Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Pelajar diserang histeria cuba terjun bangunan sekolah

>TEMERLOH 24 Jan. – Lebih 1,000 warga Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar dekat sini, gempar apabila seorang pelajar tingkatan tiga yang diserang histeria mengancam untuk terjun dari tingkat dua bangunan di sekolah itu hari ini.

Kejadian pukul 8.30 pagi tersebut berlaku ketika semua pelajar berada dalam kelas masing-masing sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan pelajar perempuan terbabit.

Pelajar itu kemudian melompat keluar dari tingkap kelasnya ke bahagian koridor sebelum berlari-lari sepanjang bangunan sambil mendepakan tangannya.

Keadaan berlarutan selama sejam itu bertambah cemas apabila pelajar terbabit menarik cermin kaca tingkap lalu membaling ke bawah bangunan.

Suasana kecoh di pekarangan sekolah itu turut menarik perhatian kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Temerloh yang terletak bersebelahan dengan sekolah berkenaan.

Pegawai Pelajaran Daerah, Mohd. Nadzri Ab. Wahab yang turut bergegas ke tempat kejadian berkata, beliau melihat pelajar itu menjilat darah pada tangannya setelah luka terkena serpihan kaca.

“Dia semakin agresif apabila membuka tudung lalu membaling ke bawah. Paling mencemaskan apabila dia berdiri di hujung koridor dengan kedua-dua kakinya hanya sedikit memijak lantai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, pihak sekolah kemudian menghubungi bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis bagi menyelamatkan pelajar terbabit.

Menurutnya, pengurusan sekolah turut bertindak menyediakan tilam yang diletakkan di aras bawah bangunan itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Saya difahamkan pelajar itu tidak tinggal di asrama tetapi bertindak demikian akibat serangan histeria.

“Keluarga pelajar terbabit turut hadir memujuknya namun tidak berhasil. Tindakan pantas pasukan penyelamat akhirnya dapat menyelamatkan pelajar itu,” jelasnya.

Mohd Nadzri berkata, kejadian histeria beberapa kali berlaku di sekolah terbabit namun kejadian hari ini paling mencemaskan.

Pelajar itu dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) manakala terdapat beberapa pelajar lain juga terkena histeria namun keadaan terkawal.

Sumber: Utusan

Nota Dahi: Histeria ni jugak berlaku kat sorang budak sekolah aku masa aku muda mudi dulu. Time ni tengah syok-syok sembang sebab cikgu tak masuk kelas. Tibe-tibe dia menjerit. Hakhakhak…Kalau tak silap aku histeria ni terjadi kebanyakan kepada perempuan yang lemah semangat dan selalu fikir yang bukan-bukan. Sebelum tu jom layan video ni yang aku jumpa kat youtube. Video ni dirakam pada tahun 2008 iaitu semasa latihan Sukma di Stadium Sultan Mizan yang runtuh tu. Jom tengok dulu yerk…

Tags: histeria, pelajar histeria, pelajar diserang histeria terjun bangunan, apakah histeria, kenapa berlaku histeria, akibat histeria, lemah semangat, fikir yang bukan-bukan, koleksi video histeria, gambar pelajar histeria, budak sekolah histeria, perempuan terkena histeria, mengenali histeria, hindari histeria, cara merawat histeria

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: