Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

Category Archives: Info Dunia

>Hosni Mubarak letak jawatan

>KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada pihak tentera, kata Naib Presiden, Omar Suleiman dalam kenyataan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen.

“Mengambil kira keadaan sukar yang dihadapi negara, Presiden Mohammed Hosni Mubarak membuat keputusan untuk melepaskan jawatan presiden republik dan menugaskan Majlis Agung Angkatan Bersenjata untuk mentadbir hal ehwal negara,” kata Suleiman. – AFP

Berikut adalah reaksi pemimpin dunia sebaik perletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir, sekali gus mengakhiri demonstrasi besar-besaran rakyat negara itu selama 18 hari.

Amerika Syarikat
“Rakyat sudah menyatakan hasrat mereka…suara rakyat Mesir adalah jelas semestinya demokrasi perlu dilaksanakan mulai sekarang,” kata Presiden Barack Obama. “Masih banyak kesulitan yang akan berlaku dan masih banyak persoalan belum terjawab. “Namun pihak tentera sudah menjalankan tugasnya dengan cukup patriotik dan bertanggungjawab sebagai pemerintahan sementara dan kini perlu memastikan peralihan kuasa dilakukan dengan berwibawa demi kehendak rakyat Mesir,” katanya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mahu proses peralihan kuasa di Mesir harus dilakukan dengan ‘telus, lancar dan aman’. Beliau juga mahu melihat negara itu menjalankan proses pilihan raya yang ‘bebas, adil dan berwibawa’.

Iran
“Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir atas kemenangan mereka dan kami di Iran berkongsi kegembiraan,” kata Menteri Luarnya, Ali Akbar Salehi. “Kami berharap pergerakan rakyat di Mesir akan berakhir dengan kejayaan menerusi semangat yang jitu agar mereka mencapai tuntutan dan harapan yang diingini.”

Russia
“Kami berharap dengan perkembangan terkini ini, ia boleh mengembalikan semula keamanan dan kestabilan dengan kerjaaan Mesir kembali berfungsi. Kami juga berharap bukan saja kerajaan tetapi parti pembangkang menunjukkan keikhlasan untuk menstabilkan keadaan,” kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov. – Reuters

Sumber: Berita Harian

Video tentang perletakan Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir dan diambil alih pihak tentera Mesir

Nota Dahi: Setelah rusuhan besar-besaran yang berlarutan beberapa minggu lalu dan telah mengakibatkan pelbagai kemusnahan harta benda serta kehilangan nyawa dan kecederaan, akhirnya rakyat Mesir menerima khabar gembira apabila Presiden Hosni Mubarak membuat pengumuman perletakan jawatan beliau. Keputusan itu telah memberi nafas baru pada sistem pemerintahan Mesir selepas ini dan diharapkan dapat mengembalikan keamanan di Mesir seperti sedia kala. Untuk sementara waktu, pemerintahan Mesir telah diambil alih oleh pihak tentera.

Update rusuhan di Mesir

>Facebook, Google bakal ambil alih Twitter

>NEW YORK 10 Feb. – Eksekutif syarikat mikroblogging Twitter Inc. dilapor telah mengadakan perbincangan ‘peringkat rendah’ dengan eksekutif Facebook Inc. dan Google Inc. beberapa bulan lepas berhubung kemungkinan pengambilalihan Twitter, menurut laporan laman web akhbar Wall Street Journal, semalam.

Menurut akhbar tersebut, perbincangan telah dijalankan dan anggaran pengambilalihan syarikat tersebut berkemungkinan menelan belanja sebanyak AS$8 bilion (RM24.3 bilion) hingga AS$10 bilion (RM30.4 bilion).

Disember lalu, Twitter telah menambah pembiayaan syarikat sebanyak AS$200 juta (RM609.2 juta) dalam satu perjanjian yang meletakkan nilai syarikat tersebut kepada AS$3.7 bilion (RM11.2 bilion) ketika itu.

Pembiayaan dari Silicon Valley, firma usahasama Kleiner Perkins Caufield & Byers dan pelabur-pelabur Twitter itu, menekankan harapan tinggi pelabur terhadap syarikat rangkaian sosial tersebut. Google dan Facebook tidak mengulas lanjut laporan Wall Street Journal itu.

Facebook baru-baru ini menambah pembiayaannya dalam satu perjanjian yang meletakkan nilai laman web sosial itu kepada AS$50 bilion (RM157 bilion), berbanding AS$10 bilion (RM30 bilion) pada pertengahan 2009.

Google dan Facebook sebelum ini pernah membincangkan tawaran pengambilalihan Twitter dengan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg menawarkan sejumlah AS$500 juta (RM1.5 bilion) kepada pengasas Twitter bagi tujuan itu. Bagaimanapun urus janji itu gagal. Twitter kini mempunyai seramai 175 pengguna berdaftar. – Reuters

Sumber: Utusan Malaysia

Nota Dahi: Selepas timbulnya isu Facebook akan ditutup pada 15 Mac ni, nampaknya ianya suatu khabar angin yang tidak benar. Ini kerana timbulnya khabar angin tentang Facebook mahu ambil alih Twitter. Siapa pula pengasas Twitter ye? Nantikan pada entry yang akan datang tentang sejarah Twitter pula.

>Update terbaru rusuhan di Mesir

>KAHERAH 10 Feb. – Kerajaan Mesir semalam memberi amaran satu tindakan keras tentera mungkin diambil ketika penunjuk perasaan antikerajaan terus berleluasa dan terdapat laporan menyatakan tentera menahan dan mendera aktivis prodemokrasi.

Beratus-ratus penunjuk perasaan berarak ke Parlimen dari Dataran Tahrir semalam, sehari selepas tunjuk perasaan besar-besaran dilancarkan ketika protes terus berleluasa di seluruh negara.

Menteri Luar Ahmed Abul Gheit memberi amaran, pihak tentera yang sehingga kini masih berlembut akan campur tangan jika protes menentang pemerintahan Presiden Hosni Mubarak bertambah buruk.

“Jika huru-hara berlaku, tentera akan campur tangan untuk mengawal negara, langkah yang mungkin akan membawa kepada situasi berbahaya,” lapor agensi berita MENA yang memetik kenyataan Abul Gheit ketika ditemu bual oleh televisyen Al-Arabiya.

Kenyataan menteri itu dikeluarkan selepas Naib Presiden yang baru dilantik, Omar Suleiman memberi amaran kemungkinan ‘rampasan kuasa’ berlaku jika peralihan kuasa secara aman gagal dilakukan.

Abul Gheit turut mengecam Amerika Syarikat (AS) kerana menggesa Mesir melakukan pembaharuan segera. Sejurus selepas kenyataan itu dibuat, Washington mengulangi gesaannya sebelum ini supaya tentera Mesir terus bertahan.

Koleksi Gambar Terkini Rusuhan di Mesir
Tunjuk perasaan hari ini tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda dengan berpuluh-puluh ribu orang masih memenuhi Dataran Tahrir pada minggu ketiga protes.

Lebih kurang 1,000 orang berhimpun di Parlimen untuk menuntut anggotanya meletak jawatan dan berjanji tidak akan berganjak sehingga pembubaran dilakukan.

Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia dan penunjuk perasaan memberitahu akhbar Britain, Guardian bahawa tentera secara rahsia menahan beratus-ratus penunjuk perasaan antikerajaan dan sesetengahnya diseksa.

“Operasi mereka sangat meluas, dari mereka yang ditahan di kawasan protes, ditahan kerana melanggar perintah berkurung, melawan arahan pegawai tentera atau ditahan kerana disyaki atau kerana kelihatan seperti rakyat asing,” kata pengarah Inisiatif Mesir untuk Hak Peribadi, Hossam Bahgat, di Kaherah.

Menurut seorang lelaki, dia ditahan oleh tentera ketika mengambil bekalan ubat untuk penunjuk perasaan yang cedera di Muzium Artifak Mesir. – AFP

Sumber: Utusan Malaysia

Video Pergolakan di Mesir

>Pergolakan di Mesir kian meruncing

>KAHERAH 3 Feb. – Keadaan di Mesir semakin meruncing dengan lima orang dilaporkan terbunuh, apabila penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan di Dataran Tahrir awal hari ini.

Tunjuk perasaan aman di negara ini sejak beberapa hari lalu bertukar ganas, sejak semalam apabila kira-kira 3,000 penyokong Mubarak yang dipercayai terdiri daripada polis berpakaian biasa menggempur penunjuk perasaan anti-kerajaan di Dataran Tahrir dan di beberapa bandar lain di Mesir.

Jumlah penyokong Mubarak ada yang menyatakan hampir 20,000 orang menaiki kuda dan unta bertindak memukul penunjuk perasaan anti-kerajaan dengan kayu dan besi dan sebahagian lagi melempar bom api ke arah penunjuk perasaan dari atas bangunan di Dataran Tahrir menyebabkan dua terkorban dan ramai yang lain cedera.

Angka korban terbaru hari ini akibat pertempuran yang menggegarkan tengah Kaherah dalam tempoh 24 jam lalu kini meningkat kepada tujuh orang dan sekurang-kurangnya 305 orang terbunuh sejak protes tercetus 25 Januari lalu dengan hampir 4,000 lagi cedera. Kejadian dilaporkan berlaku awal pagi apabila penyokong Mubarak dipercayai melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti-kerajaan bagi menimbulkan ketakutan di kalangan penunjuk perasaan.

“Kesemua mereka terbunuh akibat tembakan termasuk seorang yang ditembak di kepala,” kata Dr. Mohammed Ismail di sebuah klinik sementara di Dataran Abdulmenem Riad, bersebelahan Dataran Tahrir.

Seorang lagi pakar perubatan yang merawat mereka yang cedera dalam pertempuran, Dr. Amr Bahaa sebelum itu melaporkan beliau menerima ramai penunjuk perasaan yang terkena tembakan.

“Kebanyakan mangsa tiba dalam tempoh tiga jam lalu, ramai dengan luka terkena tembakan,” katanya awal pagi ini, dengan menganggarkan jumlah yang cedera sejak semalam melebihi 1,000 orang.

Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang cedera akibat tembakan dari Jambatan Oktober, di mana penyokong Presiden Hosni Mubarak berhimpun.

Menteri Kesihatan, Ahmed Hosni Farid berkata, tiga orang terbunuh dan 639 lagi cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang Mubarak di tengah Kaherah.

Pertempuran itu meletus apabila penyokong Mubarak menggempur Dataran Tahrir petang semalam dipercayai dalam usaha untuk menamatkan protes yang menuntut peletakan jawatan Presiden itu.

Bunyi tembakan kedengaran dari semasa ke semasa mulai sekitar 4 pagi ini (10 pagi waktu Malaysia) dan berlarutan selama dua jam, manakala beberapa kereta kebal tentera yang ditempatkan di dataran tersebut kelihatan beralih dari kedudukan masing-masing tanpa meninggalkan kawasan itu.

“Pertempuran bermula pada 4 pagi. Anggota polis berpakaian awam melepaskan tembakan dari Jambatan Oktober,” kata seorang saksi di hospital Kasr El-Aini di mana banyak ambulans tiba. – Agensi

Sumber: Utusan Malaysia

Nota Dahi: Sampai bila rusuhan di Mesir nak berlarutan ye? Jom tengok gambar dan video rusuhan yang berlaku di wilayah bergolak itu.

>Ariel Peterpan dipenjara 3 tahun 6 bulan

>BANDUNG: Penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril ‘Ariel’ Irham, salah seorang bintang pop terkenal di Indonesia dijatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun selepas didapati bersalah menyebarkan rakaman video lucah bersama teman wanitanya di Internet.

Hukuman itu mencetuskan pendapat berbeza di kalangan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Golongan liberal berpendapat ‘hukuman malu’ ditanggung Ariel yang mendakwa rakaman video itu bukan untuk tatapan umum sudah mencukupi.

Namun, pihak konservatif tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kerana mereka mendakwa Ariel menyumbang kepada kejatuhan nilai moral di negara itu.

Beratus-ratus golongan konservatif yang melepasi kawalan polis berhimpun di pagar mahkamah sambil menjerit, ‘Terlalu Ringan!’ ‘Terlalu Ringan!’

Lebih 500 orang melakukan demonstrasi dan sesetengahnya melemparkan kenderaan polis yang membawa Ariel dengan telur busuk dan tomato, sementara yang lain memegang sepanduk mengecam penyanyi itu.

Ariel adalah selebriti pertama yang didakwa di bawah undang-undang antipornografi Indonesia yang berkuat kuasa pada 2008 walaupun mendapat tentangan orang ramai dan anggota Kabinet. Ia dilihat sebagai terlalu kabur dan hukumannya terlalu berat.

Ariel mendakwa pita rakaman itu dicuri dari kediamannya dan dihantar ke dalam talian tanpa pengetahuannya tetapi Hakim Singgih Budi Prakoso berkata, bintang pop itu tidak melakukan apa-apa untuk mencegah penyebarannya ke Internet. Kebanyakan peminat Ariel sedih dengan hukuman dijatuhkan ke atas penyanyi itu. -AP

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Kalau di Mesir, berlaku rusuhan untuk menggulingkan pemerintahan Hosni Mubarak tapi lain pula ceritanya di Indonesia. Rata-rata peminat Ariel tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun 6 bulan kepadanya. Sebelum itu, Ariel telah ditangkap kerana menyebarkan video lucah beliau dengan Luna Maya dan Cut Tari. Bukan kerana Ariel berhubungan seks dengan Luna Maya!!! Itulah yang aku dengar sebelum ni.

LEBIH 500 orang berdemonstrasi di luar Mahkamah Bandung, semalam.

>Harga minyak dunia melambung ekoran rusuhan di Mesir

>SINGAPURA: Harga minyak dunia di pasaran Asia melambung hari ini berikutan kebimbangan pergolakan di Mesir yang mungkin menjejaskan bekalan bahan mentah menerusi Terusan Suez.

Kontrak hadapan New York bagi minyak mentah bagi perbekalan Mac meningkat 37 sen kepada AS$89.71 setong pada pembukaan dagangan pagi ini. Kontrak hadapan minyak mentah Brent North Sea juga meningkat 18 sen kepada AS$99.60 setong.

“Harga yang meningkat ini adalah kesan daripada keadaan tidak stabil di Mesir dan kemungkinan urusan bekalan akan terjejas yang melalui Terusan Suez,” kata Ben Westmore, pakar ekonomi bagi galian dan tenaga National Australia Bank di Melbourne.

Tom Bentz dari BNP Paribas berkata, kira-kira satu juta tong minyak mentah melalui Terusan Suez setiap hari ini.

“Wujud kebimbangan dalam bekalan minyak mentah yang mungkin terjejas dan ini memberi kesan kepada Eropah melebihi Amerika Syarikat,” katanya. – AFP

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Patut pun harga minyak RON97 naik lagi 10 sen semalam kepada RM2.50 seliter. Nasib baik aku tak pakai BMW. Huhu…ni adalah harga minyak semasa pada masa kini.

To get the oil price, please enable Javascript.

>Sejuta rakyat Mesir diminta sertai bantahan

>KAHERAH: Satu pakatan pembangkang menggesa sejuta penduduk Mesir meningkatkan tekanan terhadap Presiden Hosni Mubarak melepaskan kuasa selewat-lewatnya Jumaat depan dengan keluar beramai-ramai memprotes di tengah ibu kota Kaherah mulai semalam.

Seramai 30 hingga 40 wakil pergerakan terbabit juga mendesak supaya mogok umum dilancarkan di seluruh negara itu bagi memaksa Mubarak berundur selepas 30 tahun berkuasa. Pakatan itu yang kebanyakannya pergerakan belia selain Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, merancang untuk berarak dari Dataran Tahrir (Kemerdekaan) bagi memaksa Mubarak menyerah kuasa.

Jurucakap beberapa kumpulan terbabit berkata, wakil mereka berunding sejak petang semalam bagi membentuk strategi bersama menggulingkan Mubarak.
Mereka juga akan memutuskan sama ada pemenang anugerah Nobel, Mohamed ElBaradei akan dinamakan sebagai jurucakap penunjuk perasaan.

Ikhawanul Muslimin pula menyatakan bahawa ia tidak akan menerajui penentangan terhadap Mubarak. “Kami tidak mahu mengancam revolusi ini,” kata Mohamed Mahdi Alef, bekas pemimpin kanannya.

Mengulas tindakan mogok, salah seorang penaja bantahan, Israa Abdel-Fattah, berkata: “Kami tidak mahu keadaan pulih semula sehingga Mubarak tidak lagi memerintah. Kami mahu penduduk tidak bekerja hingga beliau berundur.”

Israa adalah pengasas kumpulan 6 April, pergerakan belia yang mendesak pembaharuan demokratik dilakukan sejak 2008.

Bank, sekolah dan pasaran saham ditutup buat hari kedua manakala ramai terpaksa berbaris di luar kedai roti untuk menambah bekalan.

Kawat berduri menutup laluan ke Dataran Tahrir dari jalan utama, kawasan plaza yang diduduki penunjuk perasaan sejak Jumaat lalu, menjadikannya pusat kempen menjatuhkan Mubarak yang dipersalahkan atas kemiskinan berleluasa, inflasi, sikap tak peduli pihak berkuasa dan penindasan ke atas penduduk.

Beribu-ribu orang berhimpun di dataran itu sejak awal pagi, ramai yang tidur di kawasan padang atau dalam khemah. Ramai yang mula tiba sejak awal lagi.

Anggota polis dan pengutip sampah juga muncul semula di jalan raya Kaherah manakala stesen kereta api bawah tanah dibuka semula selepas askar dan sukarelawan bersenjatakan cotar dan parang menjaga keamanan semalaman.

Sementara itu, stesen televisyen Al-Jazeera pula menyatakan, enam wartawannya sudah dibebaskan selepas ditahan sehari selepas televisyen itu diarah memberhentikan operasinya. – Agensi

Sumber: Berita Harian


Nota Dahi: Sampai bila isu pergolakan di Mesir ni nak berlarutan?

>[Video] Pergolakan di Mesir

>Ok pada hari ni aku nak update beberapa video tentang isu pergolakan di Mesir yang aku ambil dari youtube. Untuk update setiap masa bagi pelajar Malaysia di Mesir, anda boleh layari blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita.

Ada pelajar negara kita yang dirogol?

Kesemua video dibawah ni menceritakan segalanya betapa teruknya rusuhan yang berlaku ketika ini. Tapi sehingga hari ini, ianya sudah dapat dikawal di beberapa kawasan selepas pelbagai usaha dijalankan terutama pihak tentera yang turut membantu.






Untuk video selebihnya, anda boleh tengok semua video yang di upload oleh CitizenTube di youtube. Apa-apa pun aku doakan semua pelajar Malaysia semua selamat pulang ke tanah air secepat mungkin.

Rusuhan besar-besaran ni berlaku dengan tujuan untuk menggulingkan pemerintahan Hosni Mubarak yang dikatakan kejam sehingga membuatkan rakyat tidak berpuas hati dengan beliau. Sehingga hari ini huru-hara di Egypt masih berlaku antaranya kecurian yang berleluasa, balai polis ditawan dan senjata dirampas penduduk, kira-kira 5,000 banduan terlepas dari penjara, dan banyak lagi situasi yang boleh dikatakan berada pada tahap kuning.

Walaubagaimanapun, apa yang lebih membimbangkan ialah nasib pelajar Malaysia yang belajar disana kerana dengan keadaan rusuhan yang tidak kira waktu tu dikhuatiri boleh mengancam keselamatan mereka. Apapun pihak kerajaan sedang berusaha untuk membawa kesemua kira-kira lebih 10,000 pelajar Malaysia keluar dari zon pergolakan tersebut. Marilah sama-sama kita doakan keselamatan mereka.

Gambar terkini pergolakan di Mesir Part 1Gambar terkini pergolakan di Mesir Part 2Gambar terkini pergolakan di Mesir Part 3

>Arnold Schwarzenegger hilang pendapatan RM610 juta

>VIENNA: Berkhidmat sebagai gabenor California menyebabkan pelakon Arnold Schwarzenegger kehilangan pendapatan sekurang-kurangnya AS$200 juta (RM610 juta), katanya pelakon yang beralih kerjaya kepada ahli politik kepada akhbar tempatan Austria.

Mengira perbelanjaan dan kehilangan pendapatan daripada berlakon filem Hollywood, ia mungkin melebihi AS$200 juta, katanya kepada Krone apabila ditanya kerugian beliau dalam tempoh dua penggal di Sacramento.

Tetapi saya tidak menyesal. Ia lebih bernilai dari ini, katanya. Apa yang lebih teruk ialah tiada masa untuk keluarga sepanjang jadi gabenor dan ini perlu diperbaiki, katanya.

Beliau turut menceritakan bagaimana isterinya, Maria dan anak-anak sering berendam air mata apabila beliau gagal berada bersama mereka setiap malam minggu kerana kesibukan dan kepadatan jadual kerjanya.

Kami benci kerja ayah, kata Schwarzenegger memetik kata-kata ahli keluarganya ketika tahun pertama beliau dilantik sebagai gabenor dan terpaksa meninggalkan kediamannya di Los Angeles setiap pagi Isnin untuk ke Sacramento dan hanya pulang pada hujung minggu.

Ini sesuatu benar-benar menyedihkan, kata Schwarzenegger, yang juga gabenor Republikan sejak 2003 sehingga awal bulan ini. Reuters

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Kalau korang nak tahu, aku adalah peminat setia Arnold Schwarzenegger ni. Aku panggil dia “Anok Susah Nak Eja”. Hahaha…ok kat bawah ni ada beberapa sedutan daripada filem Terminator 3. Tapi yang paling aku minat ialah Terminator 2. Dah berapa kali aku layan cite ni.

Ok kat bawah ni aku hadiahkan link download movie Terminator kalau korang nak layan:

Terminator 1 [1984]
Part 1: http://www.mediafire.com/?8zoo8yoosjfg6oq
Part 2: http://www.mediafire.com/?biio84i2lbg4w29
Part 3: http://www.mediafire.com/?aovx4wpk2o2d4l4
Password: http://www.directdownloadlinkz.com

Terminator 2: Judgement Day [1991]
Part 1: http://www.mediafire.com/download.php?fjtfmxt2vd1
Part 2: http://www.mediafire.com/download.php?3my32bdjygc
Part 3: http://www.mediafire.com/download.php?72r7x1djf2o
Part 4: http://www.mediafire.com/download.php?82mnbzb3zhm
Part 5: http://www.mediafire.com/download.php?5atc23mrrem
Part 6: http://www.mediafire.com/download.php?4nlmxl5mqmj
Part 7: http://www.mediafire.com/download.php?8sjifdm1yud
Part 8: http://www.mediafire.com/download.php?2lznomf2dd3
Password if needed: mulinks.net

Terminator 3: Rise of the Machines [2003]
Part 1: http://www.mediafire.com/?yci0dyjthhs
Part 2: http://www.mediafire.com/?wavwzx4ovkd
Part 3: http://www.mediafire.com/?my2ydobtyyl
Part 4: http://www.mediafire.com/?tt5mztgfyqd#1
Password: urgrove.com

Tags: Arnold Schwarzenegger, gabenor Arnold Schwarzenegger, gambar terbaru Arnold Schwarzenegger, filem terbaru Arnold Schwarzenegger, hummer Arnold Schwarzenegger, koleksi kereta milik Arnold Schwarzenegger, keluarga Arnold Schwarzenegger, rumah Arnold Schwarzenegger, kekayaan Arnold Schwarzenegger, senarai filem Arnold Schwarzenegger, download movie Arnold Schwarzenegger, download percuma terminator mediafire, Arnold Schwarzenegger kerugian RM610 Juta, koleksi movie Arnold Schwarzenegger, berkenaan Arnold Schwarzenegger, Arnold Schwarzenegger wikipedia, siapa Arnold Schwarzenegger, biodata Arnold Schwarzenegger, berita terbaru Arnold Schwarzenegger, Terminator 1 [1984], Terminator 2: Judgement Day [1991], Terminator 3: Rise of the Machines [2003]

>Michael Jackson mati akibat pembunuhan tidak sengaja

>LOS ANGELES: Kematian Michael Jackson akibat pembunuhan berikutan ketidaklayakan dan ketidakcekapan rawatan perubatan yang diberikan kepadanya, kata seorang pakar forensik pada perbicaraan ke atas doktor peribadi penyanyi terkenal yang menghadapi tuduhan membunuh tanpa niat.

Ketua Forensik Ubatan-Ubatan di Pejabat Koroner Daerah Los Angeles, Christopher Rogers, berkata raja pop terkenal itu sebelum kematiannya pada Jun 2009 mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Doktor peribadu Jackson, Conrad Murray dituduh kerana memberi dadah jenis propofol yang kuat bagi membantu penyanyi itu untuk tidur selepas keletihan kerana terbabit dalam beberapa konsert di London.
Rogers berkata, Jackson mati kerana diberi propofol yang berlebihan yang biasanya digunakan di hospital untuk persiapan membius pesakit dan tidak sepatutnya diberi kepada penyanyi itu untuk tidur.

Dalam perbiacaraan awal di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Rogers berkata beliau memutuskan kematian Jackson akibat pembunuhan walaupun sebelum ini Murray mendakwa penyanyi itu sendiri mengambil dadah propofol ketika Murray tiada di biliknya.

“Berdasarkan kualiti ubat-ubatannya, saya memutuskan ia adalah pembunuhan,” katanya. – AFP

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Sementara tu jom layan video klip terbaik Micheal Jackson yang diambil dari youtube ni.

Tags: micheal jackson, micheal jackson dibunuh, pembunuh micheal jackson, siapa micheal jackson, biodata micheal jackson, lagu micheal jackson, download lagu micheal jackson, lagu percuma micheal jackson, video klip micheal jackson, gambar terbaru micheal jackson, gambar mayat micheal jackson, anak micheal jackson, download mediafire micheal jackson, peminat micheal jackson, micheal jackson fanclub micheal jackson, berita terkini micheal jackson, kediaman micheal jackson, rumah micheal jackson, sebab micheal jackson mati, kenapa micheal jackson mati, bila micheal jackson dibunuh, siapakah micheal jackson, micheal jackson wikipedia, lagu terbaik micheal jackson, video klip micheal jackson, berita kematian micheal jackson, tarikh micheal jackson mati, nama sebenar micheal jackson, gambar remaja micheal jackson, kawan rapat micheal jackson, the making of micheal jackson, keluarga micheal jackson, jenazah micheal jackson, dunia micheal jackson, isteri micheal jackson, masalah micheal jackson, scandal micheal jackson, blog micheal jackson, website rasmi micheal jackson, album terbaru micheal jackson, lagu terbaru micheal jackson, video klip terbaru micheal jackson, kenali micheal jackson, micheal jackson masuk islam, sejarah micheal jackson, biodata micheal jackson, berita micheal jackson, musim micheal jackson, konsert micheal jackson, aksi micheal jackson menarik, micheal jackson menarik, layan lagu micheal jackson, nama anak micheal jackson, tarikh lahir micheal jackson, alamat micheal jackson, tempat tinggal micheal jackson, misteri kematian micheal jackson