Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Highlight – United pamer kebangkitan menakjubkan

>BLACKPOOL – Pada satu ketika ketinggalan 0-2 pada babak pertama tetapi tiga gol dalam tempoh 16 minit di babak kedua membolehkan Manchester United mempamerkan kebangkitan menakjubkan untuk menewaskan Blackpool 3-2 dalam saingan Liga Perdana England, semalam.

Dimitar Berbatov muncul wira dengan menjaringkan dua gol manakala satu lagi gol dijaringkan Javier Hernandez sekaligus membuktikan United kini memiliki ketahanan mental yang diperlukan untuk diletakkan sebagai pilihan merangkul kejuaraan liga musim ini.

Perlu diakui Blackpool mempamerkan persembahan mantap pada babak pertama untuk mendahului 2-0 hasil jaringan Craig Cathcart dan DJ Campbell.

Namun kebangkitan United selepas itu ternyata lebih mencuri tumpuan malah menenenggelamkan sama sekali kelebihan dan sisa perjuangan yang dimiliki Blackpool itu.

Kemenangan dramatik United itu membolehkan mereka kini terus kekal berkuasa di puncak liga di samping mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 23 perlawanan musim ini.

Kebangkitan lewat yang akan diingati sampai bila-bila itu disifatkan Berbatov sebagai kekuatan dalaman United yang tidak ada pada pasukan lain.

“Kami memiliki mentaliti kental iaitu masih boleh menang walaupun ketinggalan 0-1 atau 0-2. Keyakinan itu sentiasa ada untuk membalasnya bukan satu gol tetapi lebih daripada itu.

“Memang pada babak pertama sedikit sukar buat kami kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan padang yang tidak rata dan jauh berbeza dengan Old Trafford.

“Tetapi di babak kedua, kami berjaya mengatasinya,” kata Berbatov yang kini mengukuhkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak kepada 20 gol setakat ini.

Kemasukan Hernandez menggantikan Wayne Rooney menjadi titik tolak kepada kebangkitan United semalam apabila pemain antarabangsa Mexico itu menghasilkan gol semangat yang dicari-cari.

Alex Ferguson sendiri mengakui dia kagum dengan kebangkitan yang dipamerkan anak-anak buahnya untuk membolehkan United kini memiliki kelebihan lima mata di depan Arsenal.

“Kami memang dipermainkan saja di babak pertama tetapi kemasukan Hernandez dan Ryan Giggs mengubah segala-galanya dalam sekelip mata. Kami memang berhak menang,” tegasnya. – AFP

Sumber: Kosmo

http://www.footytube.com/v/NzEzNTE=
http://www.footytube.com/v/NzE0NjI=
http://www.footytube.com/v/NzEyNzY=

One response to “>Highlight – United pamer kebangkitan menakjubkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: