Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Update terbaru rusuhan di Mesir

>KAHERAH 10 Feb. – Kerajaan Mesir semalam memberi amaran satu tindakan keras tentera mungkin diambil ketika penunjuk perasaan antikerajaan terus berleluasa dan terdapat laporan menyatakan tentera menahan dan mendera aktivis prodemokrasi.

Beratus-ratus penunjuk perasaan berarak ke Parlimen dari Dataran Tahrir semalam, sehari selepas tunjuk perasaan besar-besaran dilancarkan ketika protes terus berleluasa di seluruh negara.

Menteri Luar Ahmed Abul Gheit memberi amaran, pihak tentera yang sehingga kini masih berlembut akan campur tangan jika protes menentang pemerintahan Presiden Hosni Mubarak bertambah buruk.

“Jika huru-hara berlaku, tentera akan campur tangan untuk mengawal negara, langkah yang mungkin akan membawa kepada situasi berbahaya,” lapor agensi berita MENA yang memetik kenyataan Abul Gheit ketika ditemu bual oleh televisyen Al-Arabiya.

Kenyataan menteri itu dikeluarkan selepas Naib Presiden yang baru dilantik, Omar Suleiman memberi amaran kemungkinan ‘rampasan kuasa’ berlaku jika peralihan kuasa secara aman gagal dilakukan.

Abul Gheit turut mengecam Amerika Syarikat (AS) kerana menggesa Mesir melakukan pembaharuan segera. Sejurus selepas kenyataan itu dibuat, Washington mengulangi gesaannya sebelum ini supaya tentera Mesir terus bertahan.

Koleksi Gambar Terkini Rusuhan di Mesir
Tunjuk perasaan hari ini tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda dengan berpuluh-puluh ribu orang masih memenuhi Dataran Tahrir pada minggu ketiga protes.

Lebih kurang 1,000 orang berhimpun di Parlimen untuk menuntut anggotanya meletak jawatan dan berjanji tidak akan berganjak sehingga pembubaran dilakukan.

Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia dan penunjuk perasaan memberitahu akhbar Britain, Guardian bahawa tentera secara rahsia menahan beratus-ratus penunjuk perasaan antikerajaan dan sesetengahnya diseksa.

“Operasi mereka sangat meluas, dari mereka yang ditahan di kawasan protes, ditahan kerana melanggar perintah berkurung, melawan arahan pegawai tentera atau ditahan kerana disyaki atau kerana kelihatan seperti rakyat asing,” kata pengarah Inisiatif Mesir untuk Hak Peribadi, Hossam Bahgat, di Kaherah.

Menurut seorang lelaki, dia ditahan oleh tentera ketika mengambil bekalan ubat untuk penunjuk perasaan yang cedera di Muzium Artifak Mesir. – AFP

Sumber: Utusan Malaysia

Video Pergolakan di Mesir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: