Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Hosni Mubarak letak jawatan

>KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada pihak tentera, kata Naib Presiden, Omar Suleiman dalam kenyataan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen.

“Mengambil kira keadaan sukar yang dihadapi negara, Presiden Mohammed Hosni Mubarak membuat keputusan untuk melepaskan jawatan presiden republik dan menugaskan Majlis Agung Angkatan Bersenjata untuk mentadbir hal ehwal negara,” kata Suleiman. – AFP

Berikut adalah reaksi pemimpin dunia sebaik perletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir, sekali gus mengakhiri demonstrasi besar-besaran rakyat negara itu selama 18 hari.

Amerika Syarikat
“Rakyat sudah menyatakan hasrat mereka…suara rakyat Mesir adalah jelas semestinya demokrasi perlu dilaksanakan mulai sekarang,” kata Presiden Barack Obama. “Masih banyak kesulitan yang akan berlaku dan masih banyak persoalan belum terjawab. “Namun pihak tentera sudah menjalankan tugasnya dengan cukup patriotik dan bertanggungjawab sebagai pemerintahan sementara dan kini perlu memastikan peralihan kuasa dilakukan dengan berwibawa demi kehendak rakyat Mesir,” katanya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mahu proses peralihan kuasa di Mesir harus dilakukan dengan ‘telus, lancar dan aman’. Beliau juga mahu melihat negara itu menjalankan proses pilihan raya yang ‘bebas, adil dan berwibawa’.

Iran
“Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir atas kemenangan mereka dan kami di Iran berkongsi kegembiraan,” kata Menteri Luarnya, Ali Akbar Salehi. “Kami berharap pergerakan rakyat di Mesir akan berakhir dengan kejayaan menerusi semangat yang jitu agar mereka mencapai tuntutan dan harapan yang diingini.”

Russia
“Kami berharap dengan perkembangan terkini ini, ia boleh mengembalikan semula keamanan dan kestabilan dengan kerjaaan Mesir kembali berfungsi. Kami juga berharap bukan saja kerajaan tetapi parti pembangkang menunjukkan keikhlasan untuk menstabilkan keadaan,” kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov. – Reuters

Sumber: Berita Harian

Video tentang perletakan Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir dan diambil alih pihak tentera Mesir

Nota Dahi: Setelah rusuhan besar-besaran yang berlarutan beberapa minggu lalu dan telah mengakibatkan pelbagai kemusnahan harta benda serta kehilangan nyawa dan kecederaan, akhirnya rakyat Mesir menerima khabar gembira apabila Presiden Hosni Mubarak membuat pengumuman perletakan jawatan beliau. Keputusan itu telah memberi nafas baru pada sistem pemerintahan Mesir selepas ini dan diharapkan dapat mengembalikan keamanan di Mesir seperti sedia kala. Untuk sementara waktu, pemerintahan Mesir telah diambil alih oleh pihak tentera.

Update rusuhan di Mesir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: