Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Highlight dan keputusan penuh EPL 12-2-2011

>LONDON: Wayne Rooney menyumbatkan gol cantik bagi mengemudi kemenangan Manchester United 2-1 ke atas Manchester City sekali gus memberikan mereka kelebihan empat mata di depan Arsenal, semalam.

Hantaran bijak Nani yang melayang di kawasan kotak penalti, Rooney melakukan aksi akrobatik apabila melompat di antara dua pertahanan City dan merembat kencang dengan kaki kanan mengatasi penjaga gol, Joe Hart yang sekadar kaku di mulut gol. “Saya cuma cuba beri tumpuan kepada bola dan mendapat peluang terbaik. Nasib baik ia masuk di sudut atas gawang,” kata Rooney.

Gol itu mengubat kekecewaan minggu lalu apabila United kalah buat kali pertama musim ini di Wolverhampton Wanderers, sambil Arsenal di tempat kedua menang 2-0 ke atas Wolves.

City kini empat mata memisahkan mereka dengan Arsenal dan lapan mata mengekori United pada ketika Pengurus Roberto Mancini berhempas pulas untuk membawa kelab termahal itu untuk menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris.

“Keputusan ini amat menakjubkan dan hampir pasti meranapkan peluang City untuk bersaing merebut gelaran melainkan masalah berlaku,” kata Rooney.
Gol kemenangan sentuhan Rooney itu seharusnya mengembalikan reputasi pemain itu di kalangan penyokong United, yang marah berikutan rancangannya untuk meninggalkan juara 18 kali itu tahun lalu apabila City dikatakan sebagai pilihan.

Wayne Rooney menjaringkan gol kemenangan United dengan melakukan Bicycle Kick seterusnya menjadi gol tercantik dalam kerjaya beliau
Kombinasi sentuhan dan teknik cemerlang penyerang England itu membolehkan dia menjaringkan gol kemenangan kelab berkenaan pada minit ke-78 untuk gol keenam selepas diselebungi kecederaan musim ini.

Nani meletakkan United di depan pada minit ke-40 apabla memanfaatkan hantaran Ryan Giggs sebelum meledakkan gol melepasi jangkauan Hart. City menyamakan kedudukan pada minit ke-64 apabila hantaran Shaun Wright-Phillips disambut Edin Dzeko, yang kemudiannya merembat masuk selepas terkena belakang David Silva.

Dalam pada itu, Arsenal lega apabila mencatat kemenangan hasil dua gol Robin van Persie. Gol pembukaan hasil hantaran Cesc Fabregas manakala Walcott mencipta peluang untuk gol kedua van Persie yang menjaringkan gol pada awal babak kedua. Sementara itu, Liverpool seri 1-1 dengan Wigan. – AP

Sumber: Berita Harian

Keputusan terkini perlawanan EPL pada 12-2-2011. Beberapa perlawanan lain akan berlangsung pada 13-2-2011.

Kedudukan terkini carta EPL untuk musim 2010-2011

Berikut adalah highlight beberapa perlawanan menarik yang berlangsung pada 12-2-2011. Gunakan IDM untuk download video highlight ni ye.
http://www.footytube.com/v/NzI5OTY=
http://www.footytube.com/v/NzMwMDM=
http://www.footytube.com/v/NzMwMDg=
http://www.footytube.com/v/NzMwMDc=

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: