Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

Category Archives: Hiburan

>Jadual jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010

>SIRI Jelajah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 yang berlangsung Sabtu dan Ahad lalu di Kuantan Parade, Pahang mendapat sambutan hebat daripada warga Pantai Timur.

Bukan hanya penduduk negeri itu malah pengunjung dari Terengganu dan Kelantan juga tidak ketinggalan merasai sendiri bahang siri jelajah anugerah berprestij itu. Hampir 10,000 pengunjung memenuhi ruang legar utama kompleks beli-belah itu untuk melihat wajah finalis dengan lebih dekat.

Siri jelajah ABPBH itu adalah yang kedua selepas SACC Mall, Shah Alam pada 19 & 20 Februari lalu. Lebih 20 artis turun padang menjayakan ‘showcase’ yang sudah diaturkan. Jelas peminat terhibur melihat aksi pengacara Along Raja Lawak, Didie Alias, Zizan Raja Lawak, Angah Raja Lawak dan Fara Fauzana.

Kemunculan artis popular seperti Anuar Zain, Faizal Tahir, Maya Karin dan Ana Raffali begitu dinantikan. Peminat yang hadir juga berpeluang menyertai aktiviti seperti permainan, kuiz dan ronda-ronda di pusat bandar Kuantan.

Gambar Lisa Surihani
Gabungan Hazama bersama Meet Uncle Hussain (MUH) memang menjadi. Finalis Penyanyi Lelaki Popular, Black, turut mendapat sorakan gemuruh. Black kemudiannya berpadu vokal dengan Hazama menyampaikan lagu Drama King.

Begitu juga paduan suara Faizal Tahir bersama Bunkface menerusi Hanyut dan Selamat Malam serta Extravaganza dan Dunia, menggantikan tempat Sam. Anggota Bunckface yang hadir hanyalah Paan (gitar) dan Youk/bass). Paan memaklumkan ketiadaan Sam disebabkan dia berdepan komitmen lain.

“Memang sebelum ini timbul desas-desus kumpulan kami berpecah. Ramai bertanya mengenainya. Sebenarnya kami masih dalam satu kumpulan. Kalau tiada aral kami akan muncul dengan album terbaru April ini. Sam sedang sibuk dengan pengajiannya,” kata Paan.

Seterusnya Lisa Surihani dan Fizz Fairuz muncul di pentas dan mereka turut mengundang jeritan peminat. Kemunculan juara Akademi Fantasia 8 (AF8) Shahir dengan gimik tersendiri, menggamatkan suasana. Ini kerana klon Shahir, Mohd Shahfiq Mohamad dari Pusat Karaoke Xanax yang mendendangkan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan mencuri tumpuan. Di pertengahan lagu, barulah Shahir muncul.

Gambar Johan dan Zizan @ Jozan
Walaupun baru pulang daripada menyertai promosi Jom Heboh yang berlangsung di Kuala Terengganu, komitmen artis seperti Anuar Zain dan Fara Fauzana wajar dipuji. Mereka tetap datang demi peminat dan penganjur. Finalis Penyanyi Wanita Popular, Artis Duo Berkumpulan Popular dan Artis Baru Wanita Popular, Ana Raffali, akui cukup teruja.

“Ini kali pertama saya menyertai siri jelajah ini apatah dicalonkan dalam tiga kategori. Memang sambutan daripada peminat di luar jangkaan,” katanya.

Ana sempat menyanyikan lagu single terbaru, Sehabis Baik ciptaan sendiri yang juga lagu tema untuk filem romantik komedi, Karipap Karipap Cinta arahan Othman Hafsham. Kemudian Ana bersama Along dan Zizan Raja Lawak menyampaikan lagu popular, Kalau Berpacaran. Alyah yang memakai skaf di kepalanya pula memukau ribuan peminat dengan lagu terbarunya, Kisah Hati.

Gambar seksi Fouziah Gous
Pelakon Nur Kasih, Fizz Fairuz berkata, terharu bagaikan balik kampung kerana dia anak jati Pahang sementara juara Mentor 3, Black, mengharapkan peminat terus menyokong pembabitan artis tempatan dalam mana-mana program jelajah.

Pada petang itu, peminat bertuah berpeluang menaiki kereta Nissan Grand Livina dan Nissan Teana tajaan Edaran Tan Chong Motor bersama finalis kegemaran masing-masing. Kereta itu adalah hadiah utama untuk pembaca dan pemenang gelaran Bintang Paling Popular kali ini.

Sumber: Harian Metro

Jadual jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010
SACC Mall, Shah Alam (19/2/2011 dan 20/2/2011)
Kuantan Parade, Pahang (26/2/2011 dan 27/2/2011
The Mall, Kuala Lumpur (5/3/2011 dan 6/3/2011)
Village Mall, Sg. Petani Kedah (11/3/2011 dan 12/3/2011)
Kompleks Pasir Gudang (19/3/2011 dan 20/3/2011)
Klang Parade (25/3/2011, 26/3/2011 dan 27/3/2011)

>Biodata Nur Fathia

>Sekali pandang mesti ramai yang terpikat dengan kecantikan wajah yang dimiliki oleh gadis ini bukan? Pelakon muda ini semakin dikenali ramai selepas menjadi pelakon utama dalam drama bersiri Lestari iaitu Hani yang sedang ditayangkan di TV3 setiap Selasa jam 9 malam.

Nur Fathia pernah memegang watak sebagai Nabila dalam drama bersiri popular iaitu Nur Kasih. Siapa sangka, anak saudara kepada pengacara TV9 iaitu Faradeeba semakin menyerlah dalam bidang lakonan walaupun baru berusia 23 tahun selepas membintangi drama bersiri Hani di TV3.

Biodata lengkap Nur Fathia, pelakon utama drama Hani

Nama sebenar: Nur Fathia Abd. Latiff
Tarikh lahir: 1 September 1987
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Keluarga: Anak sulung dari empat beradik
Cita-cita: Seniwati yang dihormati dan peguam
Pendidikan: Ijazah Sarjana Undang-Undang di UiTM, Selangor
Drama dan telefilem: Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang Berjanggut
Iklan komersial: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua, Panasonic

Nur Fathia memang cantik bila bertudung

Nur Fathia juga menjadi model untuk beberapa iklan seperti Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua dan Panasonic

>Sinopsis drama lestari Hani TV3

>Anda mesti pernah menonton drama Hani di TV3 walaupun sekejap bukan? Drama yang dibintangi pelakon muda Nur Fathia ini semakin popular dan ramai penontong yang meminati drama tersebut. Baca entry tentang biodata Nur Fathia untuk mengenali dengan lebih dekat pelakon utama ini.

Sebelum anda menonton drama bersiri lestari Hani di TV3, apa kata anda baca dahulu sinopsis drama tersebut. Kalau rasa sinopsis menarik bolehlah anda mula menonton ye.

Nur Fathia Abd. Latiff – seksikah beliau?

Sinopsis lengkap drama Hani TV3

Ummu Hani (Nur Fathia) ialah seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan (Ryzal Jaafar) pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah (Siti Fathiyah) dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan secara diam-diam. Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati bagi mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam (Rozita Che Wan) dan Mokhtar (Esma Daniel) sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Selepas tujuh tahun, Ummu Hani masih menunggu kepulangan Irfan kerana dia dirahsiakan tentang hubungan Irfan dan Aliah selama ini. Ummu Hani telah mendaftarkan diri di Pusat Latihan Orang Buta dan sedang membantu merealisasikan projek Quran Braille. Takdir telah menemukan Ummu Hani dengan cinta pertamanya, Irfan namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?

Lagu tema OST drama Hani TV3 – 6ixth Sense Cinta Matiku

Lirik lagu 6ixth Sense – Cinta Matiku

Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Chorus
Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Ulang Chorus

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Ulang Chorus 3X

6ixth Sense – lagu Cinta Matiku menjadi lagu tema drama Hani TV3

Download lagu tema drama Hani mediafire – 6ixth Sense Cinta Matiku

>Video lawak Johan & Zizan (Jozan) RL5

>BAGAI raja di pentas, gandingan dua bakat komedi ini licik mengatur bicara dan jenaka sehingga memukau peminat komedi. Tanya saja pada sesiapa pun, pasti ramai yang tidak mampu menidakkan penangan gandingan Johan dan Zizan.

Jika dihitung hayat pembabitan mereka di pentas hiburan, perjuangan dua jejaka yang sinonim dengan jolokan Jozan, hasil gabungan nama mereka itu sebenarnya masih terlalu ‘hijau’.

Mula membina nama selepas menyertai program Raja Lawak Astro musim pertama (RL1) pada 2007, Johan dan Zizan terus mengorak langkah sehingga berjaya memahatkan nama sebagai pelawak dan pengacara pelapis paling efektif hari ini.

“Sebenarnya, keserasian itu sudah terjalin sejak kami dalam RL1 lagi. Walaupun ketika itu kami adalah pesaing, Johan sering berkongsi idea dan pandangan tentang persembahan mingguan kami.

“Selepas tamat RL1, saya dan Johan diberi peluang untuk menerajui program Lawak King. Dari situ, pihak penerbitan melihat keserasian kami dan terus ditawarkan sebagai pasangan pengacara RL musim kedua sehinggalah hari ini,” imbas Zizan.

Melihatkan aksi lucu mereka yang lancar dan spontan di pentas, pasti terdetik di hati kita tentang rahsia di sebalik keserasian itu. Gandingan Johan dan Zizan bukan sahaja serasi berpadu, malah lebih istimewa lagi, persefahaman itu diperakui berkesan pada mata umum.

Mengulas tentang perkara itu, pemilik nama sebenar Mohd Razizan Abd Razak, 26, (Zizan) menyifatkan keserasian mereka berlaku secara semula jadi atas dasar persefahaman dan keikhlasan.

“Asas kepada keserasian kami adalah keikhlasan dan persefahaman. Selain sering berkongsi idea tentang sesebuah persembahan yang dijayakan, kami juga saling tegur-menegur dan ingat-mengingati antara satu sama lain.

“Semuanya berlaku secara spontan dan semula jadi sebenarnya. Selalunya, jika Johan memberikan sesuatu idea lawak, saya akan faham sendiri petanda yang diberikannya dan sambut serta kembangkan jenaka itu,” katanya.

Jelasnya lagi, selepas empat tahun bekerjasama, dia dan Johan sentiasa bantu-membantu, tetapi jauh sekali untuk cuba membayangi satu sama lain ketika di pentas.

Gambar: Penampilan Johan dan Zizan selalu menggamitkan suasana
“Tiada istilah siapa lebih atau siapa kurang dalam setiap persembahan kami. Sebaliknya, kami sentiasa bantu-membantu bagi mengimbangi kekuatan dan kekurangan masing-masing.

“Sejujurnya, walaupun kami sentiasa merancang sesebuah persembahan itu, ironinya apabila berada di pentas, kebanyakan jenaka yang keluar adalah bersifat spontan dan tidak mengikut perancangan asal.

“Mujurlah kebanyakannya menjadi dan mendapat respons yang baik daripada penonton,” katanya yang kerap berbincang dengan Johan tentang perancangan masa depan karier masing-masing.

Bagi Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohd Aziz, 26, keserasian mereka bertitik-tolak daripada toleransi dan profesionalisme. Akui suami kepada pelakon Ozlyn Wati ini, walaupun mereka hanya rapat ketika bekerja, persefahaman itu tersemai secara semulajadi bertitik-tolak daripada sikap tolak-ansur dan saling memahami.

“Realitinya, saya dan Zizan tidak begitu rapat apabila berada di luar. Namun, apabila bekerja memang kami akrab dan serasi. Keserasian ini bagaimanapun terbina atas sikap toleransi dan persefahaman yang kami amalkan sejak mula bekerjasama. Apabila kami mengadakan sesebuah persembahan, kami memang amalkan teknik ‘beri dan terima’, dan setakat ini Zizan faham dengan cara saya dan begitulah sebaliknya,” katanya.

Bercerita tentang lawak jenaka mereka, Jozan mengakui mereka sentiasa peka pada sensitiviti bahan jenaka yang dipersembahkan kepada umum. Bagi mengelakkan jenaka yang disampaikan itu menyinggung mana-mana pihak, mereka sentiasa berpesan dan mengingatkan antara satu sama lain.

“Kami memang sentiasa peka tentang perkataan-perkataan atau isu-isu sensitif ketika berlawak. Perkara-perkara berkaitan agama, bangsa, seks dan berbaur lucah memang akan kami elakkan,” kata Johan.

“Sebab itu kami perlu saling ingat-mengingati dan berfikir sebelum berlawak. Kami bukan membuat lawak kosong tanpa berfikir. Sebolehnya, setiap jenaka itu mempunyai mesej tersirat untuk kebaikan semua, cuma ia disampaikan dalam bentuk yang santai,” ulas Zizan pula.

Mengekalkan momentum lawak dalam setiap persembahan ternyata bukan tugas mudah. Setiap pelawak di atas dunia ini pun sering mengalami pasang surut dan kekeringan idea.

Kata Johan, mereka sering bereksperimen dalam setiap persembahan yang dilakukan. Kebiasaannya, mereka akan menonton semula rakaman persembahan yang dijayakan bagi mengenal pasti lawak yang mencuit hati penonton.

“Selalunya saya dan Zizan akan rancang bahan jenaka sebelum melakukan persembahan tetapi kami tidak pasti sama ada ia menjadi atau tidak. Untuk melihat keberkesanan lawak yang disampaikan, saya akan menonton semula rakaman persembahan itu dan mencatat bahagian dan perkataan jenaka mana yang boleh buat penonton gelak. Seandainya, kami mengalami kekeringan idea sebelum sesebuah persembahan, biasanya kami akan lakukan jenaka secara spontan sahaja,” jelasnya.

Mengeratkan lagi ikatan itu, Johan dan Zizan turut disatukan dalam program bual bicara Jozan Show yang bersiaran di Astro Prima. Bagaimanapun, kesibukan jadual seni masing-masing menyebabkan rakaman musim baru program itu sering tertangguh sehingga hari ini.

Gandingan mereka yang kini boleh ditonton sebagai pengacara RL5 akan kembali bersatu dengan nama Jozan dalam persaingan program Maharaja Lawak di Astro Warna tidak lama lagi.

Melengkapi profil gandingan itu, Johan dan Zizan dijangka turun ke lokasi penggambaran filem komedi aksi arahan Syamsul Yusof, April depan. Dalam filem yang masih belum diketahui judul rasminya itu, mereka akan bergandingan buat julung kalinya sebagai teraju utama.

“Saya dan Johan akan bergandingan sebagai pelakon utama dalam filem ala penyiasatan itu. Belum ada perbincangan rasmi dan kami pun belum melihat skripnya lagi tetapi yang pasti ia sebuah filem bergenre komedi aksi,” kata Zizan.

Manisnya, selepas empat tahun membina nama bersama, segala usaha dan komitmen mereka kian diiktiraf ramai. Jika pada November lalu, Zizan memenangi Anugerah Personaliti TV Kegemaran di Shout! Awards 2010, mereka terus melakar populariti apabila masing-masing tersenarai sebagai finalis Artis Lelaki Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang bakal berlangsung pada April depan.

Sumber: MStar Online

Nota Dahi: Aku memang suka gandingan Johan dan Zizan sebagai pengacara Raja Lawak. Memang smepoi dan spontan. Ok berikut adalah video sedutan daripada rancangan astro Raja Lawak musim ke-5 yang menampilkan Johan dan Zizan ataupun dikenali sebagai JOZAN. Credits to youtube. Jom sama-sama layan video ni.








>Sinopsis teater muzikal Terima Kasih Cinta

>BAGI mereka yang pernah menyaksikan filem Cinta arahan Kabir Bhatia pada 2008, tidak sukar untuk memahami keseluruhan jalan cerita pementasan teater muzikal Terima Kasih Cinta (TKC), yang diilhamkan daripada filem terbabit.

TKC yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) sehingga 6 Mac ini boleh dikatakan sebagai pementasan broadway tempatan yang menyajikan 21 lagu menarik. Muzikal yang mempertaruhkan jalan cerita menarik berkaitan lima kisah cinta arahan Pat Ibrahim nyata bergantung kepada kekuatan lagu yang dinyanyikan sepanjang persembahan, bagi menarik perhatian penonton. Kekuatan itu pula hasil pemilihan pelakonnya yang dianggap baik.

Kecuali Tony Eusoff yang turut muncul dalam versi filem, pelakon lain yang menjayakan muzikal ini ialah Latif Ibrahim, Safura, Norish Karman, Vince Chong, Nadia Aqilah, Shajiry Damery, Farahdhiya, Deja Moss, Anding Indrawani dan Diddy Hirdy.

Jika Datuk Rahim Razali hebat sebagai Cikgu Elyas, yang mengidap penyakit pelupa, dalam filem Cinta, TKC pula mempertaruhkan Latif Ibrahim yang turut dilihat sebagai antara tonggak utama kekuatan pementasan ini. Suaranya saja sudah cukup memukau penonton, tatkala penyanyi malar segar itu menyampaikan lagu pertama, Permata Untuk Isteri, nyanyian asal Kopratasa.

Gandingannya bersama Safura dalam menyampaikan kisah cinta luar biasa berjaya menonjolkan keserasian yang kuat, apatah lagi masing-masing memiliki nada vokal cukup merdu.

Pengalaman bertahun-tahun dalam lakonan nyata membantu kedua-dua artis ini menghayati watak dengan baik, yang membolehkan penonton berasakan sama segala emosi yang bergelodak dalam jiwa kedua-dia watak ini.

Pelakon lain turut memberikan persembahan yang harus dipuji. dengan Anding, Shajiry, Vince, Tony dan Diddy seakan lebih menyerlah, dari segi nyanyian, berbanding pelakon wanita yang turut menjayakan teater ini.

Antara lagu yang dialunkan pada pementasan itu, dengan gubahan semula oleh pengarah muziknya, Roslan Aziz, ialah Permata Untuk Isteri (Kopratasa), Dia (Sheila Majid), Seribu Impian (Casey), Selanjur Bercinta (Aisyah), Impian Anak Jalanan (Kembara), Bimbang Terluka Lagi (Noorkumalasari/Sudirman), Cinta (Misha Omar/Jaclyn Victor), Kau Ilhamku (Man Bai), Belaian Jiwa (Carefree) dan Sejati (Wings).

Turut didendangkan ialah Kalimah Cinta (Amy Search), Mata (Noorkumalasari), Janji Manismu (Aisyah), Duniaku (S Ahmad), Sekian Lama (Siti Nurhaliza), Berkorban Apa Saja (P.Ramlee), Itu Kamu (Estranged), Perpisahan (Anuar Zain), Gemilang (Sheila Majid), serta dua lagu baru, Terima Kasih dan Kuasa Cinta.

Bagaimanapun, TKC yang disajikan kepada wakil media pada Sabtu lalu dilihat agak lemah dari segi penggunaan set. Penonton berasa cepat bosan apabila set kekal digunakan dari awal hingga akhir. Biarpun konsep setnya hampir sama dengan set pementasan teater antarabangsa seperti West Side Story, namun keberkesanan konsep itu gagal dirasai.

Jika diikutkan memang sukar untuk menggambarkan sesuatu babak di setiap satu lokasi seperti mana yang dihasilkan menerusi filem Cinta, namun peranan pencahayaan sepatutnya mampu membantu. Sedihnya, pencahayaan juga gagal berfungsi dengan baik apabila banyak babak sukar difahami penonton atas kegagalan pencahayaan menggambarkan sesuatu situasi itu.

Gambar barisan pelakon yang menjayakan teater muzikal Terima Kasih Cinta
Sinopsis teater muzikal Terima Kasih Cinta

MUZIKAL Terima Kasih Cinta memaparkan lima cerita cinta yang digarap untuk meraikan kehebatan cinta yang wujud di sekeliling kita.

Haris seorang lelaki yang selalu memikirkan jalan terbaik untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa buat keluarganya. Baginya, keluarga ialah segala-galanya. Berjayakah Haris mencurahkan kebahagiaan yang diidam-idamkan isterinya, Airin dan anaknya?

Rubiah pula seorang wanita cekal yang mengorak langkah meneruskan pencarian cintanya, lalu bertemu seseorang yang dianggapnya sebagai terbaik buat dirinya, bagi mengubat kesepian. Namun terubatkah kesepian di hati Rubiah?

Sementara itu, Azlan memiliki segala-galanya, tetapi bukan cinta. Dia hartawan yang sering tertanya-tanya apakah cinta mesti menjadi pelengkap sebuah kehidupan. Kemewahan belum tentu dapat membeli cinta. Terjawabkah setiap persoalan Azlan dalam pencariannya melengkapkan sebuah kehidupan?

Dian seorang wanita yang terperangkap dalam kemelut cinta. Namun tidak mudah baginya untuk menduakan kasih sayangnya kepada seorang adik, Dani, yang tidak pernah menghargai kasih yang dicurahkan. Terjeratkah Dian dalam pilihan, antara cinta dan pertalian darah?

Manakala Arianna seorang wanita jujur yang mengejar cintanya dengan harapan menggunung tinggi, Apakah yang dikejar Arianna hanyalah bayangan sehingga dia terlupa dengan apa yang ada di depan mata. Bertemukah Aryana pada lelaki jujur dan setia yang dicari-carinya selama ini?

Info tambahan teater muzikal Terima Kasih Cinta

1. Dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya, mulai 19 Februari hingga 6 Mac 2011.

2. Antara pelakon yang menjayakan pementasan ini ialah Latiff Ibrahim, Safura, Deja Moss, Farahdhiya, Shajiry, Nadia Aqilah, Vince dan Tony Eusoff.

3. Tiket berharga RM30 hingga RM250 boleh didapati di http://www.ticket2u.biz.

Video klip Afgan – Terima Kasih Cinta

>Biodata Ana Rafalli – Tolong Ingatkan Aku

>Nama Ana Rafalli sudah tidak asing lagi bagi peminat muzik tanah air selepas beliau dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 untuk tahun 2010 baru-baru ini. Memang ramai yang tidak menjangkakan keputusan tersebut.

Sebagai Juara baru Anugerah Juara Lagu 2010, beliau yang juga pencipta dan penulis lirik lagu Tolong Ingatkan Aku telah menggondol hadiah berupa wang tunai RM35,000 bersama tiga trofi. Namun kemenangan tersebut telah dipertikaikan banyak pihak kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil. Apa-apa pun, menang kalah adalah adat pertandingan.

Website rasmi Ana Rafalli
Join fanpage Ana Rafalli di Facebook
Twitter Ana Rafalli. Dah follow?
Blog Ana Rafalli
MySpace Ana Rafalli
Video Ana Rafalli di Youtube

Lirik lagu Ana Rafalli – Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Download lagu mp3 Ana Rafalli – Tolong Ingatkan Aku mediafire
Download lagu mp3 Ana Rafalli – Sehabis Baik mediafire
Download lagu mp3 Ana Rafalli – Hujan Bunga Di Kuala Lumpur mediafire

Profile Ana Raffali

NAMA: Ana Nur Hidayah Mohd Raffali
NAMA KOMERSIAL: Ana Raffali
TARIKH LAHIR: 4 November 1985
USIA: 25 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
STATUS: Bujang
KERJAYA: Komposer, penulis lirik dan penyanyi
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor
ALBUM: Ana Raffali – Ketika Aku Kecil (2010)
PENGACARAAN: Spektrum U, RTM pada 2004 dan 2005 sebanyak dua musim
DRAMA: Gerak Khas dan Roda-Roda Kuala Lumpur

Ada orang cakap muka Ana Rafalli iras-iras muka Lisa Surihani. Betul ke?

Video klip Ana Rafalli – Tolong Ingatkan Aku

Video klip Ana Rafalli – Hujan Bunga di Kuala Lumpur

Video klip Ana Rafalli – Dan Ku Biarkan Kau Terlepas

Lirik lagu Ana Rafalli – Sayangi Aku

Sayangi aku
itu saja yang ku pinta darimu
bukan harta yang menggunung
hanya waktumu temani aku

Jangan sesekali
kau bertanyakan mengapa
Tuhan berikan apa yang kita ada
apa yang kita ada kita jaga

Hidupku tak bermakna jika kau tiada
usah kau belakangi aku
jangan tinggalkan aku

Mana ada yang sempurna
dalam dunia kau dan aku
masing-masing punya beban
dari kesilapan terdahulu

Jangan sesekali
kau menambahkan beratnya
kita belajar jadi lebih baik
jadi lebih baik dari yang ada

Hidupku tak bermakna jika kau tiada
usah kau belakangi aku
jangan tinggalkan aku
Kasihmu mengubat segala sakitku
harap kau sayangi aku
tolong lindungi aku

Haruskah aku hadapi hariku
sendirian?
Tunjukkan aku, ajarkan aku
apa itu belas kasihan

Hidupku tak bermakna jika kau tiada
usah kau belakangi aku
jangan tinggalkan aku
Kasihmu mengubat segala sakitku
harap kau sayangi aku
tolong lindungi aku

Kasihmu,
harap kau sayangi aku
tolong lindungi aku

Video klip Ana Rafalli – Sayangi Aku

>Dynas Mokhtar buka butik penyusuan susu ibu

>JIKA selebriti terkenal lain bimbang bentuk badan mereka berubah selepas melahirkan anak, pelakon dan pengacara jelita, Dynas Mokhtar pula bertuah kerana tubuhnya kini kembali langsing seperti dulu. Semuanya kerana dia menyusukan anaknya, Khyra Khalyssa, 10 bulan, dengan susu badan sepenuhnya.

“Saya memang merancang untuk memberi susu badan sepenuhnya kepada Khyra kerana susu ibu adalah makanan terbaik buatnya. Setakat ini, saya sudah berjaya menyusukan Khyra selama 10 bulan. Kalau kaum ibu mampu menyusukan anak mereka sehingga usia setahun pun sudah bagus untuk perkembangan kanak-kanak.

“Saya bukannya pakar dalam hal ini, tetapi apa yang saya tahu bayi yang menyusu badan antibodinya juga kuat dan tidak mudah dijangkiti penyakit kronik termasuk berat badan berlebihan. Jika bayi itu demam pun kerana tumbuh gigi saja yang juga perkara biasa dialami bayi dalam tempoh pembesaran awal mereka,” katanya.

Pemilik nama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 28, ternyata cukup prihatin dengan penyusuan susu ibu di kalangan ibu muda di negara ini. Justeru, tidak hairanlah Dynas terpanggil mengusahakan butik berkaitan penyusuan susu ibu iaitu Dynas Nursing Attire (DNA) yang bakal beroperasi di The Curve, Damansara, Mac ini.

“Butik DNA menjual baju khas untuk kaum ibu menyusu badan, peralatan berkaitan menyusu badan seperti pam kecil dan beg ais. Baju menyusu ini juga boleh dipakai ke pejabat dan wanita tidak akan berasa malu untuk menyusukan anak mereka ketika bekerja. Mungkin ada kaum wanita malu untuk menyimpan susu badan mereka dalam peti sejuk di pejabat sebab itu kami jual beg khas untuk kemudahan menyimpan susu badan di pejabat. Terus terang, saya tidak faham jika ada segelintir wanita yang memberi alasan berdepan dengan masalah untuk menyusu badan kerana sudah ada pelbagai peralatan untuk kemudahan ibu menyusu bayi mereka,” katanya.

Kata Dynas yang juga duta produk pelangsingan badan Kunzense, dia juga merancang untuk menyusukan Khyra sehingga berusia dua tahun.

Gambar Dynas semasa mengandung
“Saya juga tidak terfikir untuk menyusukan Khyra dengan susu formula kerana khasiat susu ibu yang tidak ternilai. Tiada alasan buat kaum ibu tidak menyusukan anak mereka dengan susu badan jika tiada masalah kesihatan atau dia memang kurang susu,” katanya.

Tambah Dynas lagi, dia juga mendapat sokongan padu suaminya, Mohd Hafizy Hafiz untuk menyusukan Khyra dengan susu badan sepenuhnya. Suami menyokong apa yang terbaik untuk proses pembesaran Khyra. Saya juga dapat menurunkan berat badan dengan cepat, sejak menyusukan Khyra dengan susu badan sepenuhnya,” katanya.

Mengenai perkembangan bisnes butiknya, kata Dynas, fokusnya kini hanya pada butik DNA semata-mata.

“Sebenarnya, saya sudah membubarkan butik dengan Awal Ashaari iaitu D&A: Celebrity di Hartamas dan D&A Fashion Cafe yang diusahakan bersama rakan kongsi Adrina Osman sebelum ini. Begitu juga rakan kongsi dengan pusat beli-belah, Empire Shopping Gallery yang sudah dibubarkan,” katanya.
Majlis cukur jambul dan aqiqah puteri sulung milik Dynas dan suaminya, Mohd. Hafizi (Fizy), Khyra Khalyssa kelihatan comel dalam dress kecil labuh berwarna putih
Dynas timba pengalaman bekerja dengan Wan Hasliza

SELEPAS bergelar ibu, rezeki Dynas semakin murah dalam bidang lakonan. Telefilem terbaru lakonannya, Dan Sebenarnya (Dalam Mimpi Ada Realiti) terbitan KL Motion Picture Company. Kata Dynas, dia membawa watak pembantu bernama Hana yang juga kawan baik kepada watak utamanya, Maira (lakonan Sazzy Falak) dalam telefilem arahan Wan Hasliza itu.

“Saya terima tawaran berlakon dalam cerita ini kerana ingin bekerja dengan Wan Hasliza yang juga pengarah dan penulis skrip cerita itu sekali gus. Saya juga tidak pernah bekerja dengan Sazzy dan Nazril dalam drama sebelum ini dan ia pengalaman yang cukup mengagumkan dan lakonan mereka juga semula jadi.

“Cerita ini mengisahkan percintaan dalam mimpi Maira dan Doktor Harris (lakonan Nazril Idrus). Hana adalah anak orang kaya dan gadis yang ceria. Dia adalah tunang doktor Harris dan mereka putus apabila doktor itu bercinta dengan Maira yang ditemui dalam mimpinya itu,” katanya.

Pengalaman bekerja dengan Wan Hasliza pula, kata Dynas, dia pengarah yang cukup teliti dan mendalam serta tahu apa yang di mahukannya dalam cerita itu.

“Cerita itu akan menjadi 80 atau 90 peratus seperti yang dikehendakinya. Penggambaran cerita ini sudah selesai tahun lalu dan saya berharap peminat akan menonton cerita itu kerana ia adalah filem yang bagus dan jalan ceritanya juga menarik. Telefilem ini akan disiarkan pada 13 Mac ini, jam 10 malam di Saluran Astro Citra (saluran 131),” katanya.

Selain itu, Dynas juga baru selesai penggambaran drama Pengorbanan Terakhir juga arahan Wan Hasliza bergandingan dengan Hairie Othman untuk TV9.

“Ini antara skrip yang paling bagus pernah ditawarkan pada saya. Saya bawa watak utama Erin yang mengalami tekanan kerana sering keguguran dan apabila mengandung dia disahkan menghidap kanser ketika usia kandungannya mencecah lima bulan. Dia juga enggan menjalani kimoterapi kerana ingin melahirkan anaknya itu,” katanya.

Selain itu, Dynas juga berlakon dalam drama Cinta Antara Kita untuk Slot Akasia di TV3. Dia hanya mahu bawa watak pembantu dalam cerita diterajui Puteri Sarah dan Siti Elizad. Tidak ketinggalan, dia juga berlakon dalam Awan Dania musim baru dan menjadi hos Si Kecilku… Chakk!! yang disiarkan di TV3 sejak 5 Oktober lalu.

Dalam perkembangan lain, peminat Dynas juga boleh berhubung dengannya menerusi blog khusus DynasFanClub yang akan mengemaskini perkembangan karier seninya dan kelab itu turut merapatkan hubungannya dengan seluruh ahli termasuk dari Sabah dan Sarawak. Pada masa sama, dia merancang buat lebih banyak program amal bersama ahli kelabnya pada tahun ini.


Biodata Dynas Mokhtar

NAMA PENUH: Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar
ASAL: Petaling Jaya, Selangor
TARIKH LAHIR: 8 Mac 1983
PENDIDIKAN: Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor
KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon
STATUS: Berkahwin
NAMA SUAMI: Mohd Hafizy Hafiz
NAMA ANAK: Khyra Khalyssa, 10 bulan
DRAMA: Di Bawah Ketiak Isteri
FILEM: Apa Kata Hati, Dunia Baru The Movie, Impak Maksima, Kayangan, Haru Biru, Main-Main Cinta, I Know What U Did Last Raya dan Cinta Kolesterol
PROGRAM: Beat TV (2002-2004)
PENCAPAIAN: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21; Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 dan 2008

Sumber: Harian Metro

>Justin Bieber dilamar peminat setiap hari

>SESUAI dengan dirinya yang masih remaja, selebriti sensasi dari Kanada, Justin Bieber, secara terbuka menunjukkan rasa sayang kepada ibunya, Pattie, di New York baru-baru ini.

Sehari kemudian, dia memperuntukkan masa bersama semua ahli keluarga, termasuk bapanya, Jeremy Bieber, dan adiknya, Jazmyn, di Toronto. Mereka bersama-sama menghadiri majlis karpet merah bagi filem tiga dimensi terbaru, Never Say Never.

Walaupun sebagai ibu tunggal Pattie membesarkan sendiri Bieber, 16, hubungannya dengan bekas suaminya kekal terjalin, termasuk ketika lelaki itu mendirikan rumah tangga baru dan memiliki dua anak lain, Jazmyn dan Jaxon. Di pihak Bieber pula, dia juga tidak menghadapi masalah dengan adik tirinya.

Penghormatan turut diberikan Bieber kepada Jazmyn apabila dia mengakui sangat seronok bermain-main dengan adiknya itu. Dalam Twitter Bieber yang mempunyai 6.9 juta pengikut, dia menulis: Seronok bermain-main dengan Jazmyn.

Malah, Jazmyn turut menyertai Bieber ketika penyanyi itu muncul untuk temubual televisyen dalam rancangan eTalk dan Much Music. Sambil Bieber melayan soalan demi soalan hos bagi mempromosi filemnya, Jazmyn pula leka berhibur sendiri menggunakan iPhone miliknya.

Sejak berpindah ke Atlanta bersama Pattie untuk melebarkan kerjaya nyanyiannya, bintang Bieber memang cepat bersinar terang. Sebagai sensasi remaja masa kini, dia banyak menghabiskan masa mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk memenuhi jadual sebagai penyanyi.

Kesibukan itu memaksa Bieber mengorbankan banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga serta kampung halamannya di Stratford, Ontario. Walaupun Pattie banyak membantunya, Bieber turut tidak melupakan jasa bapanya yang memperkenalkan dia kepada muzik.

“Ketika kecil, bapa mengajar saya bagaimana bermain gitar, seperti melalui lagu Bob Dylan, Knockin’ On Heaven’s Door,” katanya.

Pada Bieber, bapanya bertanggungjawab memperkenalkan dia kepada irama rock klasik sebelum menjadi lebih selesa dengan lagu dibawa kumpulan Guns N Roses serta Metallica.

“Dia bapa yang hebat, kerana turut mengajar saya memandu,” katanya.

BERSAMA KELUARGA…Bieber ditemani ibunya, Pattie; bapa, Jeremy Bieber dan adiknya, Jazmyn menonton tayangan perdana Never Say Never di Toronto, minggu lalu.

Ketika Bieber sekeluarga berseronok menonton filem di MC Yonge-Dundas Square, ribuan peminatnya mengancam untuk merusuh kerana dihalang masuk ke kawasan itu. Dinamakan sebagai ‘Beliebers’, peminat tegar Bieber itu sanggup berkhemah di sekitar kawasan berkenaan semata-mata mahu melihat sendiri artis itu dari dekat.

Ketika ramai yang kecewa, seorang daripada peminat Bieber cukup bertuah apabila sempat bertanya kepadanya: “Adakah anda sudi berkahwin dengan saya?”. Bieber kemudian secara bersahaja menjawab menggunakan judul filemnya, Never say never. Menurut Bieber, dia tidak terkejut dengan pertanyaan itu.

“Saya mendengarnya sekurang-kurangnya sekali sehari,” katanya.

Sebelum tayangan perdana di Toronto itu bermula, Bieber juga sempat menjemput ramai gadis yang meminatinya untuk bersama menghadiri sidang media. Bieber juga memberi ruang kepada peminatnya untuk bertanya soalan dalam sesi berkenaan.

Ditanya apakah yang paling dirinduinya di Kanada, Bieber berkata, dia sangat terasa kehilangan rakan dan keluarga serta anjing peliharaan. Dia juga bercerita mengenai mentornya, Usher, yang dianggap model teladan yang baik.

“Jika saya mampu mengembangkan kerjaya seperti Usher, itu tandanya saya sangat bertuah,” katanya.

Never Say Never adalah filem memaparkan sebahagian daripada rakaman konsert jelajah dunia Bieber pada tahun lalu. Ia turut menampilkan beberapa artis lain, termasuk Usher, Miley Cyrus, Boys II Men, Sean Kingston dan Jaden Smith. – DM

Sumber: Harian Metro

BIODATA JUSTIN BIEBER
Nama Penuh: Justin Drew Bieber
Nama Samaran: Justin, Bieber, The Biebs, JBiebz, JB
Tarikh Lahir: 1 Mac 1994
Tempat Lahir: London, Ontario
Tempat Dibesarkan: Stratford, Ontario, CANADA
Emak: Pattie Mallette
Bapa: Jeremy Bieber
Kerjaya: Penyanyi
Label: Island, RBMG
Pengurus: Scooter Braun

Justin Bieber – Never Say Never ft. Jaden Smith

Lirik Justin Bieber – Never Say Never ft. Jaden Smith
See I never thought that I could walk through fire.
I never thought that I could take the burn.
I never had the strength to take it higher,
Until I reached the point of no return.

And there’s just no turning back,
When your hearts under attack,
Gonna give everything I have,
It’s my destiny.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up up up,
And never say never.

I never thought I could feel this power.
I never thought that I could feel this free.
I’m strong enough to climb the highest tower.
And I’m fast enough to run across the sea.

And there’s just no turning back,
When your hearts under attack,
Gonna give everything I have,
Cause this is my destiny.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up, up, up,
And never say never.

Here we go!
Guess who?
J Smith and JB!
I gotcha lil bro.
I can handle him.
Hold up, aight?
I can handle him.

Now he’s bigger than me,
Taller than me.
And he’s older than me,
And stronger than me.
And his arms a little bit longer than me.
But he ain’t on a JB song with me!

I be trying a chill
They be trying to side with the thrill.
musicjuzz.blogspot.com
No pun intended, was raised by the power of Will.

Like Luke with the force, when push comes to shove.
Like Cobe with the 4th, ice water with blood.

I gotta be the best, and yes
We’re the flyest.
Like David and Goliath,
I conquered the giant.
So now I got the world in my hand,
I was born from two stars
So the moon’s where I land.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up, up, up,
And never say never.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up, up, up,
And never say never.

Nota Dahi: Mesti ramai awek blogger yang minat giler kat Justin Bieber ni kan?

>Leez dan Sharnaaz makin serasi bersama

>MEREKA dipertemukan buat kali pertama ketika menjayakan penggambaran telefilem Pontianak Kampung Batu yang turut dibintangi Erra Fazira, Rashidi Ishak dan Didie Alias.

Meskipun jarang berbual, namun setiap kali memasuki set bagai wujud keserasian yang begitu luar biasa antara Rosliza Rosli (Leez), 24, dan Sharnaaz Ahmad (Sharnaaz), 26.

Atas dasar dan sebab musabab itu, pengarah, Michael Ang tertarik untuk menggandingkan mereka sekali lagi dalam telefilem arahannya, Ungunya Cinta terbitan syarikatnya, Cube Film Sdn Bhd.

Bercerita mengenai keserasian dan sejauh mana ia mempengaruhi kehidupan mereka, akui Sharnaaz, dia dapat merasai perasaan cinta terhadap Leez.

“Tipulah kalau saya kata saya tidak rasa. Setiap kali berdialog perlu pandang ke mata Leez dan dia pula mengungkapkan dialog itu sepenuh hatinya.

“Tetapi hal itu hanya berlaku dalam set saja ketika babak kami dijayakan. Sedikitpun perasaan itu tidak pernah terbawa-bawa sehingga ke luar kerana kami berdua profesional,” katanya.

Akui Sharnaaz, hatinya sudah dimiliki seorang yang juga terbabit dalam dunia seni. Gadis itu bernama Ruzana, yang pernah menyertai program realiti, Gangstarz bersama kumpulan Luscious.

Leez pula mengakui, walaupun baru dua kali bergandingan, ternyata dia selesa berlakon di samping aktor meningkat naik itu yang turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 melalui kategori Artis Baru Lelaki yang menyaksikan saingan seperti Daus, Maulana, Shahir dan Shahz Jaszle.

“Bukan senang untuk mendapat pasangan yang serasi ketika berlakon. Pun begitu, saya akui Sharnaaz antara pelakon lelaki yang paling mudah untuk saya bekerjasama.

“Walaupun masih baru, tetapi dia faham tanggungjawabnya terhadap watak diberikan. Dia terbuka dan kami akan berbincang sebelum melangkah ke set dan ini melancarkan tugas kami,” katanya.

Ungunya Cinta bakal ditayangkan pada 10 Februari 2011 (Khamis), jam 9.00 malam
di Astro RIA. Kisahnya bermula apabila Ungu terpaksa mengajar Andi (Sharnaaz Ahmad) juga anak kepada Datin Moon (Didie Alias), sahabat kepada ibu Ungu, Rubiah (Sharifah Shahira).

Andi mempunyai perangai ‘anak orang kaya’ yang panas baran dan perengus. Dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengajar Andi, Ungu hampir putus asa dengan perangai Andi. Akibatnya dia mula membenci Andi lalu mula mengajar sambil lewa.

Disebabkan tidak tahan dengan sikap Andi, satu hari Ungu melepaskan segala perasaannya terhadap Andi lalu timbul konflik. Begitupun, sekian lama dia bersama Andi, Ungu mula menyedari bahawa Andi bersikap demikian kerana sering kesunyian dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya.

Selepas kejadian itu, Ungu mula menyayangi Andi dan Andi juga mula sedar yang dia menyintai Ungu. Namun satu hari, Ungu keliru apabila melihat Andi bersama perempuan lain.


Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan perempuan itu, Andi mengambil pendirian berdiam diri. Ungu yang merasa terluka, membuat keputusan tidak mahu bertemu Andi lagi.

Leez berkata, Ungunya Cinta menampilkan jalan cerita ringkas, namun bebanan yang terpaksa dihadapinya mengenai watak Ungu itu sendiri.

“Ungu gadis remaja yang meminati muzik dan bercita-cita mahu menjadi penyanyi. Pada waktu sama, Ungu juga iaitu pelajar tahun pertama di universiti bekerja sebagai guru tuisyen sewaktu cuti semester bagi mencari wang saku.

“Jalan ceritanya ringkas, cuma cabaran dalam cerita ini terletak pada karakter Ungu sendiri. Wataknya digambarkan seorang yang lepas cakap, tetapi baik hati. Sebagaimana ibunya yang dilakonkan Sharifah Shahirah, begitulah sikap Ungu sebenarnya.

“Seseorang yang bercakap lepas selalu dikaitkan sebagai individu yang tidak disukai dan jahat hanya kerana kelantangan mereka walaupun orang seperti ini mereka biasanya jujur dan tidak berpura-pura. Untuk mengimbangi karakter seorang yang bermulut lepas tetapi pada masa sama perlu membuatkan penonton yakin Ungu seorang yang baik, menjadi cabaran utama saya. Jika dibuat secara berlebihan, ia akan mengundang salah faham terhadap karakter itu. Bagaimanapun, saya berasakan sudah memberikan yang terbaik untuk Ungunya Cinta,” katanya. Sama seperti Leez, Sharnaaz juga mengalami kebingungan menghayati watak sebagai Andi pada mulanya.

“Terus terang saya menggemari watak yang membolehkan pelakon meluahkan emosinya. Contohnya, jika sedang marah saya boleh menunjukkan kemarahan itu. Berbeza dengan Andi, wataknya lebih kepada memendam rasa. Suka pada Ungu, tetapi perasaan itu tidak diluahkan. Sayang dan mahukan perhatian kedua-dua orang tuanya, tetapi tidak ditunjukkan. Menghidap barah otak tetapi dia berlagak sebagai seorang yang sihat dan tiada masalah. Segala beban ditanggung sendiri dan hanya mampu diluahkan perasaan itu melalui mata. Inilah yang menjadi cabaran besar bimbang isyarat mata tidak sampai pada penonton,” katanya.

Ditemui pada majlis makan tengah hari yang diadakan di Alexis, The Garden, Rabu lalu, pengarah merangkap Pengarah Urusan Cube Film Sdn Bhd, Michael Ang turut hadir untuk menceritakan keistimewaan telefilem ini.

Bicara Michael, sudah menjadi tradisi Cube Film Sdn Bhd dalam mempelbagaikan karya dihasilkan agar dapat memenuhi selera penonton filem dan drama tempatan. Pada pendapatnya, penerbitan drama dan filem tempatan perlu rombakan.

Dalam merencanakan Ungunya Cinta, Michael mempertaruhkan segala yang terbaik dari sudut teknikal sehinggalah subteks dan pada waktu sama berusaha menjadikan Ungunya Cinta sebagai antara karya cinta terbaik pernah ditonton.

“Pada saya, kekuatan drama Ungunya Cinta terletak pada skrip yang dihasilkan Amor Rizan. Selalunya kita lihat cerita cinta temanya agak sama.

“Namun pengisian dalam Ungunya Cinta menjadikan ia satu karya berbeza. Konflik yang ditimbulkan Amor menerusi skrip ditulis pasti menyentuh perasaan penonton.

“Pengisian dialog yang selamba, namun penuh makna membuatkan mereka yang menyaksikan kelak akan berasa ia dekat dengan mereka. Saya percaya ada beberapa babak ditampilkan dalam drama ini akan mencuit perasaan penonton seolah-olah kenangan manis itu berlaku dalam hidup mereka sendiri,” katanya.

Karier pengarahan Michael Ang bermula dengan Wasiat Anak Dara, Cinta Lelong dan 30 Hari Mengenali Cinta. Drama itu turut memperoleh rating tertinggi untuk siaran Astro ketika itu. Syarikat itu juga pernah menerbitkan filem Anak.

BIODATA SHARNAAZ
NAMA: Sharnaaz Ahmad
PANGGILAN: Sharnaaz
TARIKH LAHIR: 30 Ogos 1985
UMUR: 26 tahun
ZODIAK: Virgo
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
HOBI: Main ‘video game’, bermain muzik, mengembara, fotografi dan menaiki motor besar
KERJAYA: Pelakon
ANTARA DRAMA: Tari Tirana, Dottie, Kum Kum, Pontianak Kampung Batu dan Ungunya Cinta

BIODATA LEEZ
NAMA: Rosliza Rosli
PANGGILAN: Leez
TARIKH LAHIR: 12 November 1987
UMUR: 24 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
ZODIAK: Scorpio
HOBI: Menyanyi, membaca dan bersukan
KERJAYA: Penyanyi dan pelakon
ANTARA DRAMA: Astana Idaman, Sembilu Kasih, Pontianak Kg Batu dan Ungunya Cinta

Sumber: Harian Metro

>Drama TV1 Trilogi Cinta

>Drama Trilogi Cinta diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, Mengangkat plot kisah berlatarkan percintaan di antara orang gaji dengan majikan.

Drama Trilogi Cinta
Tarikh: 2 Januari 2011,
Hari: setiap Ahad dan Isnin,
Masa: 10.00 malam
Episode: 40 episod
Pelakon: Fouziah Ghous, Rosyam Nor, Amyza Adnan, Mak Wan, Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othman

Drama Trilogi Cinta mencecah 1.3 juta penonton
Sinopsis Trilogi Cinta

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya. Lalu bagaimanakah kesuadahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah? Untuk itu saksikan Trilogi Cinta mulai 2 Januari 2011, setiap Ahad dan Isnin, jam 10.00 malam di TV1.

LAGU TEMA DRAMA TRILOGI CINTA
1. JULFEKAR & The Stringers- Melakar Rindu (Music Video) Composed by Julfekar (versi lelaki)
2. Melakar Rindu – Jeslina Hashim (versi perempuan)

OST TRILOGI CINTA – MELAKAR RINDU

Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat

Punahlah jua kini akhirnya


Sumber: Pereka Cerita

Gambar menarik dalam Drama Trilogi Cinta di TV1












Tengok Drama Cinta Trilogi di TV1 secara Online