Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Perkara kecil tak perlulah diperbesarkan

>Salam semuanya. Sory hari ni aku tak sempat nak buat entry dan blogwalking sebab banyak kerja dengan projek. Mungkin satu ni je entry untuk hari ni. Korang semua pasti tahu yang blog aku ni dah dicalonkan untuk kategori blog penipu. Penipukah aku? Hakhakhak…

Nampaknya isu ni masih lagi panas yerk. Aku memang malas nak ulas lanjut pasal isu ni ataupun nak bongkarkan apa-apa rahsia yang bukan-bukan. Bagi aku isu AutoBlogwalking ni hanya perkara kecil je. Tak perlulah nak diperbesarkan ok. Kalau 1000 orang yang guna Auto BW untuk shout kat blog aku pun aku sangat tak kisah. Kalau sempat aku melawat balik mana-mana blogger yang shout kat blog aku. Tujuan aku untuk cari entry menarik yang nak dikomen. Kalau tak ada just tinggalkan jejak balik je la.

Sebenarnya aku bukan pandai sangat nak menulis secara berbunga-bunga ni. Ok berbalik pada tujuan korang wat blog. Apa tujuan korang wat blog ni? Kalau hanya untuk merapatkan hubungan dan cari kawan baru semata-mata bagus la. Tapi kalau tu je tujuan korang wat blog untuk apa korang letak Nuffnang kat blog korang kan? Semua blogger tahu Nuffnang tu apa kan? Blogger mana yang senang-senang nak klik Nuff korang tu kan? Cuba fikir betul-betul ok.

Tujuan kedua ialah untuk jana income disamping tu jugak boleh tambah lagi ramai rakan blogger. Kalau korang termasuk dalam kategori ni haruslah korang fokus kepada traffic blog korang. Tapi traffic macamana yang korang nak? Kalau traffic korang beriban pun tapi hanya dikalangan blogger, adakah diorang ni nak klik Nuffnang korang? Diorang pun ada Nuffnang gak. Diorang pun nak duit gak. Tak kan lah diorang senang-senang je nak klik Nuffnang korang kan? Tak ke fraud click namanya tu?

Lebih baik korang fokuskan blog korang tu pada SEO supaya blog korang majoriti dilawati oleh pelawat dari search engine. Baru la peluang pelawat nak klik Nuffnang korang tu lagi tinggi. Kalau korang tanya aku memang tujuan aku buat blog ni untuk cari income sampingan dengan Nuffnang disamping tu boleh jugak tambah member. Tapi nak ada income mestilah ada traffic. Sebab tu aku tak suka sangat kecoh-kecoh pasal hal ni. Lebih baik aku fokus pada SEO dan kualiti entry yang aku nak letak dalam blog.

Korang boleh tengok sendiri salah seorang blogger yang hebat. Aku ambil contoh Ar-Rifke. Korang pernah nampak ke Aried ni BW kat mana-mana blog? Tak pernah kan? Tapi kenapa traffic dia tinggi je setiap hari? Korang fikir lah baik-baik yerk.

Mungkin situasi ini yang korang kata pengguna AutoBW ni penipu:
Blogger A guna AutoBW untuk jerit dekat blog Blogger B. Pastu Blogger B ni pun balas la jejak tersebut. Bila Blogger B tahu yang Blogger A ni guna AutoBW terus beliau labelkan Blogger A ni penipu. Come on la. Pada pandangan aku, bila Blogger A dah jerit kat blog Blogger B tu terpulanglah pada Blogger B nak balas jejak ke tak. Macam dah jadi perkara WAJIB plak dalam blogging untuk balas-balas jejak ni. Bagi aku kalau rasa boleh balas tu go on je tapi kalau rasa tak boleh nevermind la. Tak perlu la nak ambil serius sangat ok.

Aku bukan nak sebelahkan mana-mana pihak tapi dengan niat untuk meredakan keadaan. Kalau korang rasa aku ni masih lagi blogger penipu aku tak kisah pun. Aku mintak maaf kalau korang berasa tertipu dengan aku. Jejak korang tu InsyaAllah aku balas balik tapi tak mungkin semua aku mampu balas yerk. Terima kasih gak kat korang yang sudi tinggalkan komen kat blog aku ni.

Last sekali, kalau korang rasa blogger tu guna AutoBW untuk tinggalkan jejak kat blog korang pergi cakap baik-baik dengan dia kalau korang tak suka. Tak perlu pun korang pergi jaja link diorang tu. Apa yang korang buat tu hanyalah bagi backlink dan tambahkan traffic kat diorang. Apa salahnya pergi tegur baik-baik. Kalau kena dengan cara tegur korang tu kemungkinan korang akan rapat dengan blogger tu. Percayalah. Tak perlulah korang nak bermusuh-musuh sesama sendiri.

Nota Dahi: Nasihat aku baik tinggalkan perkara yang dah lepas ni. Tak perlu pun korang nak boikot ke apa ke. Apa yang korang dapat kan? Sekarang ni baik korang fokus pada kualiti entry korang je ok. Lagi baik kalau korang belajar pasal SEO. Aku harap tak akan ada yang terasa dengan aku. Kalau rasa tak puas hati tak perlulah korang susah-susah buat entry untuk balas balik apa yang aku tulis ni. Cukuplah kita berbincang secara aman ok. Tak setuju tak apa. Sekian…Wassalam.

p/s: Jom blogwalking macam biasa…kalau korang kali pertama jumpa software AutoBW tu korang rasa nak cuba tak? Fikir-fikirkan yerk.

11 responses to “>Perkara kecil tak perlulah diperbesarkan

  1. eiela January 21, 2011 at 2:45 pm

    >huhu saya kena tempias daripada sini la.. gara-gara perkataan newbie tuh. sampai dapat surat layang nih. ade orang fikir saya newbie yg aktif blogwalking padahal sy jrg BW. maybe dia terbaca dr blog lain tanpa ikut link yang ada kat blog tuh kot.

  2. cik-terompah January 21, 2011 at 2:46 pm

    >lupakan ja.. esok lusa.. lupa la tu.

  3. Tuan-Belog January 22, 2011 at 12:38 am

    >@eielalaaaa…yeke?cian plak…awk BW guna nama newbie gk eh?xpe2 jgn amek serius sgt…mnde kecik je…

  4. Tuan-Belog January 22, 2011 at 12:38 am

    >@cik-terompahbtol tu…sekejap je mnde ni…

  5. Adzriel AB January 22, 2011 at 12:43 am

    >lain org lain pikirnya…bior le.

  6. deCrewz January 22, 2011 at 2:31 am

    >Jai malas nak guna software AutoBW, lebih selesa buka blog baca, komen.. klu x minat tutp sudeh..Lagipun dapat traffik jugak kat org tu kan.. Lain org lain cara.. Klu semata2 nak dapatkan traffik je, lemau la blog sendiri nnt..he3.p/s : Skrg ni kes BW ni macam pisang goreng, panassss….ha3

  7. Tuan-Belog January 22, 2011 at 2:55 am

    >@deCrewztu la psl…byk plak org jual pisang goreng skang ni…hakhakhak…tu la…lain org lain caranya…

  8. Dawa January 24, 2011 at 4:23 am

    >takder sape yg sempurna. tlg menolong bg tingkatkan SEO tu saya sokong. jom kita exchange link😉

  9. Tuan-Belog January 24, 2011 at 6:30 am

    >@Dawaexchange banner la bro…hehe…

  10. Anonymous January 30, 2011 at 10:38 pm

    >Dzieki za ciekawy blog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: