Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

Category Archives: Blog Review

>Segmen blog review bersama wowberita

>Selepas tamatnya Topup Giveaway yang dianjurkan oleh wowberita.com pada 28/2/2011 yang lepas, aku telah membuat keputusan untuk mewujudkan segmen terbaru untuk blog ini. Seperti tajuk entry ini, segmen ini aku namakan sebagai “Segmen blog review oleh wowberita”.

Aku bukannya hebat sangat kalau nak review blog orang secara terperinci. Tapi apa yang aku akan review lebih kepada untuk promosikan blog anda terutamanya entry-entry yang menarik. Jika terdapat struktur blog anda yang perlu diperbaiki, mungkin aku akan highlight kan dalam review tersebut.

Tapi kalau nak join mestilah ada syaratnya.

1. Buat entry bertajuk “Segmen blog review oleh wowberita“.
2. Ambik banner kat atas dan letak dalam entry tersebut.
3. Follow blog ni dan klik like pada facebook like button dibawah.
4. Korang boleh tulis apa saja dalam entry tersebut. Kalau tak nak tulis apa pun tak apa janji ikut syarat no.1 dan no.2 tu.
5. Tag blogger lain dan follow blog ini (terpulang pada korang).
6. Tinggalkan link entry korang pada ruangan komen dibawah.

Setiap penyertaan akan aku review setiap hari. Ini bermakna setiap hari akan ada satu blog aku di review oleh wowberita. Rasanya berbaloi tak? Penyertaan dimana entry tersebut diletak dalam blog contest korang sama sekali TIDAK akan dilayan. Semoga segmen ini sedikit sebanyak dapat membantu mempromosikan blog korang.

Antara blog yang telah di review oleh wowberita.com ialah:
1. Yana’s Journal

>Blog review – Blog vs Diari

>Sesi blog review diteruskan lagi dengan blog bertemakan pooh yang menarik ni. Pemilik blog yang berasal dari Sibu Sarawak ini memakai gelaran Geminigurlz. Jom tengok apa yang menarik dalam blog Pooh ni.

Tuan punya blog – Mumui a.k.a GeminiGurlz

Blog vs Diari – http://bibie-mumui.blogspot.com/

Berikut adalah beberapa entry terbaru dalam blog Mumui ni:

1. Bermadu dengan anak sendiri
Sebuah berita yang dipetik dari akhbar dimana seorang suami sanggup berasmara di dapur bersama anak kandung sendiri ketika ketiadaan isteri.

2. Saya baru tahu
Sebuah cerita menarik tentang empunya blog. Nak tahu apa dia? Baca la yerk.

3. 6 perkara yang lelaki dan wanita lakukan dalam dewan peperiksaan
Satu perkongsian menarik. Jom sama-sama baca.

Dalam blog Mumui juga terdapat blogger toolbar di bahagian atas blog. Kalau boleh buangkan toolbar tersebut kerana dikhuatiri ada orang yang tekan report abuse. Satu lagi tentang widget lagu dalam blog Mumui, ramai pelawat yang tak suka kalau blog yang ada lagu ni. So mumui fikirkan sebaiknya ok. Yang lain semua dah ok dah. Mungkin Mumui ada sebab tersendiri letak widget tersebut.

Ranking Alexa secara keseluruhan blog ini berada pada tahap yang kurang memuaskan iaitu 11,222,249 dan 58,331 di Malaysia. Usahakan untuk menambah pelawat blog dan seterusnya dapat menurunkan lagi ranking Alexa. Saya cadangkan anda baca entry cara paling mudah dan berkesan untuk menaikkan traffic blog (100% berkesan). Jangan lupa untuk terjah blog menarik ni.

Inginkan blog anda di review sebegini? Sertai segmen blog review sekarang.

Blog review – Intan Izani

Segmen blog review bersama wowberita.com diteruskan lagi dengan blogger yang kedua. Blog ini menggunakan identiti pemilik blog itu sendiri iaitu Intan Izani. Tapi facebook bernama Intan Norbaizura? Secara ringkasnya, blog ini simple tapi memang menarik.

Tuan punya blog – Intan Izani

Intan Izani – http://intanizani.blogspot.com/

Berikut adalah beberapa entry paling terbaru yang ada dalam blog Intan Izani:

1. Jom makan keropok
Disebabkan aku orang Terengganu jadi keropok lekor memang menjadi idaman terutamanya musim hujan. Jom baca cerita pasal keropok Intan Izani plak.

2. Jalan-jalan window shopping
Ikuti kisah beliau bersama suami shopping sakan.

3. Makan untuk hidup atau hidup untuk makan
Ayat tersebut selalunya menjadi tanda tanya bukan? Jom baca apa kata Intan Izani.

Sebelum menutup sesi review bagi blog ini, izinkan saya highlight sedikit perkara. Kalau boleh, buangkan blogger toolbar pada bahagian atas blog kerana dikhuatiri ada tangan yang akan menekan report abuse button. Hehe…Kedudukan widget di kedua belah sidebar tersusun kemas tapi kalau boleh biarlah ianya balance di bahagian kiri dan kanan blog.

Ranking Alexa secara keseluruhan blog Intan Izani berada pada tahap yang baik iaitu 1,201,031 dan 15,568 di Malaysia. Usahakan untuk menambah pelawat blog dan seterusnya dapat menurunkan lagi ranking Alexa. Baca entry, cara paling mudah dan berkesan untuk menaikkan traffic blog (100% berkesan). Jangan lupa sama-sama kita terjah blog Intan Izani.

Inginkan blog anda di review sebegini? Sertai segmen blog review sekarang.

 

Blog review – Yana’s Journal

Segmen blog review dari wowberita.com dimulakan dengan peserta yang pertama iaitu Yana Houry. Blog yang diberi nama Yana & Journal ini menggunakan tema ungu sebagai latar belakang blog membuatkan blog ini sangat menarik untuk dilawati.

Tuan punya blog – Yana Houry

Yana & Journal – http://valianthoury.blogspot.com/

Berikut adalah antara post terbaru dalam blog Yana & Journal:

1. JAKIM: Satu perceraian pada setiap 15 minit
Statistik JAKIM tahun 2009 menunjukkan berlakunya penceraian setiap 15 minit. Dimanakah puncanya?

2. My Comel
Siapakah my comel beliau? Jom baca selanjutnya.

3. Sedih La
Kenapa bersedih? Nak tahu kisah pendek ni kena la baca ye.

Kedudukan semua widget dalam blog ni sangat tersusun rapi dan nampak kemas. Tapi apa yang mungkin perlu diambil perhatian ialah “disable right click”. Rasanya tak perlu nak gunakan option ini dalam blog Yana. Bagi saya, option “disable right click” hanyalah menyusahkan pelawat yang ingin membuka beberapa post dalam satu masa. Mungkin Yana ada sebab tersendiri.

Sebelum itu, ranking Alexa bagi blog Yana berkedudukan di 2,101,778 secara keseluruhan dan 18,607 di Malaysia. Baca entry, cara paling mudah dan berkesan untuk menaikkan traffic blog (100% berkesan). Bagi yang mempunyai masa terluang, jangan lupa untuk singgah di blog Yana kerana banyak cerita menarik anda boleh baca dalam blog beliau. Semoga Yana sukses dalam aktiviti blogging ok!

Inginkan blog anda di review sebegini? Sertai segmen blog review sekarang.

 

>5 Blog Paling Menarik Untuk Dilawati Siri 2

>Alhamdulillah selepas 2 hari yang lepas aku publish entry khas yang pertama, hari ni baru berpeluang nak publish entry kedua. Walaupun tak berapa nak dapat sambutan tapi aku tetap syukur kerana masih ada yang nak join. ok entry kedua ni bakal menampilkan blogger-blogger yang memang hebat. Daripada feedback yang aku dapat untuk entry khas yang pertama, segmen ni terbukti boleh menjana traffic ke blog korang.

Berikut adalah 5 entry terpilih yang mesti korang terjah. Mungkin entry tersebut dapat memberi maklumat tambahan kepada anda dan jugak beri idea untuk korang buat entry baru di blog sendiri. Sory 2 hari ni aku tak blogwalking sebab dalam proses nak mengurat SEO sket. Hakhakhak…

—————————————————————————————

1. Mengira Waktu Subur Wanita
Salam .. entry ini bertujuan untuk memberi pengetahuan buat kawan2 blogger yang baru berkahwin dan merancang untuk berkahwin untuk mengira sendiri waktu subur wanita..
Nak tahu kisah selanjutnya? Klik sini

2. Tips menziarahi kubur
Ramai orang tulis tips utk kecantikan atau fesyen, tapi ada orang tulis tips tentang tips menziarah kubur tak? mesti lah ada. saya lah orang tu 🙂
Nak tahu kisah selanjutnya? Klik sini

3. Saya sayang adik
siapa adik?? haa.. bolehlah baca entry ni..cerita tentang ‘adik’ saya..dari mula saya jumpa sampailah sekarang..dari kotor sampai bersih..dari tak tahu apa2 sampai pandai..dan dari kecik sampai besar..adik sgtlah bermakna..entry ini sesuai dgn sesiapa yang ada ‘adik’..:)
Nak tahu kisah selanjutnya? Klik sini

4. Perbezaan SEO dan blogwalking
Ni adalah entry yang aku rasa paling menarik dalam blog aku..aku pilih entry ni sebab ianya adalah tip yang pertama aku keluarkan dan entry ini jugak merupakan entry yang paling lama aku buat..dalam 1 jam jugak aku rasa..al maklumlah first time tulis pasal tip…tapi entry ni just cikai-cikai jer sebab aku pun x berapa mahir sangat pasal SEO ni..jadi hentam sajalah labi..syarat kedua, ketiga, keempat dan kelima akan menyusul kemudian hehe…
Nak tahu kisah selanjutnya? Klik sini

5. 5 OMGWTF moments sewaktu menungang motosikal
Well, 1 entry yang mengarut dari aku dikala mengisi masa lapang ketika kebosanan..hahaha..Entry adalah tentang Oh My God What The F*** (OMGWTF) moments yang mungkin dihadapi oleh perempit2 jalanan di negara kita nie, ketika menunggang motosikal di jalan raya dan hanya 5 moments (detik) yang di ambil kira sebagai “Top 5 OMGWTF Moments”.
Nak tahu kisah selanjutnya? Klik sini

Inspired by wowberita.com

—————————————————————————————

Nota Dahi: Jika korang berminat untuk menyertai segmen ni, sila klik disini. Psssttt…ranking alexa wowberita dah pun turun pada paras 996,722 dalam masa 3 minggu pertama dan enjin carian google pun dah mula nak manja-manja dengan blog ni. So kalau nak rasa traffic ke blog korang tu try la join segmen ni yerk.

Nota untuk kesemua 5 blogger yang terpilih:
1. Sila copy 5 review blog diatas dan buat entry yang sama dengan entry ni, bertajuk “5 Blog Paling Menarik Untuk Dilawati”. (tak perlu copy seluruh entry pun, cuma copy review SAHAJA ok – dalam garisan putus-putus)
2. Pastikan dalam entry tersebut korang letak banner (paling atas) dan tagline “Inspired by wowberita.com” (paling bawah).

>5 Blog Paling Menarik Untuk Dilawati Siri 1

>Ok seperti yang aku janjikan pada entry semalam iaitu “Segmen blog review bersama wowberita.com“, hari ni aku berjaya gak publish entry khas yang pertama ni. Entry ni bertujuan untuk mempromosikan entry terbaik yang ada pada sesebuah blog.

Berikut adalah 5 entry yang paling menarik untuk korang tengok dan baca. Jom terjah semuanya:

—————————————————————————————

1. dyesebel
Ok entry nie saya nak kongsi tentang satu cerita yang dulunya menjadi cerita peberet saya…haha tak lah peberet sangat. Cuma saya ni suka tengok cerita cerita yang agak agak sengal dan dongeng dongeng sikit…haha. Ok cerita tersebut bertajuk DYESEBEL. Baiklah, cerita nie sebenarnya sebuah cerita dongeng daripada filipina. Agak menarik jugak lah..jom bace :))
Nak tahu kisah selanjutnya? Klik sini

2. che-armad & internet
Blog aku adalah bercerita tentang internet. Aku guna bahasa paling ringkas supaya korang mudah faham.
Nak tahu kisah selanjutnya? Klik sini

3. Surat Seorang Stalker
Untuk memenuhi syarat pertama, saya pilih entry – Surat Seorang Stalker. Sebab apa? Sebab saya punye sukalah. LOL bukan bukan. Sebab surat tu adalah kisah benar sebenarnya. ehem ehem. Tapi dalam entry tu saya tak cakaplah betul ke tak. So sekarang nak mengakulah. heh heh. Siapa punye blogkah yang terpakse menjadi mangsa saya tu??? Huahua itu secret recipe lah yea. Idea nak menulis tu datang tiba-tiba dan lepas tu rasa macam eh best gak ah surat ni. Macam surat seorang loser yang tak berani nak meluahkan perasaan dia. Adeh kasihan. But at least bila saya dah tulis surat tu kan, tiba-tiba rasa macam ahhh leganya. Kelakar sebab saya tau dia ada bace sebenarnya. So malu ar sikit. Hikhik…
Nak tahu kisah selanjutnya? Klik sini

4. Kisah Monyet Pengsan Tertelan Sabun
Masa korang belajar kat asrama korang, ada tak menatang nama monyet ni duk curi korang punya makanan ataupon duk tengok ngintai2 korang? Nak dijadikan cerita…..
Nak tahu kisah selanjutnya? Klik sini

5. Tips promote contest yang korang anjurkan
Entri ini berkaitan tentang persepsi aku untuk membuat contest kita mendapat sambutan ramai dan faktor – faktor kegagalan sesuatu contest . Ini sesuai untuk blogger2 yang ingin membuat freegive atau giveaway kerana kadang-kadang ada blogger buat contest tidak mendapat sambutan walaupun hadiah menarik . Itu saja thx.
Nak tahu kisah selanjutnya? Klik sini

Inspired by wowberita.com
—————————————————————————————

Nota Dahi: Jika korang berminat untuk menyertai segmen ni, sila klik disini.

Nota untuk kesemua 5 blogger yang terpilih:
1. Sila copy 5 review blog diatas dan buat entry yang sama dengan entry ni, bertajuk “5 Blog Paling Menarik Untuk Dilawati“. (tak perlu copy seluruh entry pun, cuma copy review SAHAJA ok – dalam garisan putus-putus)
2. Pastikan dalam entry tersebut korang letak banner (paling atas) dan tagline “Inspired by wowberita.com” (paling bawah).

>Segmen blog review bersama wowberita.com

>Alhamdulillah selepas 2 minggu berlalu, wowberita.com telah mencapai follower yang ke-200. Terima kasih diucapkan kepada fadhdeela yang sudi follow wowberita. Ranking Alexa juga telah menurun ke angka 1.4juta. Setelah berfikir panjang, aku telah dapat satu idea macamana nak naikkan traffic kat blog korang dan dapatkan backlink untuk blog korang tu.

Aku pun tak pasti sangat idea ni boleh menunjukkan hasil ke tak tapi apa salahnya kalau mencuba sebab aku tak pernah nampak ada blogger yang pernah buat. Korang nampak banner kat atas tu kan? Sebenarnya aku bukan nak buat segmen review blog korang pun tapi korang sendiri yang akan review blog korang.

Ok aku nak citerkan sket macamana segmen ni boleh menaikkan traffic kat blog korang dan dapatkan backlink untuk blog korang tu.

Pertama, korang perlu pilih satu entry yang korang rasa paling menarik dalam blog korang tu dan buatkan satu review ringkas tentang entry tersebut (lebih kurang 50 patah perkataan je)

Kedua, hantarkan review tu ke dalam borang kat bahagian bawah entry ni.

Ketiga, Setiap hari aku akan pilih 5 review dan aku akan buatkan satu entry khas untuk kelima-lima review yang terpilih termasuk link bagi setiap review.

Keempat, 5 review terpilih akan aku inform di shoutbox masing-masing. Setiap blogger mestilah copy entry khas yang akan aku buat dan letak dalam blog masing-masing (termasuk banner kat atas).

Kelima, dengan cara ni, setiap blogger terpilih secara automatik telah mempromote blog diorang di 5 blog sekaligus. Backlink pun dapat sekali. (kalau tak faham sila tinggalkan komen)

Macamana cara nak sertai?
1. Korang buatkan satu entry ringkas macam yang aku dah explain kat atas tu.
2. Masukkan review korang ke dalam form dibawah dan tekan “send message”.
3. Kalau review korang terpilih, aku akan inform melalui shoutbox kat blog korang.
4. Jika terpilih, korang mestilah buat satu entry khas yang dicopy paste dari blog aku ni. Entry tersebut mestilah bertajuk “5 Blog Paling Menarik Untuk Dilawati“.
5. Pastikan korang letak sekali banner kat atas tu dalam entry khas korang (jika blog korang terpilih) dan linkkan ke entry ni. Pada penghujung entry tersebut korang mesti letak tagline berikut: “Inspired by wowberita.com
6. Mudah je kan cara-caranya? Kalau berminat cepat-cepat buat review untuk entry paling menarik dalam blog korang.

http://www.foxyform.com/form.php?id=75258&sec_hash=8e0071f8b80
foxyform.com

Name: Nama Samaran korang
Email: Pastikan email valid
Subject: Tajuk entry yang korang review
Message: Review entry pilihan korang lebih kurang 50 patah perkataan
Website: Link bagi entry yang korang review

PERINGATAN: Korang bukan review entry dalam blog aku tapi entry dalam blog korang sendiri ok. Setiap hari aku akan buatkan satu entry khas dan 5 review yang aku pilih untuk diletakkan dalam entry tersebut.

Nota Dahi: Jika ada sebarang pertanyaan, korang tinggalkan komen kat bawah ok. Aku cuma nak tolong, terpulanglah korang nak terima ke tak pertolongan aku ni. Hakhakhak…

Dengan itu aku nak jemput pengomen terbanyak setakat ni dalam blog wowberita. Nak join ke tak aku tak kisah janji dah bagi backlink kat korang seketul. Haha…
1. PuanBee
2. Ammboi
3. Imelda
4. One2paii
5. Encik Nakal
6. Ezzat
7. Siti Safiyyah
8. Nur Ain Azman
9. Nenek Moden
10. Farhana Ruiszz

Nota Anak Dahi: Kalau cukup 5 review yang disubmit malam ni, esok pagi gak aku kuarkan entry khas tu. Esok kan hari minggu. Berita pun cuti la. Hahaha…

Contoh Entry khas yang telah dikeluarkan:
1. Siri 1
2. Siri 2