang. Jika ada sebarang masalah untuk pasang IntenseDebate ni sila tinggalkan komen korang yerk. Rajin-rajinlah korang komen kat sini disamping dapat promote blog korang. Hehe…Selamat mencuba.

>Tutorial edit gambar tanpa gunakan Photoshop

>Orait pada entry kali ni aku nak tunjukkan cara yang paling senang untuk korang edit gambar tanpa gunakan Adobe Photoshop. Aku tahu ramai antara korang yang suka edit gambar kan? Tujuan utama untuk jadikan profile picture kat Facebook. Haha…ingat aku tak tahu ke? Tapi ramai ke yang tahu guna Photoshop?

Ok korang nampak gambar Upin Ipin kat atas tu. Sekarang aku hanya gunakan gambar tu untuk diedit. Caranya mudah je ni. Korang follow je steps kat bawah ni ok.

Klik link ni > Picjoke
Selepas masuk website tu, korang akan jumpa page seperti diatas. Korang boleh pilih interface mana yang korang suka untuk letak gambar korang tu. Dah jumpa yang mana berkenan, klik je. Pastu korang akan dibawa ke page seperti dibawah untuk upload gambar korang.

Klik browse untuk cari gambar pilihan korang. Bila dah jumpa tu klik je button Create your picture. Akhir sekali korang tunggu je sampai siap. Ni antara gambar Upin Ipin yang dah diedit gunakan picjoke ni. Jom try!




Nota Dahi: Amacam? Tak berminat nak cuba ke? Tapi satu je yang tak best. Setiap gambar yang dah diedit tu akan ada watermark Picjoke.com tu. Tak leh r korang bangga ngan member korang nanti. Hakhakhak…selamat mencuba~

>Tutorial dapatkan $1000 sehari dari Google Adsense

>Korang mesti tak percaya kan dengan pendapatan yang aku dapat dengan Google Adsense kat atas tu? $1160 dalam sehari tu beb. Bukan calang-calang orang boleh dapat tu. Ok tanpa membuang masa aku nak kongsi sedikit rahsia macamana nak nak dapatkan lebih $1000 dalam sehari. Teknik ini boleh juga diguna pakai untuk iklan Nuffnang korang. Apa yang pasti gambar diatas BUKAN photoshop!

Sebenarnya tak ada teknik rahsia pun. Aku hanya gunakan code kat bawah ni je:

javascript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0

Ok macaman nak buat? Korang copy code kat atas tu (pastikan korang dah buka webpage yang korang nak edit), then korang paste je kat kotak letak URL tu (bahagian yg ada http:// tu la). Pastu secara otometik korang boleh edit page tu. Trick ni memang menarik kalau nak cuba.

Nilai kat dalam gambar diatas tu hanya dusta semata-mata. Kahkahkah…Nuffnang pun aku boleh dapat RM1660??? Hahaha…