Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Highlight Liga Perdana Inggeris 22-1-2011

>LONDON: Arsene Wenger (gambar) berkata Manchester United agak “bernasib baik hingga kini” untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana Inggeris, namun beliau berasakan mereka tidak akan mula memikirkan untuk menyamai pencapaian mengagumkan Arsenal tujuh musim lalu hinggalah lima perlawanan terakhir musim.

Pengurus Arsenal itu, yang menganggap kejayaan pasukannya menjuarai liga tanpa mengalami sebarang kekalahan pada musim 2003-04 sebagai pencapaian terulungnya, berkata adalah mustahil untuk meramalkan United akan mengikut jejak langkah pasukannya itu kali ini.

Bagaimanapun apa yang beliau tidak pasti sama ada anak buah Alex Ferguson berpeluang untuk melakukannya kali ini, kerana pasukannya bersedia untuk meranapkan impian mereka.

Seorang atau dua pemain daripada skuad terhebat Wenger pernah berkata secara peribadi bahawa mereka benci jika United mampu mengekalkan rekod tanpa kalah kerana ia sedikit sebanyak akan menjejaskan apa yang mereka capai selama ini.

Arsenal akan menanti kunjungan United di Stadium Emirates pada 30 April depan, ketika musim berbaki empat perlawanan untuk ditamatkan. “Adakah anda bertanyakan saya, bolehkah mereka melakukannya?” kata Wenger.

“Pastinya, kerana mereka belum kalah lagi. Mereka agak bernasib baik hingga kini? Pastinya, tapi kita akan lihat. Saya tidak tahu lebih daripada anda. Anda benar-benar memikirkan untuk memenangi kejuaraan liga tapi dengan lima perlawanan untuk dilalui, anda mula memikirkan: ‘Oh, kami boleh menambah sesuatu terhadap kejuaraan ini. Itulah yang berlaku terhadap kami. Tapi anda tidak memikirkan mengenainya dengan berbaki 16 perlawanan lagi.” United masih memiliki 17 perlawanan untuk dimainkan dan rekod mereka selepas 21 perlawanan pertama sama dengan pencapaian Arsenal pada 2003-04; United seri sembilan kali manakala Arsenal tujuh. Lagipun, elemen tuah amat penting seperti yang diakui Wenger sendiri.

United sebelum ini bergelut beberapa kali di gelanggang lawan dan kemenangan 2-1 di West Bromwich Albion, apabila Peter Odemwingie gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-63 ketika kedudukan 1-1, mungkin mampu mengubah nasib mereka.

Arsenal hampir kalah pada September 2003 di Old Trafford tetapi penyerang United, Ruud van Nistelrooy terlepas sepakan penalti pada masa kecederaan ketika kedudukan 0-0. “Di West Brom, sebagai contoh,” kata Wenger, apabila ditanya di mana beliau menganggap United amat bernasib baik musim ini. – Agensi

Sumber: Harian Metro

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam tadi dan kedudukan terkini untuk semua pasukan. Sila klik butang play untuk melihat highlight perlawanan yang berlangsung semalam.



http://www.footytube.com/v/NzA5NTY=
http://www.footytube.com/v/NzA5NTk=
http://www.footytube.com/v/NzEwMjc=
http://www.footytube.com/v/NzA5ODY=

Tags: Liga Perdana Inggeris, keputusan penuh Liga Perdana Inggeris, pasukan Liga Perdana Inggeris, highlight penuh Liga Perdana Inggeris, tengok Liga Perdana Inggeris online, kedudukan pasukan dalam Liga Perdana Inggeris, keputusan terbaru Liga Perdana Inggeris, blog Liga Perdana Inggeris, tengok epl, epl 2010 2011, manchester united Liga Perdana Inggeris, arsenal Liga Perdana Inggeris, chelsea Liga Perdana Inggeris, manchester city Liga Perdana Inggeris, liverpool Liga Perdana Inggeris, tottenham hotspurs Liga Perdana Inggeris, newcastle united Liga Perdana Inggeris, biodata pasukan Liga Perdana Inggeris, jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris, Liga Perdana Inggeris fantasy football facebook

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: