Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

Category Archives: Jom Santai

>Kisah seram nasi lemak Kampung Baru

>Email ini dikirimkan oleh seorang hamba Allah & saksi kejadian ….

Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.

Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya “resepi rahsia” yang dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.

Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu perubatan ini.

Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat. Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Lorong Raja Muda itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam. Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Saya meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang digunakan seharian. Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan

Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejutsaya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan bilis ke atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk Lalu saya minta anak lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.

Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau,

penuh dengan………………………….????

NASI LEMAK !!!!!

Heh…Heh…..Heh…Jangan mare ye…….Dah! Cerita ni tipu jer………Pergi buat keje tu haa…nak makan gaji buta la tu….

Nota Dahi: Mungkin cerita ni dah lame tapi ianya menarik untuk dikongsi. Terkena aku!

Advertisements

>4 website merugikan dan tiada tujuan

>Sebelum ni aku ada buat satu entry tentang 5 website yang perlu dilawati untuk hilangkan boring. Semua website tersebut dibuat atas dasar nak hilangkan boring semata-mata tanpa ada tujuan lain.

Hari ini, aku nak tambah lagi 4 website yang boleh korang lawati untuk hilangkan boring. Jika sekali tengok, semua website tersebut dibuat tanpa mempunyai tujuan yang spesifik. Kalau korang rasa boring tu dipersilakanlah melawat semua website berikut ni ye:


1. Do nothing for 2 minutes
Website ini dibina untuk memberikan anda ketenangan selama 2 minit. Matlamatnya supaya anda relax dan tenang. Dalam masa 2 minit tersebut, anda dikehendaki TIDAK menyentuh tetikus dan keyboard komputer dan jika berbuat demikian, timer akan reset kepada 2:00 dan anda gagal. Membazir bukan website ni?


2. Ire works
Website ni lagi la tiada tujuan. Apa yang perlu anda lakukan ialah taip apa saja dalam kotak search tu. Selepas tekan enter, sejumlah blok-blok perkataan akan keluar. Cuba halakan mouse anda kepada blok perkataan tersebut. Apa akan jadi? Hanya itu je matlamat website tersebut dibuat. Membazir lagi bukan?


3. hahahaha.fr
No komen untuk website ni. Aku pun tak faham kenapa admin website tersebut buat website seperti ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah tekan huruf di keyboard anda dan tengok reaksi gelak yang pelbagai jenis. Tu je tujuan dia. Ada untung ke?


4. Looks of Disapproval
Bagi aku, ni adalah website yang paling rugi. Kenapa? Anda tengoklah sendiri baru anda tahu. Failed!

Nota Dahi: Credits to duncsweb.com diatas perkongsian ini. Keep in touch bersama wowberita.com kerana banyak lagi info yang akan dikongsi kepada anda.

>5 website yang perlu dilawati untuk hilangkan boring

>Biasanya sesebuah website itu dibuat dengan tujuan seperti update maklumat atau sebagai media sosial dan promosi. Namun begitu, aku ingin berkongsi dengan korang 5 website yang dibina dengan tujuan untuk menghabiskan masa pengunjungnya sahaja dan hilangkan boring tahap gaban.

Aku pun tak pasti apa tujuan owner web tu buat website sebegini rupa. Tapi memang leka gak kalau korang layan. Jom try test tengok.

1. Eternal Moonwalk
Website ini dibuat sebagai tribute to Michael Jackson. Kandungannya hanyalah video-video berkaitan dengan ‘moonwalk’sahaja.

2. Paper Toilet
Begitu juga website ini kita cuma akan menarik 1 roll tissue tandas. Tidak ada petunjuk dan navigation apapun. Pointnya adalah, kita cuma roll tissue sampai habis. Tidak ada reward papun.hehe. Benar-benar membuang masa, tapi dari sudut positif, kita boleh menghabiskan tisu tanpa perlu mengurangkan jumlah pokok di dunia ini.

3. Falling Sand
Seperti tajuknya, falling sand. Klik website ini dan kita akan terus melihat pasir yang berwarna warni jatuh dari atas. klik dan tarik garis disana sini, mainkan pasirnya, itu sahaja, cuma itu kandungannya.

4. Horse Quartet
Ada 4 kuda, dan semuanya pandai bernyanyi atau bersuara. Gambar yang lucu, suara2 yang menarik, membuat kita terhipnotis sesaat. Main dan kombinasikan semuanya, kita yang kawa

5. Screaming Bean
Nak lepaskan geram pada Mr Bean? Kacang lari dan kita picit sampai leper. Animasinya sangat memprovokasi kita untuk melakukannya. Tak percaya? cubalah sendiri.

Credits to Forum Carigold

Nota Dahi: Amacam? Boring lagi tak? Aku yakin mesti dah hilang sket boring korang tu kan pas main mende tu sume? Hakhakhak…mana yang korang rasa paling best? Bagi aku suka yang Kuda tu.

>Magic disebalik komputer dan laptop anda

>Ok hari ni aku nak tunjuk sedikit magic kat korang berkenaan dengan laptop atau komputer yang korang guna sekarang ni. Magic ni aku terjumpa masa aku syok surfing internet tadi. Memang menarik, aku pun baru pertama kali tahu pasal mende ni. Jom la try kalau tak caya.

1. Cuba korang buatkan satu folder baru kat laptop korang tu dan namakan folder tu dengan CON. Apa yang korang dapat?

2. Korang buatkan satu file notepad yang baru. Letak je kat mana-mana pun tak kisah. (right klik > new > text document). Pastu buka file notepad tadi dan masukkan perkataan ni: Bush hid the facts dan klik save pastu tutup file. Selepas tu cuba korang buka balik file notepad tu dan tengok apa yang jadi.

3. Ok yang ni memang menarik. Korang buatkan satu file baru Microsoft Words. Buka file tu dan taip perkataan ni: =rand (200, 99), selepas tu korang tekan enter. Tengok la apa yang jadi. Haha…

Nota: Gunakan perkataan yang aku bold warna merah tu.

Sumber: Bizarre Stuff

Nota Dahi: Amacam cool tak? Aku pun first time baru tahu pasal ni. Rajin-rajinkanlah share kalau korang rasa menarik yerk.

Untuk magic no.2 tu, tulisan macam ni la yang akan jadi. Aku tak tahu nape korang wat tak jadi. Hehe…”

Update: Ok selepas aku try google pasal magic No.2 tu aku dah dapat sedikit jawapan. Hehe…pasal masalah korang wat tak jadi tu mungkin version notepad korang tu lain dengan aku punya. Ada je yang wat menjadi kan? Kalau korang nak tau, perkataan Bush hid the facts tu mempunyai jumlah huruf 4,3,3,5 kan. So apa-apa perkataan yang korang letak tapi mempunyai kombinasi huruf 4,3,3,5 akan menghasil huruf petak-petak macam dalam contoh aku bagi tu. Nampaknya pihak Microsoft sendiri pun tak tahu apa punca masalah ni terjadi. Hakhakhak…psssttt…aku ada tutorial best nak tunjuk kat korang. Tapi petang kang la aku wat entry. So korang jenguk balik yerk blog aku ni petang kang. Aku yakin korang takkan rugi dengan tutorial tu.

>Game yang menguji tahap kekuatan mental

>Ok malam ni aku nak kongsi dengan korang satu game yang sangat senang dan sangat best. Sekurang-kurangnya dapat gak lepaskan tension korang daripada blogwalking tak habis-habis kan? Hahaha…Kalau nak main tekan je button play kat bawah ni yerk.

AMARAN KERAS!!! Pastikan anda mempunyai keimanan yang kuat, kekuatan mental yang cukup tinggi dan semangat juang yang tak pernah pudar sebelum mula bermain game ni. Sebarang risiko korang tanggung sendiri ok! Senang tapi mencabar beb…layan…

http://www.fugly.com/f/ec9115b10c292ef8bc98

Amacam? Best tak layan game ni? Kalau best bleh la kongsi-kongsi kat member korang tu yerk. Ok jom neutralkan balik jiwa raga korang tu dengan layan video kat bawah ni.

Ni ada satu lagi game yang korang mesti layan! Senang je nak main game ni. Try la dulu ok.http://www.winterrowd.com/hitthedot/hit-the-dot.swf

>Safee Sali main bola pakai teropong?

>Ok aku ada satu lagi video untuk korang hilangkan tension dimalam yang agak buta ni. Sebenarnya tajuk kat atas tu saja je nak bagi gempak. Nampaknya hari ni dah kurang berita pasal Safee Sali mahupun Khairul Fahmi Che Mat. Tapi aku masih gak nak cerita pasal bolasepak.

Apa yang menariknya dalam video ni, orang-orang Jepun ni main bola sambil pakai teropong! Korang bayangkanlah macama mana kala melihat guna teropong ni. Bola yang 10 meter kat depan pun nampak macam ada depan kaki je. Terguling-guling aku masa first time layan video ni.

Nota Dahi: Video ni sangat berkesan kalau korang layan bersama member-member korang. Kalau nak try pun boleh. Tapi jangan lupa ambik video sekali ye. Hakhakhak…

>Jom layan lawak giler Remi Gaillard

>Korang pernah dengar tak nama Remi Gaillard? Kalau tak pernah dengar lagi korang baca sampai habis yerk. Aku yakin korang tak akan rugi kalau baca pasal Remi Gaillard ni. Aku dah pun mintak sedikit bantuan dari Wikipedia pasal Remi Gaillard ni.

Kalau korang nak tau, Remi Gaillard ni adalah seorang ‘prankster’ yang sangat glemer dalam youtube. Aku tak tahu la kat luar macamana. Tapi kebanyakan video beliau dalam youtube telah melebihi 10juta view. Bayangkan! Remi ni dlahirkan pada 7 February 1975 dan dia berasal dair Perancis. Korang baca selebihnya pasal Remi kat wikipedia ye. Aku malas nak translate sume.

Aku pasti korang tak akan kering gusi layan semua video Remi Gaillard ni. Lagi berkesan kalau korang tengok ramai-ramai. Kat bawah ni aku letak 5 video je. Kalau korang nak tengok lagi korang buka je youtube dan cari Remi Gaillard.

Satu lagi aku salute kat Remi ni sebab dia memang terer bab freestyle ni. Korang boleh tengok sendiri video kat bawah ni. Aku pun macam tak pecaya je tengok video ni.

Nota Dahi: Amacam? Dapat release tension tak? Kalau tak dapat hilangkan tension gak korang tido je la lagi bagus. Selamat melayan la yerk…

>Soalan yang TIDAK patut ditanya – Ustaz Azhar Idrus

>“Malaikat Jibril ditugaskan untuk menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW. Tapi sekarang Nabi Muhammad SAW sudah wafat. Jadi apa yang Malaikat Jibril buat sekarang ni?” Kalau korang dengar soalan macam ni rasa-rasa korang gelak tak?

Begitulah antara soalan yang ditanya ketika ceramah Ustaz Azhar. Aku dapat video ni pun dari facebook. Ada ke patut tanya soalan macam tu. Aku pun gelak kalau dengar ada orang tanya soalan macam tu. Korang tengok la video kat bawah ni yerk.

Nota Dahi: Fikir dulu sebelum bertanya sesuatu. Tidak salah untuk bertanya tapi biarlah boleh diterima akal. Selamat beramal…

>Soalan dan jawapan sengal sempena Tahun Baru 2011

>Selamat menyambut Tahun Baru 2011 buat semua warga blog wow!Berita yang mengenali diri ini mahupun yang tidak mengenali. Apa yang pasti tenggiling belaan aku pasti suka kalau korang sudi baca post aku ni. Post ni bersempena dengan tahun baru yang baru saja kita langkah seterusnya meninggalkan tahun 2010 yang telah berlalu pergi. Berikut adalah beberapa soalan sengal yang biasa ditanya ketika menyambut tahun baru.

1. Apakah azam tahun baru anda?
wow!Berita: Saya berazam untuk menyempurnakan azam-azam pada tahun sebelumnya.

2. Dimanakah anda sambut tahun baru 2011?
wow!Berita: Dimana adanya saya disitulah saya sambut.

3. Berapakah umur anda ketika masuk tahun baru 2011?
wow!Berita: Sekarang umur saya sudahpun mencapai umur yang sepatutnya saya sudah capai.

4. Berapa orangkah yang sudah wish Selamat Tahun Baru kepada anda?
wow!Berita: Jika awak wish sekarang maka awaklah orang yang pertama.

5. Adakah anda akan berkahwin pada tahun baru 2011 ni?
wow!Berita: Kalau tok kadi sudi nak nikahkan saya. Why not?

6. Adakah anda mahukan hadiah sempena tahun baru 2011?
wow!Berita: Korang baca ni pun dah dikira sebagai hadiah bagi saya.

7. Sehingga akhir tahun 2010, berapa pasang kasut sudah anda pakai?
wow!Berita: Mmmmm…saya hanya pakai selipar.

8. Apakah permintaan anda sempena tahun baru 2011?
wow!Berita: Semoga tenggiling belaan saya mendapat pesangan yang ideal suatu masa nanti.

9. Adakah anda rasa semua jawapan anda ni masuk akal?
wow!Berita: Buat apa nak masukkan jawapan dalam akal, cukuplah saya post kat sini.

10. Ok soalan terakhir. Bolehkah saya berhenti tanya soalan sekarang?
wow!Berita: Saya tak suruhpun awak tanya semua ni.

Nota Dahi: Hasil karya asli wow!Berita tulisan sepenuhnya oleh wow!Berita. Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa dah sempena tahun baru ni. Ni je yang mampu aku lakukan. Selamat Tahun Baru 2011 guys. Lap U All! (amek tisu lap muka masing-masing). Hakhakhak…

>Kahkahkah! Teka teki yang hampeh

>Ok pada post kali ni aku nak kongsi sedikit teka-teka yang didatangkan khas dari dalam kepala otak aku sendiri. Korang bolehlah guna teka teki ni untuk test IQ member korang tu. Tetapi AWAS! Jangan gunakan teka teki ni kepada orang yang tengah marah kerana dikhuatiri anda tido di hospital malam kang.

1. Burung apakah berbadan kecik tapi berkepala besor?
Jawapan: Burung pipit pakai helmet

2. Dalam banyak-banyak telur, telur apa yang paling mahal?
Jawapan: Telur yang berharga RM10 sebijik

3. Dalam banyak-banyak minyak, minyak apa yang paling wangi?
Jawapan: Minyak wangi

4. Amy Search menyanyi dalam kumpulan mana?
Jawapan: Ape punya bengap soklan…Search la

5. Kereta apa yang paling laju didunia?
Jawapan: Kereta yang dipandu 500km/j

6. Makanan apa yang tidak kenyang bila dimakan?
Jawapan: Makanan yang dikunyah je tanpa ditelan

7. Kenapa kucing mempunyai bulu?
Jawapan: Sebab kucing tak mempunyai sisik

8. Kapal apakah yang mempunyai mata?
Jawapan: Anak kapal

9. Kereta kencil mempunyai berapa tayar?
Jawapan: 6 tayar. (suka hati aku la teka teki aku)

10. Dalam banyak-banyak rumah kat Malaysia, rumah apa yang paling sedikit didiami?
Jawapan: Rumah yang tak ada orang

Nota Dahi: Hasil karya asli wow!Berita dan tulisan sepenuhnya wow!Berita

Updated: Soalan cepumas dari aku. Kecik, merah, berpeluh. Apakah dia? Jawab2…