Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>10 individu terkaya Malaysia 2011

>KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Robert Kuok, “Raja Gula” yang memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset benilai RM50.04 bilion, disusuli taikun telekomunikasi T Ananda Krishnan, yang bernilai RM45.78 bilion.

Di tempat ketiga ialah Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow, yang meningkat satu tangga dengan jumlah kekayaan sebanyak RM12.77 bilion, demikian menurut majalah Malaysian Business berdasarkan kepada kajian 40 individu terkaya dalam negara. Sebagaimana tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu terkaya negara dinilai berasaskan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai.

Kajian itu juga mendedahkan 40 individu terkaya Malaysia secara kolektifnya bernilai RM206.27 bilion sehingga pada 21 Jan, naik 30 peratus berbanding dengan RM156.7 bilion tahun lepas, dirangsang oleh pasaran saham yang memberangsangkan dan pengembangan ekonomi.

“Kenaikan keseluruhan seiring dengan peningkatan 20 peratus dalam penanda aras FBM KLCI,” katanya.

Menurut majalah tersebut, kekayaan Ananda Krishnan melonjak hampir 70 peratus berikutan peningkatan penilaian Maxis dan langkah beliau mejadikan persendirian tiga syarikat tersenarainya.

Di tempat keempat ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd, yang bernilai RM12.74 bilion, disusuli dengan Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group, kekal pada kedudukan kelima dan bernilai RM10.89 bilion.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group pada kedudukan keenam dengan jumlah kekayaan sebanyak RM10.75 bilion, manakala di tempat ketujuh ialah usahawan Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary, yang bernilai RM8.84 bilion.

Balu Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tempat kelapan dengan jumlah kekayaan dianggarkan pada RM7.43 bilion manakala Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group tidak berganjak pada kedudukan kesembilan dengan RM4.77 bilion.

Taikun yang tinggal di Singapura, Ong Bee Seng berada di kedudukan ke-10, dengan aset bernilai RM3.98 bilion, diikuti dengan Pengerusi AmBank Group Tan Sri Azman Hashim dengan RM3.93 bilion.

Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group di tempat ke-12 dengan aset bernilai RM2.43 bilion.

Individu lain yang dalam senarai 20 individu terkaya dalam negara ialah:

Datuk Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng dari IOI Group, Datuk Seri Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian dari Batu Kawan, Tan Sri Yeoh Tiong Lay dari YTL Group, Tan Sri Lau Cho Kun dari Hap Seng Consolidated, Datuk Mokhzani Mahathir dari Kencana Petroleum dan Tan Sri Jeffrey Cheah dari Sunway Group.

Terdapat tiga muka baharu dalam senarai, dengan dua nama pertama kali dalam senarai iaitu Tan Sri Leong Hoy Kum dari Mah Sing Group Bhd, Datuk Seri Stanley Thai dari Supermax Corporation Bhd dan Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Holdings Bhd.

Senarai penuh 40 taikun dan butir mengenai kekayaan mereka disiarkan dalam majalah terbitan 16 Feb yang turut menyenaraikan 10 individu terkaya dalam pasaran ACE.

Sumber: Bernama

Berikut adalah senarai 10 individu paling kaya di Malaysia pada tahun 2011 yang sudah lama berstatus billionair. Anda bila lagi?

1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) – RM50.04b
2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) – RM45.78b
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) – RM12.77b
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) – RM12.74b
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) – RM10.89b
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) – RM10.75b
7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) – RM8.84b
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) – RM7.43b
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) – RM4.77b
10. Ong Beng Seng (HPL) – RM3.98b

Nota Dahi: Masa zaman sekolah dulu, aku ada mengikuti kelas tambahan Addmath yang dianjurkan setiap 2 kali seminggu pada waktu malam. Kelas tambahan tersebut diberi nama kelas Bukhari dan ianya telah ditaja oleh individu ke-7 terkaya Malaysia. Baru tahun ni aku tahu kelas tambahan tersebut telah ditaja oleh billionair. Anda boleh cari gambar individu terkaya Malaysia menerusi Google Images.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: