Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Sejarah Facebook

>Ok entry kali ni tak nak cerita pasal berita terkini dah. Kali ni aku nak bercakap serba sedikit tentang Facebook. Majoriti rakyat Malaysia yang melayari internet ada mempunyai akaun Facebook masing-masing tidak kira aktif ataupun tak. Korang log in Facebook dan log out facebook setiap hari tu adakah korang tahu asal usul Facebook?

Sejak heboh berita pasal Facebook nak tutup 15 Mac nanti, makin ramai yang mengenali siapa pengasas Facebook. Tapi sebelum adanya khabar angin tu adakah korang ambil tahu pasal asal usul dari mana datangnya Facebook ni kan apatah lagi pengasas Facebook sendiri iaitu Mark Zuckerberg.

Facebook adalah sebuah laman social networking yang sangat popular buat masa sekarang yang mula dibina pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg – seorang mahasiswa University Harvard. Mark Elliot Zuckerberg atau Mark Zuckerberg dilahirkan pada 14 Mei 1984 di Dobbs Ferry, Westchester County, New York, Amerika Serikat (AS). Pada hari ini, Mark Zuckerberg telahpun berumur 26 tahun. Beliau merupakan Billionair yang termuda didunia dengan kekayaan semasa mencecah US$14 billion.

Idea penubuhan Facebook bermula ketika belajar di University Harvard dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar Harvard pada ketika itu. Pada mulanya, Mark Zuckerberg menggunakan nama facemash.com kepada laman social tersebut. Dalam masa yang begitu singkat, lebih 60% daripada pelajar Harvard telah menggunakan Facemash dan itu membuatkan Mark Zuckerberg lebih yakin untuk mengembangkan laman social tersebut.

Oleh kerana ingin menumpukan sepenuh masa kepada Facebook, Mark Zuckerberg keluar meninggalkan Harvard dan berpindah ke Palo Alto, California pada musim panas 2044 bersama teman sebiliknya di Harvard iaitu Dustin Moskovitz serta beberapa rakannya yang lain. Beliau menyewa sebuah rumah kecil untuk dijadikan pejabat rasmi Facebook pada ketika itu.

Disitulah Mark Zuckerberg telah bertemu dengan Peter Thiel iaitu pengasas Paypal. Hasilnya Peter Thiel telah bersetuju untuk memberi dana sebanyak US$500,000 seterusnya menjadi pelabur pertama Facebook. Itu membuatkan Mark Zuckerberg beralih ke pejabat yang lebih besar. Pada Ogos 2005, Mark Zuckerberg telah membeli domain www.facebook.com daripada Aboutface Corporation yang bernilai US$200,000. Pada September 2005, Facebook mula diperkenalkan khusus untuk pelajar sekolah menengah dan dalam masa 15 hari sahaja, sebahagian besar sekolah di AS telah menyertai Facebook. Pada akhir tahun 2005, Facebook telahpun berkembang ke 2,000 universiti dan 25,000 sekolah menengah di AS, Kanada, Mexico, Puerto Riko, Australia dan beberapa negara lain.

Pada April 2006, palabur pertama Facebook iaitu Peter Thiel bersama Greylock Partners dan Meritech Capital Partners telah menambah pelaburan di Facebook dengan dana sejumlah US$25 juta.

Selepas 2 tahun Facebook beroperasi, muncul pula pelbagai laman social network seperti Myspace dan TouTube yang dijual dengan harga berjuta dollar. Myspace menerima tawaran NEWS CORP. sebanyak US$580 juta manakal YouTube pula menerima tawaran sebanyak US$1.5 billion dari Google. Tapi apa yang menariknya ialah Mark Zuckerberg tidak mahu menjual Facebook walaupun telah ditawarkan oleh Google & Yahoo pada harga mencecah US$1 billion. Walaupun keputusan beliau telah mengundang pelbagai spekulasi negatif tapi dia telah membuktikan masih banyak lagi yang boleh dicapai oleh Facebook. Hasilnya selepas 3 tahun penubuhan Facebook, Mark Zuckerberg telah dinobatkan sebagai (world youngest self-made billionaire) oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai US$1.5 billion.

Sehingga kini makin ramai pelabur yang membuat pelaburan di Facebook dan yang terbaru ialah Firma Goldman Sachs sebanyak US$450 juta serta syarikat Digital Sky Technologies sebanyak US$50 juta dalam bentuk matawang. Pelaburan itu membuatkan harga semasa Facebook ketika ini sudah mencecah US$50 billion (RM153 billion). 25% daripada saham Facebook adalah milik Mark Zuckerberg sendiri.

Hasil tulisan wowberita.com

Memang tidak dinafikan penggunaan Facebook pada hari ini sangatlah penting terutamanya untuk mencari kawan lama mahupun kawan baru. Ada juga sebahagian golongan yang menggunakan Facebook sebagai tempat untuk jana pendapatan. Dalam pada itu, terdapat sebilangan yang menggunakan Facebook untuk perkara negatif seperti menyebarkan gambar lucah, menabur fitnah serta serta ugutan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan anda? Apa yang anda buat dengan Facebook? Sign up Facebook sekarang!

log in facebook dapat RM100 – cara nak dapat duit cepat yang tak masuk akal

facebook apps – teknologi inilah yang membuatkan facebook lebih diminati

facebook games – Zynga Poker memang sangat-sangat menarik dan melalaikan

facebook mobile – satu lagi kecanggihan facebook

facebook chat – menjadi daya tarikan utama facebook

Nota Dahi: Facebook merupakan laman social network yang mempunyai Intelligence yang tinggi sebabnya ia anti-spam. Kalau korang add friends melebihi 50 orang dalam sehari ataupun korang post apa saja link kat facebook profile korang banyak-banyak, confirm korang tak boleh nak sign in akaun facebook tu dan perlu verify. Itulah yang aku pernah lalui sebelum ni. Hakhakhak…Tapi kalau nak cari awek guna facebook search semata-mata tak apa la. Pssttt…domain facemash.com masih lagi available, siapa nak beli?

12 responses to “>Sejarah Facebook

  1. Myung Dae January 30, 2011 at 5:30 am

    >Waaa !! Bagus2 . Terbaik lah Mark tu . Kaye nye die . HUHU

  2. Omar Faruqi January 30, 2011 at 5:58 am

    >thanks kongsi berita bro…

  3. Tuan-Belog January 30, 2011 at 6:09 am

    >@Myung Daewat la stu social network…hehe…

  4. SyafzMagz (Yen) January 30, 2011 at 6:57 am

    >wah! siapa sangka, dengan hanya sebuah laman web, seorang remaja boleh jadi billipnair….🙂

  5. fatynadia January 30, 2011 at 3:59 pm

    >kadang2 tu mesej dengan kwn pakai fb ja tak pakai sms

  6. izzafey February 1, 2011 at 5:44 pm

    >kalo x silap aku, Mark ni org yahudi.

  7. Tuan-Belog February 2, 2011 at 4:53 pm

    >@SyafzMagz (Yen)tu la psl…klu ngan blog bleh x jadi billionair?hehe…

  8. Tuan-Belog February 2, 2011 at 4:53 pm

    >@fatynadiabtol tu…lg2 student kn mmg mudah ngan fb ni…

  9. Tuan-Belog February 2, 2011 at 4:54 pm

    >@izzafeyyup ak pn ad dengar mmber ak ckp cmtu gk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: