Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Risiko membesarkan payudara

>KUALA LUMPUR: Sebuah pusat rawatan kecantikan swasta dikesan menawarkan rawatan maut membesarkan payudara wanita dengan kaedah berbahaya, memindahkan tisu lemak perut ke payudara yang kecil.

Bagaimanapun, pembedahan `liposuction’ yang bukan dilakukan pakar bertauliah itu menyebabkan ada antara mangsa menderita apabila payudara mereka membengkak tidak sekata dan timbul ketumbuhan kecil umpama kanser. Mangsa pembedahan berbahaya itu yang hanya mahu dikenali sebagai Y berkata, kini payudara sebelah kanannya lebih besar saiz cup C berbanding payudara di sebelah kiri hanya mempunyai saiz cup B.

Menurut wanita berusia 29 tahun itu, situasi berkenaan menyebabkan dia mengalami tekanan emosi yang teruk kerana malu dicemuh orang ramai termasuk kekasihnya sendiri.

“Mungkin ini salah saya sendiri kerana keinginan membesarkan payudara disebabkan menganggap saiz payudara saya kecil dan tidak menarik. Saya tertarik dengan iklan pusat rawatan kecantikan yang menawarkan pakej menarik dan bertambah teruja apabila ada rakan mendakwa rawatan diberikan pusat kecantikan itu amat berkesan, selain menjadikan tubuh lebih ramping” katanya.

Menurut Y, dia ke pusat rawatan kecantikan itu yang terletak di Kepong, sebelum diberikan penerangan berhubung kaedah rawatan membabitkan pembedahan kecil, selain kos bayaran yang perlu dijelaskan.


“Saya diberitahu, kaedah membesarkan payudara terbabit dilakukan dengan cara menyedut tisu lemak pada bahagian perut sebelum ia dipindahkan ke payudara saya yang kecil. Kakitangan pusat rawatan kecantikan itu memberitahu kaedah berkenaan membabitkan teknik pembedahan kecil dan ia tidak mempunyai risiko serta kesan sampingan buruk. Penjelasan itu menyebabkan saya percaya bulat-bulat dan setuju menjalani proses rawatan di pusat kecantikan itu,” katanya.

Menurutnya, proses pembedahan menggunakan tiub terbabit berjalan dengan lancar sebelum payudaranya dirasakan menegang dan membesar manakala lemak di perut turut menyusut.

“Mulanya saya riang dan menyangka pembedahan itu berjaya, lalu tanpa banyak berfikir terus membayar kos rawatan RM7,800,” katanya. Bagaimanapun, kata Y, dalam tempoh rehat beberapa hari dia berasa tidak sedap hati apabila payudaranya kerap berdenyut dan terasa sakit tidak mengira masa.

“Saya rujuk masalah itu kepada kakitangan pusat rawatan kecantikan berkenaan sebelum diarahkan menjalani rawatan susulan. Mereka beri alasan tisu lemak dari perut saya yang dipindahkan ke payudara tidak berfungsi dengan baik serta gagal menyesuaikan diri di lokasi baru.

“Berikutan itu, saya dipujuk menjalani rawatan urutan payudara yang didakwa boleh mengurangkan rasa sakit. Saya terima cadangan itu, tapi nyata ia tetap gagal mengurangkan rasa sakit serta mengimbangi saiz payudara saya yang menjadi tidak sekata antara kiri dan kanan,” katanya.

Y berkata, keadaan menjadi lebih buruk apabila dia berasa seperti ada ketumbuhan keras di dalam payudara, selain tidak selesa dan sakit setiap kali disentuh. Dua ketulan ketumbuhan itu muncul pada payudara kiri dipercayai kesan daripada pembedahan memindahkan tisu lemak ke dada.

“Kesan ketumbuhan itu makin serius apabila ia mula pecah dan mengeluarkan darah, selain meninggalkan kesan parut merah kehitaman yang cukup memalukan. Saya bimbang jika ketumbuhan ini merebak ke seluruh payudara dan menyebabkan kecacatan kekal,” katanya.

Bimbang keadaan menjadi lebih buruk, Y berjumpa doktor pakar bagi menjalani pemeriksaan dan diberitahu kesakitan dialami dipercayai berpunca daripada pembedahan liposuction yang tidak dilakukan dengan cara selamat. Y berkata, dia membayar RM360 bagi mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit.

“Saya meminta ganti rugi dari pusat kecantikan terbabit, namun hanya ditawarkan RM3,000 sebagai pampasan,” katanya yang tidak berpuas hati dengan tawaran itu.

Sumber: Harian Metro

Cerita di sebalik video diatas:
A woman receives large breast implants so she can become a stripper after months of doing low-level temp work and not earning enough to support her dreams of being an actress. Unbeknownst to her, the plastic surgeon who gave her the implants wasn’t licensed and the implants she got were substandard. While on a plane, the atmospheric pressure causes the implants to expand and explode, blowing out the woman’s chest and killing her. (NOTE: This is based on a similar incident that happened to a woman named Irena D. Unlike in the show, however, she survived.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: