Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>BEN ASHAARI! MASIHKAH KAU INGAT??

>Ok hari ni bermulanya lembaran baru dalam sejarah wowberita sebabnya ni adalah kali pertama aku nak join segmen Aban Ben yang memang mantop dalam acara blogging ni. Sape yang tak kenal dia kan? Disebabkan dah ramai yang join so aku pun sedikit teruja la nak join segmen ni. Mana tau dapat up traffic sket ke. Lagipun usia blog aku ni tak sampai pun lagi 3 minggu.

“Segmen BEN ASHAARI! MASIHKAH KAU INGAT..ini adalah sebuah segmen yang mudah..Apa yang perlu korang buat ialah menceritakan dengan mengimbas kembali saat saat kali pertama korang berblog..Pahit getir korang buat blog..Susah senang…Suka duka…Mereka yang datang dan pergi…Blogger pertama yang meninggalkan komen..Kutukan serta kejian..Bagaimana korang mendapat inspirasi serta semangat untuk bangkit kembali..Mereka yang sering memotivasikan korang..Dan macam macam lagi…” Nak join? Klik sini.

Sebenarnya aku tak suka sangat buat blog pasal diri sendiri ni. Aku lagi suka cerita pasal isu semasa yang berlaku. Sebab tu blog ni aku namakan ‘Blog Berita Ringkas”. Tapi disebabkan segmen Aban Ben ni aku nak ceritakan sket pasal sejarah aku blogging ni.

Ok aku mula start blogging pada awal 2009. Maknanya dah hampir 2 tahun aku dalam acara blogging ni. Time tu aku memang suka download-download movie ni dan terciptalah satu blog movie sharing. Tapi blog ni hanya setahun je aku update pastu dah malas dah sebab bizi dengan assignment. So sekarang ni blog tu hanya jana traffic dari search engine je la. Rasanya antara korang mesti pernah jenguk blog ni kan? Hahaha…Sehingga tahun 2011 ni, aku dah mempunyai koleksi 34 blog. Tapi hanya 1/3 je yang masih aktif. Malas nak update punya pasal la ni. Hehe…

Time mula-mula blogging dulu, Aban Google la yang jadi panduan aku terutamanya pasal code HTML sampailah sekarang ni aku boleh dikatakan agak mahir la pasal HTML. Sebab tu sekarang ni aku dah boleh siapkan blog yang complete dalam masa 2 jam. Kalau pasal traffic tu jangan cakap la. Aku dah cuba macam-macam cara dah nak upkan traffic blog (sebab dulu aku malas sket nak blogwalking ni). Tapi sekarang ni aku dah rajin blogwalking dan ngomen-ngomen blog ni. Alhamdulillah sekarang ni aku berani nak guna domain sendiri sebab ada sedikit ilmu pasal SEO ni dan hasilnya ialah ‘Blog Berita Ringkas‘ ni.

Berkenaan dengan blog yang korang tengok sekarang ni, entry pertama yang aku publish ialah pada 25/12/2010 pasal ‘Liyana Jasmay miliki 50 legging‘ dan blogger pertama yang bagi komen jatuh kepada HannaFauzann. Pasal kutukan dan kejian tu aku rasa ada je tapi mungkin diorang tak nak cakap depan-depan kot. Kalau korang nak kutuk blog aku ni tak best pun aku tak kisah sebab aku tahu aku memang bukan blogger yang hebat pun. Hakhakhak…Sebelum tu, ni satu lagi blog aku yang aktif: Koleksi Gambar Menarik.

Ok sambung lagi pasal sumber inspirasi. Kalau nak kata sumber inspirasi tu memang banyak la. Mana-mana blog yang ada traffic mantop tu la jadi sumber inspirasi aku. Sebabnya traffic yang tinggilah harapan aku buat blog ni kalau tak memang sia-sia je la. Hehe…Nasihat untuk blogger baru, korang rajin-rajinkanlah blogwalking dan tinggalkan komen kat blog lain InsyaAllah blog korang akan maju. Kalau dalam masa sebulan tu blom maju perkara normal la yang penting jangan patah semangat. Lagi satu dalam blog korang tu jangan la letak background music ok. Orang yang singgah kat blog korang tu tak nak dengar pun lagu korang minat tu. Background music la yang wat blogger lain tak nak datang blog korang.

Orait akhir sekali pasal blog yang aku follow hari ni. Pemenangnya ialah DausPozi. Sebenarnya aku dah pernah datang blog beliau ni dulu tapi hari ni baru nak follow. Tertarik plak dengan susunan blog beliau yang kemas disamping entry yang menarik. Sebelum aku tutup entry ni, izinkan aku share lagi 2 blog yang aku buat. Blog ni atas tempahan Abang dan Akak aku yang buat bisnes diorang. Jom terjah: WafaChocs dan Minuman Raja Herba

Sebelum aku akhiri karangan SPM ni, jom layan video ni. Aku faham korang mesti mengantuk baca karangan yang panjang ni kan? Hakhakhak…

Jangan lupa join BlogList wow!Berita ok. Aban Ben pun dijemput sekali.

5 responses to “>BEN ASHAARI! MASIHKAH KAU INGAT??

  1. logorithm January 16, 2011 at 9:06 am

    >Best jugak citernya. Tapi I musykhil la… naper you eja 'abang' sebagai 'aban'?

  2. Tuan-Belog January 16, 2011 at 9:19 am

    >@logorithmhaha…mls nk type huruf g la tu…hakhakhak…

  3. logorithm January 16, 2011 at 1:14 pm

    >Boleh pulak camtuh? Hikhikhik…

  4. Dauspozi January 18, 2011 at 2:32 am

    >Terima kasih sudi bagi 'lovelink' ke blog aku bro.. Thanks jugak sbb follow.. hehehe

  5. Tuan-Belog January 18, 2011 at 2:40 am

    >@Dauspozino hal punya bro…dh blog ko sememangnya kemas…hehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: