Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Sinopsis & trailer filem Kongsi

>“Lu Langsi Lu Mati”. Itulah tagline yang digunakan dalam filem aksi komedi terbaru arahan Farid Kamil yang bakal menemui penonton pada tahun 2011. Lu Langsi Lu Mati bermaksud “jika kau kurang ajar, kau akan mati” (begitulah lebih kurang). Mesti tak sabar nak tengok movie ni kan?

Sinopsis filem Kongsi 2011

Ia mengisahkan penyiasatan ASP Shariff lakonan Fizo Omar terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.

Kumpulan kongsi gelap terdiri dari pelbagai bangsa ini menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.

Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap berkenaan.

Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.

Namun, segala ancaman yang dilakukan Tumulak didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Tumulak juga mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff.

ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya dalam menjalankan tugas. Adakah Tumulak berjaya membalas dendam terhadap ASP Shariff? Apakah aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur semakin pulih atau sebaliknya?

Antara barisan pelakon yang membintangi filem Kongsi 2011 arahan Farid Kamil

Antara pelakon yang membintangi filem tentang pergaduhan membabitkan kumpulan-kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India itu ialah Shaheizy Sam, Fizo Omar, Norliana Samsudin, Azad Jazmin, Putri Mardiana dan Fida Ibrahim.

Senarai krew yang terlibat dalam proses pembikinan dan penerbitan filem Kongsi 2011

Produksi: MIG Production Sdn. Bhd.
Penerbit: David Teo
Pengarah: Farid Kamil
Penolong Pengarah 1: Ismail Hasim
Penolong Pengarah 2: Shahizan Sahip
Konti: Wan Suriya Wan Deraman
Skrip: Panel MIG
Koordinator: Faten Syamimie Abd Aziz
Penolong Pengurus Produksi: Mohd Azaromi Ghozali
Pengarah Seni: Ahmad Rusli Mohd Khadri
Pengarah Fotografi: Mohamad Ridhuwan Zainal Abidin
Penolong Pengarah Seni 1: Mohd Daniel Hafizal Abd. Razak
Prop Man: Mohd Azizi Abdul Aziz
Mekap: Azman Safie
Wardrobe: Nor Diana Arshad
Action Fight Cordinator: Rubindran Nair A/L Govendan
The Making Of: Mohd Ikhram Izzazuddin (Atom)
Still Photo: Tan Shier
Penyelaras Produksi: Azahari Abdul Hamid
Runner: Muhammad Abu Baihaki Barsir

Pelakon: Shaheizy Sam (Tumulak), Fizo Omar (ASP Shariff), Norliana Samsudin (Detektif Maya), Azad Jazmin (Mikail), Putri Mardiana (Yati), Abd Basid (Man Jawa), Shafie Jaafar (Tok Malik), Shahfiez (Radhi), Fida (Maria), Zul Handy Black (Kimpedu), Hairul Azreen (Remy), Sasqia (Sarah), Pooniah (Victor), Chew Kin Wah (Jimmy), Komeng (Rahim), Nizar Jeffrey (Boboy), Alex Yanz (Robert).

Tarikh tayangan: 2011

Trailer Filem Kongsi 2011 arahan Farid Kamil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: