Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

Category Archives: Sukan

Jadual dan keputusan Champions League 2011

Perlawanan bolasepak Eropah, Liga Juara-Juara Eropah ataupun Champions League musim 2010/2011 telahpun memasuki kelompok 16 pasukan terakhir. Pada minggu ini bermula 8/3/2011, sebanyak 8 lagi perlawanan pusingan kedua yang diadakan antaranya melibatkan beberapa kelab gergasi Eropah.

Antara beberapa kelab besar seperti Manchester United, Chelsea, Real Madrid, Barcelona, Ac Milan, Arsenal dan Bayern Munich. Berikut adalah jadual lengkap bagi pusingan kedua kelompok 16 pasukan terakhir Champions League 2011.

Tarikh: 8/3/2011
Shakhtar Donetsk (3) vs (2) AS Roma
Stadium: Donbass Arena, Donetsk (UKR)

Barcelona (1) vs (2) Arsenal
Stadium: Camp Nou, Barcelona (ESP)

Tarikh: 9/3/2011
Tottenham Hotspur (1) vs (0) AC Milan
Stadium: White Hart Lane, London (ENG)

Schalke 04 (1) vs (1) Valencia
Stadium: Arena AufSchalke, Gelsenkirchen (GER)

Tarikh: 15/3/2011
Manchester United (0) vs (0) Olympique de Marseille
Stadium: Old Trafford, Manchester (ENG)

Bayern München (1) vs (0) Inter Milan
Stadium: Fußball Arena München, Munich (GER)

Tarikh: 16/3/2011
Chelsea (2) vs (0) København
Stadium: Stamford Bridge, London (ENG)

Real Madrid (1) vs (1) Olympique Lyon
Stadium: Estadio Santiago Bernabéu, Madrid (ESP)

***Jaringan dalam kurungan adalah pada pusingan pertama
***Semua masa perlawanan LIVE adalah pada 3:45 pagi waktu Malaysia

Tonton bolasepak Eropah Champions League 2011 LIVE online streaming

Pada perlawanan pusingan kedua ini, tumpuan pastinya terarah kepada pertembungan antara Barcelona vs Arsenal. Ketika bermain di Stadium Emirates, Arsenal berjaya menundukkan juara Sepanyol itu dengan jaringan 2-1. Adakah Barcelona kembali bangkit di laman sendiri selepas kekalahan kepada Arsenal sebelum ini? Sama-sama kita tunggu dan saksikan perlawanan menarik ini.

Jadual seterusnya Champions League 2011

Pusingan suku akhir
5/4/2011 – 6/4/2011
12/4/2011 – 13/4/2011

Pusingan separuh akhir
26/4/2011 – 27/4/2011
3/5/2011 – 4/5/2011

Pusingan akhir
28/5/2011
Venua: Stadium Wembley, London

Apakah ramalan anda bagi pasukan yang bakal melangkah ke FINAL Champions League musim 2010/2011?

 

Advertisements

>Keputusan dan highlight EPL 5-3-2011

>Perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris EPL musim 2010/2011 bersambung lagi pada minggu ini dan perlawanan sudahpun memasuki minggu yang ke 29. Terdapat beberapa perlawanan yang menarik antaranya melibatkan Arsenal dan juga Manchester City.

Jangan lupa saksikan perlawanan EPL yang menarik antara Liverpool vs Manchester United esok iaitu pada 6/3/2011 di Astro rumah anda ataupun secara LIVE online streaming. Berikut adalah jadual perlawanan EPL pada malam ini:

Jadual dan keputusan perlawanan EPL pada 5/3/2011
8:30 malam: Birmingham City 1 – 3 West Bromwich Albion
11:00 malam: Arsenal 0 – 0 Sunderland
11:00 malam: Bolton Wanderers 3 – 2 Aston Villa
11:00 malam: Fulham 3 – 2 Blackburn Rovers
11:00 malam: Newcastle United 1 – 2 Everton
11:00 malam: West Ham United 3 – 0 Stoke City
1:30 pagi: Manchester City 1 – 0 Wigan Athletic

Tonton bolasepak EPL live online streaming

>Keputusan EPL Liverpool vs Manchester United 6-3-2011

>Selepas perlawanan EPL 2011 antara dua gergasi EPL iaitu antara Chelsea dan Manchester United pada 1/3/2011 yang lepas, kini tiba giliran Liverpool untuk melayan kunjungan Manchester United di laman sendiri iaitu Stadium Anfield, Liverpool pada 6/3/2011. Jom baca preview menarik ni.

Perlawanan EPL yang penuh kontroversi antara Chelsea vs Manchester United berkesudahan dengan Chelsea 2 – 1 Manchester United. Gol kemenangan Chelsea dijaringkan oleh Frank Lampard pada minit ke-79 hasil sepakan penalti.

Berbalik pada pertembungan Liverpool vs Manchester United Ahad ini 6/3/2011 di Stadium Anfield, ia bakal menjanjikan persembahan yang mantap dari kedua-dua pasukan. Sudah pasti kontroversi bakal berlaku jika melibatkan pertembungan gergasi EPL ini. Pertembungan Liverpool vs Manchester United pada 19/9/2010 menyaksikan Manchester United menumpaskan Liverpool 3-2 di Old Trafford. 3 gol United hasil jaringan Berbatov dan 2 gol Liverpool hasil jaringan Gerrard.

Berikut adalah 5 perlawanan terakhir yang dilalui oleh Liverpool dan Manchester United dalam saingan liga EPL:

Liverpool (LWDDW)
West Ham United 3 – 1 Liverpool
Liverpool 1 – 0 Sparta Praha (Europa League)
Sparta Praha 0 – 0 Liverpool (Europa League)
Liverpool 1 – 1 Wigan Athletic
Chelsea 0 – 1 Liverpool

Manchester United (LWDWW)
Chelsea 2 – 1 Manchester United
Wigan Athletic 0 – 4 Manchester United
Olympique Marseille 0 – 0 Manchester United (Champions League)
Manchester United 1 – 0 Crawley Town (FA Cup)
Manchester United 2 – 1 Manchester City

Jadual perlawanan EPL Liverpool vs Manchester United 6/3/2011
Liverpool vs Manchester United
Venue: Stadium Anfield, Liverpool
Masa perlawanan: 9:30 malam (6/3/2011)

Keputusan penuh EPL 6/3/2011
Liverpool 3 – 0 Manchester United
Gol: Dirt Kuyt (m-34, m-39, m-65) | Javier Hernandez (m-90)

Tonton perlawanan EPL Liverpool vs Manchester United 6/3/2011 secara LIVE online streaming

Barisan pemain EPL yg berkemungkinan diturunkan:

Liverpool (5-3-2): Reina, Carragher, Kyrgiakos, Agger, Skrtel, Johnson, Meireles, Lucas, Gerrard, Suarez, Kuyt

Manchester United (4-4-2): Van der Sar, Brown, Smalling, Evra, O’Shea, Fletcher, Carrick, Giggs, Nani, Rooney, Berbatov

>Keputusan EPL Chelsea vs Manchester United 1-3-2011

>Perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris EPL musim 2010/2011 antara Chelsea lawan Manchester United bakal menjadi pelawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak antarabangsa seluruh dunia. Pasti ramai yang membuat jangkaan siapa yang akan menang perlawanan ini.

Chelsea mempunyai kelebihan apabila bermain di tempat sendiri iaitu Stadium Stamford Bridge dan itu mungkin menjadi semangat kepada pemain Chelsea untuk menang perlawanan menarik ini. Tapi keupayaan pemain Manchester United tidak harus dilupakan apabila membelasah Wigan 4-0 pada perlawanan EPL 26/2/2011 yang lepas.

Perlawanan terakhir antara Chelsea dan United adalah pada Piala Community Shield 8/8/2010 yang menyaksikan Chelsea tunduk kepada kekuasaan United dengan kekalahan 3-1. Gol United dijaringkan oleh Antonio Valencia, Dimitar Berbatov dan Javier Hernandez.

Tonton perlawanan EPL Chelsea vs Manchester United 1/3/2011 LIVE online streaming
Perlawanan kedua EPL Manchester United vs Chelsea bakal diadakan pada 7/5/2011 di stadium Old Trafford. United mendominasi Piala Liga Perdana Inggeris EPL sejak 2001 dengan memenangi 5 piala kejuaraan. Berikut adalah senarai pemenang EPL sejak 2001:

2010/2011 – Milik siapa?
2009/2010 – Chelsea
2008/2009 – Manchester United
2007/2008 – Manchester United
2006/2007 – Manchester United
2005/2006 – Chelsea
2004/2005 – Chelsea
2003/2004 – Arsenal
2002/2003 – Manchester United
2001/2002 – Arsenal
2000/2001 – Manchester United

Berikut adalah beberapa preview fakta menarik tentang perlawanan Chelsea vs Manchester United:

1. United tidak pernah menang perlawanan liga di Stamford Bridge sejak April 2002.
2. Penyerang United yang dipinjamkan ke Sampdoria, Federico Macheda menjadi pemain United yang terakhir pernah menjaringkan gol ketika pertembungan Chelsea dan United dalam saingan liga EPL.
3. Kemenangan United dalam saingan liga pada kali terakhir ialah 2 tahun lalu (Januari 2009). United menang 3-0 dalam perlawanan tersebut.
4. Jika Dimitar Berbatov menjaringkan gol pada perlawanan ini, ia menjadi gol ke 20 oleh beliau dalam saingan EPL. Rekod jaringan terbaik beliau ialah 15 ketika beraksi bersama Spurs pada musim 2007/2008.
5. Kemenangan 4-0 United ke atas Wigan pada 26/2/2011 ialah kemenangan pertama United di tempat lawan dengan jaringan melebihi satu gol.
6. Dalam 36 pertembungan Chelsea dan United, Chelsea telah menang sebanyak 12 kali manakala United 10 kali, selebihnya 14 kali seri.
7. Chelsea gagal untuk menjaringkan sebarang gol dalam 2 perlawanan EPL terakhir menentang Fulham dan Liverpool.
8. Nicolas Anelka adalah penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah dengan tujuh gol berkongsi bersama Mario Gomez dan Samuel Eto’o tetapi beliau hanya menjaringkan 6 gol dalam saingan liga EPL.

Jadual perlawanan EPL Chelsea vs Manchester United 1/3/2011
Chelsea vs Manchester United
Venue: Stadium Stamford Bridge, Chelsea
Masa perlawanan: 3:45 pagi (2/3/2011)

Nota Dahi: Bagi semua peminat Chelsea dan Manchester United, berapakah ramalan bagi pasukan kegemaran anda? Sama-sama kita saksikan perlawanan menarik yang bakal menjanjikan aksi yang menakjubkan dari kedua-dua pasukan.

Keputusan perlawanan EPL Chelsea vs Manchester United
Chelsea 2 – 1 Manchester United
Chelsea – David Luiz (m54), Frank Lampard (Pen m79)
Manchester United – Wayne Rooney (m29)

http://www.footytube.com/v/NzQ5Mjk=Video highlight penuh perlawanan EPL Chelsea vs Manchester United

>Keputusan Carling Cup 2011 Arsenal vs Birmingham

>Perlawanan akhir bolasepak Piala Liga ataupun Carling Cup 2011 antara Arsenal menentang Birmingham City 27/2/2011 berlangsung penuh sengit. Perlawanan bolasepak yang berlangsung di Stadium Wembley menyaksikan peluang Arsenal untuk merangkul piala yang pertama untuk musim ini.

Keputusan penuh Carling Cup 2011 menyaksikan Birmingham mencipta kejutan apabila berjaya menundukkan Arsenal 2-1. Ini sekaligus telah memberi tekanan kepada pengurus Arsene Wenger apabila Arsenal bakal bermain pada perlawanan ulangan Piala FA dan berkunjung ke Barcelona untuk perlawanan kedua Liga Juara-Juara Eropah minggu ini.

Gol Arsenal dijaringkan oleh Van Persie pada minit ke 39 hasil hantaran lintang Arshavin. Sebelum itu, Zigic mula meletakkan Birmingham didepan pada minit ke 28 selepas menanduk bola menewaskan penjaga gawang Arsenal, Szczesny. Walaubagaimanapun, harapan Arsenal untuk merangkul Carling Cup hancur apabila o. Martins menjaringkan gol kemenangan Birmingham pada minit akhir permainan (minit ke-89).

Piala rasmi Carling Cup 2011

Senarai pemain Arsenal dan Birmingham City Final Carling Cup 2011

Arsenal (4-2-3-1): Szczesny (Gk), Sagna, Koscielny, Djourou, Clichy, Song, Wilshere, Nasri , Arshavin, Bendtner, Van Persie

Birmingham City (4-4-2): Foster (Gk), Carr, Jiranek, Johnson, Ridegwell, Larsson, Ferguson, Bowyer, Gardner, Martins, Zigic

Juara final Carling Cup 2010 – Manchester United

Juara final Carling Cup 2009 – Manchester United

http://www.footytube.com/v/NzQ3NzA=Highlight penuh Final Carling Cup 2011 – Arsenal 1 vs 2 Birmingham City

>Keputusan dan highlight EPL 26-2-2011

>Beberapa perlawanan menarik Liga Perdana Inggeris EPL musim 2010/2011 yang akan berlangsung hari ini dan esok antaranya membabitkan gergasi EPL seperti Manchester United, Liverpool dan Manchester City.

Berikut adalah jadual dan masa perlawanan bolasepak EPL yag akan berlangsung pada hari ini 26-2-2011. Selain itu anda juga boleh melihat jadual penuh EPL musim 2010/2011.

26/2/2011
11:00pm Aston Villa vs Blackburn Rovers
11:00pm Everton vs Sunderland
11:00pm Newcastle United vs Bolton Wanderers
11:00pm Wigan Athletics vs Manchester United
11:00pm Wolverhampton vs Blackpool

27/2/2011
9:30pm West Ham United vs Liverpool
11:00pm Manchester City vs Fulham

28/2/2011
4:00am Stoke City vs West Bromwich Albion

Highlight dan keputusan penuh EPL akan diupdate sebaik sahaja perlawanan tamat. Jangan lupa bookmark halaman ini untuk maklumat lanjut. Jom tengok perlawanan Liga Juara-juara Eropah (Champions League) melalui live online streaming terus menerusi blog ini.

Berikut adalah keputusan penuh EPL 26/2/2011:

26/2/2011
11:00pm Aston Villa 4 vs 1 Blackburn Rovers
11:00pm Everton 2 vs 0 Sunderland
11:00pm Newcastle United 1 vs 1 Bolton Wanderers
11:00pm Wigan Athletics 0 vs 4 Manchester United
11:00pm Wolverhampton 4 vs 0 Blackpool

27/2/2011
9:30pm West Ham United 3 vs 1 Liverpool
11:00pm Manchester City 1 vs 1 Fulham

28/2/2011
4:00am Stoke City vs West Bromwich Albion

>Marseille vs Manchester United live streaming

>Selepas Barcelona yang tunduk kepada Arsenal 2-1 dan AC Milan tumbang kepada Tottenham Hotspurs di laman sendiri pada pusingan pertama Liga Juara-Juara Eropah 16 pasukan terakhir, kini tiba pula giliran Manchester United, Real Madrid dan Chelsea.

Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah yang akan berlangsung pada 22/2/2011 dan 23/2/2011 bakal menyaksikan Manchester United bakal berkunjung ke Marseille manakala Real Madrid akan berkunjung ke Lyon. Satu lagi perlawanan menarik menyaksikan Inter Milan bakal melayan kunjungan Bayern Munich pada 23/2/2011 ini.

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menonton secara live di Astro, anda boleh menonton secara online disini melalui live online streaming video dengan syarat internet anda mestilah laju. Kesemua perlawanan anda boleh lihat jika tiada sebarang masalah. Berikut adalah jadual perlawanan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 yang sedang berlangsung.

UEFA Champions League live online streaming video

>Jadual penuh EPL musim 2010/2011

>Perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris EPL sudahpun masuk fasa kedua awal tahun 2011 baru-baru ini dan tinggal lagi baki 12 perlawanan bagi kebanyakan pasukan untuk musim 2010/2011. Tidak kurang juga bolasepak Liga Juara-Juara Eropah yang sudah mula memasuki pusingan kalah mati 16 pasukan.

Untuk Liga Perdana Inggeris EPL, dapat dilihat persaingan hebat antara Manchester United, Arsenal dan Manchester City dalam perebutan takhta liga pada musim ini. Perpindahan pemain yang bermula awal Januari lalu menyaksikan beberapa perpindahan menarik antaranya membabitkan penyerang sensasi Liverpool, Fernando Torres yang mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab The Reds dengan menyarung jersi nombor 9 Chelsea.

Selain itu, penyerang sensasi Newcastle United, Andy Carrol juga mengambil keputusan untuk menyarung jersi Liverpool dan seorang lagi pemain baru dibeli oleh kelab itu, Luis Suarez dari Ajax Amsterdam. Suarez mula mencatat nama dihati peminat Liverpool dengan menjaringkan gol pada penampilan pertama beliau menentang Stoke City dimana Liverpool menang 2-1.

Walaupun dengan ketiadaan Cristiano Ronaldo, Manchester United bagaimanapun masih mendahului Liga Perdana Inggeris EPL musim ini. Walaupun Alex Ferguson masih mengekalkan kebanyakan barisan terkuat musim 2009/2010, United masih mampu memberi persembahan yang mantap sepanjang musim ini dan terbaru ialah kemenangan 2-1 ke atas musuh setempat, Manchester City hasil jaringan cantik ‘Bicycle Kick’ dari Wayne Rooney.

Berikut adalah baki perlawanan yang tinggal dalam Liga Perdana Inggeris EPL musim 2010/2011. Anda boleh menyaksikan siaran langsung EPL menerusi skrin laptop/komputer anda terus dari blog ini. Sesetengah perlawanan mungkin tiada siarang langsung live streaming. Anda boleh bookmark terlebih dahulu entry tersebut dan cek semula pada hari perlawanan EPL pasukan pilihan anda.

Bolasepak Liga Perdana Inggeris EPL live streaming video


Jadual penuh bolasepak EPL musim 2010/2011

Ahad, 20 February 2011
West Brom vs Wolverhampton

Selasa, 22 February 2011
Blackpool vs Tottenham

Rabu, 23 February 2011
Arsenal vs Stoke

Sabtu, 26 February 2011
Aston Villa vs Blackburn
Everton vs Sunderland
Newcastle vs Bolton
Wigan vs Man Utd
Wolverhampton vs Blackpool

Ahad, 27 February 2011
West Ham vs Liverpool
Man City vs Fulham

Isnin, 28 February 2011
Stoke vs West Brom

Selasa, 1 March 2011
Chelsea vs Man Utd

Sabtu, 5 March 2011
Birmingham vs West Brom
Arsenal vs Sunderland
Bolton vs Aston Villa
Fulham vs Blackburn
Newcastle vs Everton
West Ham vs Stoke
Man City vs Wigan

Ahad, 6 March 2011
Liverpool vs Man Utd
Wolverhampton vs Tottenham

Isnin, 7 March 2011
Blackpool vs Chelsea

Rabu, 9 March 2011
Everton vs Birmingham

Sabtu, 19 March 2011
Tottenham vs West Ham
Aston Villa vs Wolverhampton
Blackburn vs Blackpool
Man Utd vs Bolton
Stoke vs Newcastle
West Brom vs Arsenal
Wigan vs Birmingham
Everton vs Fulham

Ahad, 20 March 2011
Sunderland vs Liverpool
Chelsea vs Man City

Sabtu, 2 April 2011
Arsenal vs Blackburn
Birmingham vs Bolton
Everton vs Aston Villa
Fulham vs Blackpool
Man City vs Sunderland
Newcastle vs Wolverhampton
Stoke vs Chelsea
West Brom vs Liverpool
West Ham vs Man Utd
Wigan vs Tottenham

Sabtu, 9 April 2011
Aston Villa vs Newcastle
Blackburn vs Birmingham
Blackpool vs Arsenal
Bolton vs West Ham
Chelsea vs Wigan
Man Utd vs Fulham
Sunderland vs West Brom
Tottenham vs Stoke
Wolverhampton vs Everton

Ahad, 10 April 2011
Liverpool vs Man City

Sabtu, 16 April 2011
Arsenal vs Liverpool
Birmingham vs Sunderland
Blackpool vs Wigan
Everton vs Blackburn
Fulham vs Bolton
Man City vs Tottenham
Newcastle vs Man Utd
Stoke vs Wolverhampton
West Brom vs Chelsea
West Ham vs Aston Villa

Sabtu, 23 April 2011
Aston Villa vs Stoke
Blackburn vs Man City
Blackpool vs Newcastle
Bolton vs Arsenal
Chelsea vs West Ham
Liverpool vs Birmingham
Man Utd vs Everton
Sunderland vs Wigan
Tottenham vs West Brom
Wolverhampton vs Fulham

Sabtu, 30 April 2011
Arsenal vs Man Utd
Blackburn vs Bolton
Blackpool vs Stoke
Chelsea vs Tottenham
Liverpool vs Newcastle
Man City vs West Ham
Sunderland vs Fulham
West Brom vs Aston Villa
Wigan vs Everton

Ahad, 1 May 2011
Birmingham vs Wolverhampton

Sabtu, 7 May 2011
Aston Villa vs Wigan
Bolton vs Sunderland
Everton vs Man City
Fulham vs Liverpool
Man Utd vs Chelsea
Newcastle vs Birmingham
Stoke vs Arsenal
Tottenham vs Blackpool
West Ham vs Blackburn
Wolverhampton vs West Brom

Sabtu, 14 May 2011
Arsenal vs Aston Villa
Blackburn vs Man Utd
Blackpool vs Bolton
Chelsea vs Newcastle
Man City vs Stoke
Sunderland vs Wolverhampton
West Brom vs Everton

Ahad, 15 May 2011
Birmingham vs Fulham
Liverpool vs Tottenham
Wigan vs West Ham

Ahad, 22 May 2011
Aston Villa vs Liverpool
Bolton vs Man City
Everton vs Chelsea
Fulham vs Arsenal
Man Utd vs Blackpool
Newcastle vs West Brom
Stoke vs Wigan
Tottenham vs Birmingham
West Ham vs Sunderland
Wolverhampton vs Blackburn

Nota Dahi: Pasukan mana bakal menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada musim 2010/2011? Jom undi sekarang!

>Sparta Prague vs Liverpool live online streaming

>Bagi semua peminat Liverpool, anda mesti menantikan perlawanan pasukan kesayangan anda beraksi dalam Piala UEFA yang bakal bersiaran langsung beberapa jam lagi. Berita baik buat peminat The Reds, anda boleh menonton perlawanan Sparta Prague vs Liverpool secara live online streaming di laptop anda.

Antara beberapa lagi perlawanan tumpuan awal pagi ini ialah Sevilla vs FC Porto, Lille vs PSV Eindhoven dan Napoli vs Villareal. Berikut adalah jadual perlawanan penuh yang bakal berlangsung beberapa jam dari sekarang.


Bagi anda yang ingin menonton secara langsung (live) menerusi laptop anda, anda boleh klik link dibawah. Pastikan anda bookmark halaman tersebut bagi memudahkan anda menonton perlawanan menarik selepas ini. Link untuk live streaming video akan dipaparkan sejam sebelum perlawanan bermula.

Piala UEFA live online streaming video

Nota Dahi: Aku layan perlawanan bolasepak Liga Juara-Juara Eropah antara Arsenal vs Barcelona kat laptop je pagi semalam. Gambar memang clear tapi pastikan internet korang laju ok.

>Keputusan dan highlight Arsenal vs Barcelona

>Alhamdulillah baru je selesai menonton siaran langsung perlawanan Liga Juara-Juara Eropah antara Arsenal menentang Barcelona. Perlawanan bermula pada jam 3:45 pagi di Stadium Emirates, Arsenal.

Keputusan penuh dimana Arsenal berjaya membenam Barcelona di laman sendiri dengan kemenangan 2-1 walaupun pada awalnya telah ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama. Gol Barcelona pada awalnya dijaringkan oleh David Villa pada minit ke-26 dan kedudukan 1-0 sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Walaupun pada separuh masa pertama, Barcelona tampak gagah dengan mengawal sepenuh perlawanan dimana posisi bola 60% berbanding Arsenal 40%. Tapi pada babak kedua perlawanan, Arsenal tampak lebih gagah dengan mengatur beberapa serangan berbahaya.


Pertukaran Arshavin dengan Wallcott membuahkan hasil apabila beliau menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada minit ke-83, sebelum itu Van Persie telah menjaringkan gol pertama Arsenal pada minit ke-78. Keputusan penuh UEFA Champions League, Arsenal 2-1 Barcelona. Walaubagaimanapun, Arsenal masih belum selesa kerana bakal berkunjung ke Barcelona pada perlawanan kedua nanti.


Dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, AS Roma tunduk di laman sendiri apabila menerima kekalahan 2-3 dengan Shakhtar Donetsk. Dua gol AS Roma ialah hasil jaringan Perrotta pada minit ke-28 dan Menez pada minit ke-61. Gol jaringan Shakhtar Donetsk hadir pada minit ke-29 oleh Jadson dan minit ke-36 jaringan Costa. Gol kemenangan Shakhtar dijaringkan oleh L. Adriano pada minit ke-42. Shakhtar Donetsk membawa bekalan selesa untuk menentang AS Roma di laman sendiri pada perlawanan kedua nanti.

Baki empat lagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah yang bakal berlangsung minggu hadapan, anda boleh menonton secara live online streaming menerusi blog ini. Link untuk siaran langsung akan keluar satu jam sebelum perlawanan bermula. Pastikan anda CTRL-D untuk bookmark halaman tersebut.

Bolasepak Eropah live online streaming video
Untuk highlight beberapa perlawanan menarik Liga Juara-Juara Eropah, video akan diupdate kemudian. Selamat menonton bolasepak secara live menerusi laptop anda.

http://www.footytube.com/v/NzMzNDQ=AC Milan vs Tottenham Hotspurs

http://www.footytube.com/v/NzMzNDI=Valencia vs Schalke 04

Arsenal 2 – 1 Barcelona