Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Keputusan EPL Chelsea vs Manchester United 1-3-2011

>Perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris EPL musim 2010/2011 antara Chelsea lawan Manchester United bakal menjadi pelawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak antarabangsa seluruh dunia. Pasti ramai yang membuat jangkaan siapa yang akan menang perlawanan ini.

Chelsea mempunyai kelebihan apabila bermain di tempat sendiri iaitu Stadium Stamford Bridge dan itu mungkin menjadi semangat kepada pemain Chelsea untuk menang perlawanan menarik ini. Tapi keupayaan pemain Manchester United tidak harus dilupakan apabila membelasah Wigan 4-0 pada perlawanan EPL 26/2/2011 yang lepas.

Perlawanan terakhir antara Chelsea dan United adalah pada Piala Community Shield 8/8/2010 yang menyaksikan Chelsea tunduk kepada kekuasaan United dengan kekalahan 3-1. Gol United dijaringkan oleh Antonio Valencia, Dimitar Berbatov dan Javier Hernandez.

Tonton perlawanan EPL Chelsea vs Manchester United 1/3/2011 LIVE online streaming
Perlawanan kedua EPL Manchester United vs Chelsea bakal diadakan pada 7/5/2011 di stadium Old Trafford. United mendominasi Piala Liga Perdana Inggeris EPL sejak 2001 dengan memenangi 5 piala kejuaraan. Berikut adalah senarai pemenang EPL sejak 2001:

2010/2011 – Milik siapa?
2009/2010 – Chelsea
2008/2009 – Manchester United
2007/2008 – Manchester United
2006/2007 – Manchester United
2005/2006 – Chelsea
2004/2005 – Chelsea
2003/2004 – Arsenal
2002/2003 – Manchester United
2001/2002 – Arsenal
2000/2001 – Manchester United

Berikut adalah beberapa preview fakta menarik tentang perlawanan Chelsea vs Manchester United:

1. United tidak pernah menang perlawanan liga di Stamford Bridge sejak April 2002.
2. Penyerang United yang dipinjamkan ke Sampdoria, Federico Macheda menjadi pemain United yang terakhir pernah menjaringkan gol ketika pertembungan Chelsea dan United dalam saingan liga EPL.
3. Kemenangan United dalam saingan liga pada kali terakhir ialah 2 tahun lalu (Januari 2009). United menang 3-0 dalam perlawanan tersebut.
4. Jika Dimitar Berbatov menjaringkan gol pada perlawanan ini, ia menjadi gol ke 20 oleh beliau dalam saingan EPL. Rekod jaringan terbaik beliau ialah 15 ketika beraksi bersama Spurs pada musim 2007/2008.
5. Kemenangan 4-0 United ke atas Wigan pada 26/2/2011 ialah kemenangan pertama United di tempat lawan dengan jaringan melebihi satu gol.
6. Dalam 36 pertembungan Chelsea dan United, Chelsea telah menang sebanyak 12 kali manakala United 10 kali, selebihnya 14 kali seri.
7. Chelsea gagal untuk menjaringkan sebarang gol dalam 2 perlawanan EPL terakhir menentang Fulham dan Liverpool.
8. Nicolas Anelka adalah penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah dengan tujuh gol berkongsi bersama Mario Gomez dan Samuel Eto’o tetapi beliau hanya menjaringkan 6 gol dalam saingan liga EPL.

Jadual perlawanan EPL Chelsea vs Manchester United 1/3/2011
Chelsea vs Manchester United
Venue: Stadium Stamford Bridge, Chelsea
Masa perlawanan: 3:45 pagi (2/3/2011)

Nota Dahi: Bagi semua peminat Chelsea dan Manchester United, berapakah ramalan bagi pasukan kegemaran anda? Sama-sama kita saksikan perlawanan menarik yang bakal menjanjikan aksi yang menakjubkan dari kedua-dua pasukan.

Keputusan perlawanan EPL Chelsea vs Manchester United
Chelsea 2 – 1 Manchester United
Chelsea – David Luiz (m54), Frank Lampard (Pen m79)
Manchester United – Wayne Rooney (m29)

http://www.footytube.com/v/NzQ5Mjk=Video highlight penuh perlawanan EPL Chelsea vs Manchester United

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: