Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

Category Archives: Tempatan

>Diskaun saman trafik 50% dilanjutkan hingga 10-3-2011

>Sudahkah anda menjelaskan saman trafik PDRM anda? Jika anda tidak pasti bahawa anda mempunyai saman ataupun tidak, lebih baik anda semak secara online ataupun sms terlebih dahulu. Ini kerana anda berpeluang mendapat diskaun 50% jika menjelaskan saman sebelum 10/3/2011.

KUALA LUMPUR: Selepas sehari lenggang, semua pejabat dan balai polis trafik di seluruh negara kembali sibuk semalam, sebaik keputusan Kabinet melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac ini diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Tinjauan Berita Harian petang semalam mendapati hampir semua pejabat pos, Kaunter Trafik di Bukit Aman dan Balai Polis Trafik di Jalan Tun HS Lee di sini sesak dengan orang ramai untuk membayar saman masing-masing.
Kebanyakan mereka yang ditemui lega dengan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun itu selama sembilan hari lagi selepas kecewa tidak dapat melaksanakannya sebelum 28 Februari lalu.

Sehingga kelmarin, hampir 18 juta saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) belum dilunaskan daripada jumlah keseluruhan hampir 50 juta yang dikeluarkan sejak tahun 2000. Jumlah itu membabitkan 17.3 juta saman yang dikeluarkan polis dan 432,671 saman JPJ. Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk 839,361 saman lalu lintas dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Hishamuddin pada sidang medianya jam 2 petang semalam di Putrajaya, berkata kerajaan membuat keputusan melanjutkan tempoh itu bagi memberi peluang kepada pesalah menjelaskan saman masing-masing, selain banyak rayuan diterima.

“Ada individu mendakwa mahu menjelaskan kompaun dan sudah ke balai polis tetapi tidak dapat berbuat demikian, walaupun kaunter dibuka hingga ke lewat malam tempoh hari.
“Malah, ada aduan dan pertikaian mengenai kesahihan saman dikeluarkan kerana ada antara mereka mendakwa tidak menggunakan kenderaan yang direkodkan serta pelbagai alasan lain.

“Berikutan itu, saya membawa perkara ini ke pengetahuan Kabinet pagi tadi (semalam) dan keputusan dibuat supaya diskaun 50 peratus untuk membayar saman dilanjutkan sehingga 10 Mac ini,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan orang ramai yang memiliki saman yang dikeluarkan sebelum 1 Disember lalu, berpeluang menikmati insentif 50 peratus diskaun dan jika gagal dijelaskan sehingga Isnin lalu, nama mereka akan disenaraihitamkan dan akan menghadapi masalah memperbaharui cukai jalan.

Hishammuddin bagaimanapun menegaskan lanjutan tempoh bayaran kompaun itu adalah muktamad.

Susulan pengumuman itu, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof pada sidang medianya di Bukit Aman petang semalam berkata, bermula hari ini tempoh operasi semua kaunter bayaran saman trafik di seluruh negara akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 10 malam, termasuk pada Sabtu dan Ahad.

Beliau menasihati orang ramai menggunakan ‘peluang kedua’ ini dan tidak lagi menunggu sehingga saat akhir bagi menjelaskan saman mereka bagi mengelak pelbagai masalah, termasuk gangguan pada sistem komputer apabila orang ramai bersesak-sesak membuat bayaran.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, pula berkata pihaknya sudah membuka semua kaunter sejak semalam dan menjangka jumlah yang datang untuk membayar saman akan meningkat mulai hari ini.

Sementara itu, pemandu pelancong, Lim Yoon Yew, 38, yang tiba di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang semalam untuk menjelaskan saman tertunggaknya, terkejut apabila dimaklumkan nombor giliran sudah habis.

“PDRM sepatutnya melanjutkan operasi kaunter sehingga hingga jam 10 malam, termasuk menempatkan pegawai dan anggota bekerja lebih masa sepanjang tempoh pemberian diskaun. Ini membolehkan orang ramai menjelaskan saman, selain mengelak masalah kesesakan di kaunter,” katanya.

Ahli perniagaan, Mohd Ridwan Yunus, 40, juga bersetuju dengan cadangan PDRM melanjutkan tempoh bayaran sehingga lewat malam kerana sebahagian besar pesalah trafik bekerja dan sukar untuk menyelesaikan urusan itu ketika waktu pejabat.

Ridwan yang datang seawal jam 10 pagi semalam juga kesal kerana hanya tiga kaunter semakan dan bayaran dibuka.

Sumber: Berita Harian

Semak saman trafik PDRM secara online

Nota Dahi: Lebih baik anda semak terlebih dahulu bahawa anda mempunyai saman ataupun tidak. Jelaskan saman anda sebelum 10/3/2011 sebelum nama anda disenarai hitamkan dan bagi mengelakkan lebih banyak masalah yang akan timbul. Aku baru sahaja menjelaskan saman berjumlah RM150 selepas diskaun beberapa hari yang lepas walaupun saman tersebut bertarikh bulan 6 tahun lepas.

>Sekitar keputusan STPM 2010

>KUALA LUMPUR: Seramai 46,780 pelajar atau 92.49 peratus calon lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata, ini adalah penurunan 0.06 peratus berbanding 48,481 atau 92.55 peratus pada 2009.

“Seramai lapan calon mencapai keputusan gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding dengan 15 calon dalam STPM 2009,” katanya. “Daripada jumlah itu, tujuh calon adalah pelajar aliran sains manakala, seorang lagi calon dari aliran sastera,” katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2010 di sini hari ini.

Seramai 50,576 calon menduduki STPM dari 23 November hingga 16 Disember tahun lalu di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. -Bernama

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Tahniah bagi yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pengajian Tinggi Malaysia STPM 2010 baru-baru ini. Bagi yang kurang bernasib baik, anggapkan ini sebagai satu cabaran bagi anda untuk lebih cemerlang di peringkat universiti pula selepas ini.

>Semak online keputusan STPM 2010 pada 21/2/2011

>Bagi semua calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM 2010), keputusan STPM 2010 boleh disemak mulai hari ini iaitu 21/2/2010 (Isnin) dan anda boleh menyemak keputusan anda melalui online ataupun SMS. Semakan boleh dibuat mulai jam 12:00 tengahari 21/2/2011.

Bagi anda yang ingin menyemak keputusan STPM 2010 melalui online, anda boleh melayari laman web rasmi Majlis Peperiksaaan Malaysia MPM.

Bagi anda yang ingin menyemak keputusan STPM 2010 melalui SMS, sila ikuti langkah berikut:

Melalui SMS 1. taip STPM<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 36363
ATAU
Melalui SMS 2. taip STPM RESULT<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Nota Dahi: Semoga anda semua mendapat keputusan yang cemerlang dan berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

>Suami terima 40 mesej lucah

>KOTA BHARU: “Sepanjang 17 tahun perkahwinan, saya tidak pernah ‘derhaka’ pada suami apatah lagi menamparnya, namun gara-gara terlalu cemburu dengan kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah diterimanya, menyebabkan saya hilang kewarasan.

“Isteri mana tidak marah atau cemburu jika suaminya diganggu ‘individu misteri’. Kalau sekali tidak mengapa, tetapi lebih 40 kali mesej lucah dihantar melalui telefon bimbit suami,” kata seorang peniaga sauna yang mahu dikenali sebagai Zaitun, 35.

Zaitun berkata, mesej berbaur lucah dihantar kepada suaminya yang berusia 41 tahun sejak 5 Februari lalu menyebabkan hatinya tidak tenteram hingga rumah tangga mereka bergolak.

“Perbuatannya itu mengaibkan kami sekeluarga dan seolah-olah saya tak tahu menjaga suami. Perbuatan menghantar mesej lucah dan mendakwa pernah mengadakan hubungan seks dengan suami memang melampau,” katanya.

Ibu kepada lima anak itu berkata, walaupun suaminya menafikan mengenali individu berkenaan, dia tidak percaya sehingga berlaku pergaduhan besar dengan suaminya.

“Saya perasan mesej itu ketika membuka telefon bimbit suami dan terkejut dengan kata-kata dihantar menyebabkan saya sendiri malu untuk membacanya. Kejadian itu disedari ketika dalam perjalanan untuk melawat anak di asrama di Tanah Merah,” katanya.

Katanya, kejadian itu bagaimanapun dinafikan suami kerana mendakwa tidak mengenali penghantar mesej misteri berkenaan, selain sanggup menjunjung al-Quran.

“Sebaik mendengar pengakuan suami, saya membuat aduan di Balai Polis Kok Lanas mengenai gangguan itu pada 6 Februari lalu termasuk perbuatan suspek menuduh suami pernah menidurinya.

Berikutan aduan berkenaan, Zaitun dengan bantuan polis mengatur strategi untuk memerangkap suspek berdekatan sebuah Politeknik dekat sini, namun tidak berjaya berikutan suspek enggan hadir.

Zaitun berkata, pada masa sama dia juga mengadukan hal itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi belum menerima sebarang jawapan kerana siasatan mengambil masa kira-kira 45 hari.

>Ibu racun dua anak

>KAJANG: Tragis apabila dua beradik maut selepas dipaksa minum susu dicampur racun oleh ibu kandung di rumah mereka di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mayat dua beradik terbabit, Rashmeka, 4, dan Neeharika Laxmi Sivarajah, 12 bulan, ditemui bergelimpangan dengan mulut berbuih dalam sebuah bilik.

Difahamkan, selepas meracun kedua-dua anaknya, wanita berusia 30 tahun terbabit meminum racun dan kini dilaporkan kritikal di Hospital Serdang. Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata ketika kejadian, ibu bapa mentua wanita terbabit berada di rumah berkenaan.

“Kejadian itu disedari ibu mentua mangsa yang hairan apabila menantunya tidak membuka pintu bilik walaupun diketuk berkali-kali. Bimbang keadaan itu, mentuanya menghubungi suami wanita terbabit,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, sebaik suami wanita itu tiba rumah, dia menyuruh isterinya yang pernah mengalami masalah mental membuka pintu, tetapi tidak berjawab. “Dengan menggunakan kunci pendua, suami wanita itu membuka pintu bilik berkenaan sebelum terkejut apabila melihat isteri dan dua anaknya bergelimpangan dengan mulut berbuih,” katanya.

Azman berkata, suami wanita berusia 33 tahun itu membawa semua mereka ke hospital sebelum pakar mengesahkan kedua-dua anaknya sudah meninggal dunia. “Bagaimanapun, isterinya masih kritikal di Hospital Serdang. Hasil siasatan, polis mendapati ibu kanak-kanak itu pernah menerima rawatan psikiatri dan pernah cuba membunuh diri pada 2006,” katanya.

“Polis masih menyiasat kes berkenaan secara terperinci dan mengenal pasti motif wanita terbabit membunuh kedua-dua anaknya, namun saya tidak menolak kemungkinan dia mempunyai masalah mental,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suami mangsa yang juga seorang tukang gunting bagaimanapun enggan ditemubual kerana masih bersedih ketika wartawan Harian Metro berkunjung ke rumahnya, semalam. Bagaimanapun, seorang ahli keluarga lelaki itu mengesahkan wanita terbabit mempunyai sejarah mental sejak kecil dan bergantung kepada ubat.

“Ini perkahwinan kedua wanita itu, sebelum ini dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan suami pertamanya dan kami kesal kenapa dia sanggup membunuh kedua-dua anaknya kerana mereka masih kecil,” katanya.

Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali mendakwa wanita terbabit tidak mengalami sebarang masalah, malah dia tidak pernah mendengar sebarang pertengkaran antara mereka suami isteri.

“Kami terkejut apabila dimaklumkan seorang jiran lain wanita terbabit membunuh anaknya dengan memasukkan racun dalam botol susu mereka,” katanya.

Sumber: Harian Metro

>Gadis bogel untuk goda suami orang

>KAJANG: Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak hanya berminat menjalankan aktiviti menggoda suami orang, malah tidak segan silu merakamkan gambar bogelnya sebagai modal untuk memikat.

Pelajar berusia awal 20-an itu dikesan menggunakan laman web sosial di Internet untuk menjalankan kegiatannya dengan tujuan memperoleh wang mudah selain berniat mahu memporak-perandakan rumah tangga lelaki yang digoda.

Perkara terbabit didedahkan seorang ahli perniagaan wanita yang mengesan hubungan sulit suaminya dengan pelajar IPTA terlampau itu selepas menemui rakaman video gadis terbabit di dalam telefon bimbit suaminya.

Menurut wanita itu yang mahu dikenali sebagai Siti, 35, dia tidak menyangka pelajar terbabit menjual maruah diri dengan menghantar beberapa rakaman gambar bogel sendiri selain beberapa klip video yang menunjukkan aksi lucah.

“Saya melihat kiriman MMS bogel pelajar itu secara tidak sengaja ketika menyemak kandungan telefon bimbit suami. Tidak mahu perkara itu berlarutan, saya menghubungi pelajar itu untuk berbincang.

“Selepas didesak berulang kali, dia mengaku ia gambar bogel MMS dirinya, namun menafikan ada melakukan hubungan seks dengan suami saya,” kata dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro.

Awek separuh bogel ni sedang menaikkan nafsu lelaki dengan aktiviti mereka. Aktiviti seumpama inilah yang menyumbang kepada kegiatan rogol dan buang anak luar nikah yang berleluasa pada hari ini.
Menurut Siti, pada mulanya pelajar terbabit memohon maaf dan menyangka suaminya bujang, namun itu semua hanya lakonan kerana selepas itu dia masih menghantar klip video aksi lucah dan SMS kepada suaminya.

“Saya menghubunginya sekali lagi meminta dia menghentikan semua perbuatan buruknya supaya tidak mengganggu hubungan rumah tangga kami. Saya marah dia kerana tanpa segan silu menunjukkan aksi lucah dan gambar bogel kepada lelaki yang hanya dikenali melalui laman sembang sedangkan mereka belum mempunyai ikatan sah,” katanya.

Siti berkata, dia turut menakut-nakutkan gadis itu untuk menyebar gambar bogelnya di Internet. “Selepas saya cakap macam itu baru dia merayu saya tidak berbuat demikian, selain berjanji akan memutuskan perhubungan dengan suami,” katanya.

Menurut Siti, suaminya mendakwa kini gadis itu sudah tidak ada apa-apa hubungan dengannya kerana dia mempunyai lelaki lain sebagai pengganti. Katanya, gadis terbabit dikatakan masih mengulangi tabiat sama dengan menghantar gambar bogelnya kepada teman lelaki barunya dengan tujuan untuk menggoda.

“Saya tak sangka pelajar berpendidikan tinggi dan berpenampilan baik dengan memakai tudung tergamak berkelakuan jijik seperti itu dengan sengaja mahu menghancurkan rumah tangga orang lain. Lebih saya kesal, dia pernah mengugut mahu membuat laporan polis dengan dakwaan saya mengganggunya dan cuba menyebarkan gambar bogelnya,” kata Siti. Ibu dua cahaya mata itu berkata, suaminya sudah meminta maaf dan berjanji tidak mengulangi kesilapan berkenaan.

“Ini satu pengajaran dan keburukan laman sembang sosial di Internet yang disalah gunakan bagi tujuan tidak bermoral apatah lagi membabitkan golongan remaja,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Awek melayu bogel ni memang tak ada maruah sebab terlalu desperate untuk melakukan hubungan seks. Orang kata, “Sekolah bertingkat-tingkat, bodoh berlapis-lapis”. Boleh ke cakap macam tu?

>459 mangsa banjir Johor dibenarkan pulang

>JOHOR BAHRU: Seramai 459 mangsa banjir yang dipindahkan di Johor dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak lewat petang semalam, apabila keadaan banjir di negeri ini bertambah baik, demikian lapor portal rasmi negeri Johor.

Laporan itu melaporkan pada jam 8 pagi hari ini, 4,736 orang daripada 1,057 keluarga masih ditempatkan di 19 pusat pemindahan di daerah Muar, Batu Pahat, Ledang dan Segamat.

Seramai 4,140 orang daripada 921 keluarga masih ditempatkan di Batu Pahat, Muar (276 orang daripada 61 keluarga), Segamat (285 orang daripada 69 keluarga) dan Ledang (35 orang daripada enam keluarga), kata laporan itu.
Jalan Pogoh Tekam Seksyen 1-Seksyen 3 (Chodan ke Tekam) di Segamat masih ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air sedalam satu meter sepanjang satu kilometer. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Berikut adalah video dari youtube yang memaparkan keadaan banjir yang berlaku di Johor baru-baru ini. Alhamdulillah ianya sudah kembali pulih pada bulan Februari.






>Perpindahan pelajar Malaysia keluar Mesir

>KUALA LUMPUR 3 Feb. – Usaha membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir berjalan lancar dengan 545 pelajar diterbangkan ke Jeddah dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia bermula 2 petang ini waktu Kaherah atau 8 malam waktu Malaysia.

Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, kumpulan pertama terdiri daripada 345 pelajar diterbangkan menggunakan pesawat MAS pukul 2 petang ini waktu Kaherah manakala selebihnya menerusi pesawat AirAsia 30 minit selepas itu.

Menurutnya, pelajar perempuan tahun pertama dan yang tidak sihat diberi keutamaan untuk dibawa keluar dari Mesir seberapa segera.

“Kita ambil pelajar-pelajar tersebut dari rumah-rumah negeri di sekitar Mesir termasuk yang menuntut di madrasah di samping melengkapkan sijil kecemasan kepada yang kehilangan pasport,” katanya ketika dihubungi di Kaherah, hari ini.

Kohilan berkata, setakat ini seramai 11,700 pelajar telah berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah sementara 5,000 lagi tidak berdaftar.


Dalam pada itu, katanya, pihak kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk membawa keluar kesemua rakyat Malaysia dari Mesir secepat mungkin mengikut giliran dan keadaan.

Kohilan memberitahu, beliau menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta kerajaan mempercepatkan proses tersebut.

Beliau menjelaskan, kesemua pelajar yang dipindahkan ke Jeddah itu akan tinggal di beberapa buah asrama milik Tabung Haji dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.

“Sekiranya keadaan kembali aman, pelajar-pelajar tersebut akan kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian masing-masing,” ujarnya.

Mengenai pergolakan politik di Kaherah, Kohilan memberitahu, keadaan semakin pulih yang mana penduduk boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat manakala pasar mula dibuka seperti biasa.

Beliau menjelaskan, rusuhan hanya berlaku di sesetengah kawasan dan bukan di seluruh negara itu, manakala, sistem telekomunikasi sudah boleh digunakan termasuk penggunaan Internet.


Di KOTA KINABALU, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan memilih Jeddah sebagai lokasi penempatan sementara kerana ia merupakan negara jiran Mesir yang paling dekat dan selamat.

Menurut beliau, kerajaan bukannya tidak mahu membawa mereka pulang terus ke Malaysia, tetapi jumlah terlibat terlalu ramai iaitu kira-kira 11,379 pelajar yang mendaftar di Mesir.

“Kerajaan tidak mahu membuang masa untuk pulang ke Malaysia yang mengambil masa selama lapan hingga sembilan jam perjalanan.

“Kita berusaha memastikan semua rakyat Malaysia dapat dikeluarkan terlebih dahulu dan berada di tempat yang selamat,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ditanya mengenai kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Bunga Mas 5 yang sedang dalam perjalanan menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir, Anifah berkata, kapal tersebut ketika ini terpaksa menukar destinasi.

Katanya, kapal tersebut ketika ini sedang melalui Teluk Eden dan dijangka berlabuh di Pelabuhan Ain Sukhna, Mesir pada Sabtu ini.

Beliau memberitahu, KD Bunga Mas 5 mempunyai kapasiti mengangkut kira-kira 500 pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir untuk satu perjalanan.

Mengenai tempoh misi menyelamat semua rakyat Malaysia di Mesir akan selesai, Anifah berkata, berdasarkan jumlah rakyat yang direkodkan oleh kedutaan negara di Mesir iaitu seramai 11,379 orang, ia mungkin mengambil masa selama empat hari setengah.

Sumber: Utusan Malaysia

Nota Dahi: Alhamdulillah semakin hari semakin ramai pelajar Malaysia yang berjaya dikeluarkan dari wilayah yang sedang bergolak itu. Sehingga hari ini, pergolakan di Mesir masih lagi berlarutan selagi pemerintahan Hosni Mubarak tidak meletak jawatan. Video pergolakan di Mesir menggambarkan betapa rakyat Mesir pada ketika ini sedang membuat rusuhan secara besar-besaran.

>Pilihanraya Kecil DUN Tenang live

>Jom tengok keputusan terkini proses pengundian di Pilihanraya Kecil DUN Tenang (PRK DUN Tenang) secara langsung. Semoga semuanya berjalan lancar walaupun dalam keadaan banjir dan hujat lebat.

SILA KLIK DISINI

Tarikh penamaan calon: 22/1/2011
Tarikh Piliharaya: 30/1/2011

Antara gambar-gambar menarik di Tenang



>Buang bayi dalam longkang

>BATU PAHAT: “Berderau darah saya apabila melihat sekujur tubuh bayi dengan kesan darah di dalam longkang yang belum siap sedalam hampir setengah meter.

“Apabila menghampiri longkang berkenaan, saya dapati bayi lelaki itu dalam keadaan bogel dan mengereng, lengkap dengan tali pusat dan uri yang belum dipotong,” kata pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43 yang menemui mayat itu dalam longkang yang masih dalam pembinaan di sebuah rumah di Jalan Mekar 5, Taman Mekar, Ayer Hitam, dekat sini, semalam.

Menurut Hamid, dia merasakan ibu bapa bayi berkenaan mungkin membuang bayi itu pada lewat malam atau awal pagi semalam kerana pada jam 8 pagi hingga 10 pagi kelmarin, mereka masih menjalankan tugas membina longkang dan tembok rumah di kawasan itu.

Mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan itu disyaki dibuang tanpa belas kasihan apabila ibu bapa bayi tidak membalut kain pada bayi itu dan meletakkannya ke dalam longkang yang mengalirkan air.

Keadaan itu menyebabkan bayi berkenaan maut dipercayai akibat kesejukan atau lemas akibat air di dalam longkang. Hamid berkata, dia melihat mayat bayi itu pada kira-kira jam 8.10 pagi ketika ingin menyambung semula tugas pembinaan longkang di kawasan rumah berkenaan.

Menurutnya, sejurus melihat jenazah berkenaan dia terus menghubungi balai polis berhampiran sebelum sepasukan polis menjalankan siasatan dan mengambil mayat bayi untuk siasatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan. Katanya, mayat bayi lelaki cukup sifat itu ditemui dengan tali pusat serta uri belum dipotong dan dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Menurutnya, berdasarkan keadaan mayat, pihaknya percaya bayi itu dibuang dalam tempoh 24 jam lalu dan tiada kecederaan lain ditemui padanya. “Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi, di mana jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Berikutan itu, sesiapa yang tahu atau melihat kejadian ini diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Bengong betul la manusia yang buat kerja ni. Memang tak ada perasaan langsung. Dah tahu buat tapi tak nak bertanggungjawab plak. Apa yang korang rasa patut dibuat dengan golongan yang macam tiada akal ni?