Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Keputusan penuh Liga Perdana Inggeris 16-1-2011

>Mancini Puji Tevez. Manchester City Menang 4-3.

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini memuji kapten pasukan Carlos Tevez selepas dua golnya berjaya membawa City ke takhta Liga Perdana Inggeris.

Pada pertemuan menghiburkan di Eastlands, jaringan berganda Tevez, selain gol pemain adik beradik, Kolo dan Yaya Toure, memastikan anak buah Mancini bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Wolves, 4-3.

Kemenangan itu membolehkan mereka memintas pasukan setempat, Manchester United di kemuncak Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan ketujuh di laman sendiri musim ini.

Anak buah Mick McCarthy bermula cemerlang untuk mendahului permainan seawal minit ke-12 menerusi jaringan jarak dekat Nenad Milijas.

Bagaimanapun, jaringan Kolo Toure sebelum tamat babak pertama diikuti dua gol hebat daripada Tevez, menerusi rembatan dan tandukan membolehkan City menguasai permainan.

Satu lagi jaringan dari Yaya menjadikan City selesa biarpun penalti Kevin Doyle dan tandukan dari Ronald Zubar menghidupkan harapan Wolves tetapi mereka gagal pulang dengan keputusan seri.

“Saya bangga dengannya kerana dia menjaringkan dua gol hebat dan melakukannya dengan sempurna, yang pertama cukup menakjubkan,” kata Mancini mengenai Tevez yang mengejutkan kelab itu bulan lalu apabila memohon untuk berpindah ke kelab lain sebelum membatalkan hasratnya.

“Saya fikir ia perlawanan sukar dan itulah yang saya katakan kepada pemain. Pada awalnya permainan kami begitu sederhana dan Wolves memberi tekanan, menimbulkan masalah tetapi akhirnya berjaya menjaringkan gol dan mempunyai tiga atau empat peluang lagi berbuat demikian.

“Bagaimanapun, saya fikir kami hilang tumpuan pada akhir perlawanan kerana fikir sudah cukup selesa tetapi sebenarnya perlawanan belum berakhir,” katanya.

Mancini membelanjakan $27 juta (RM131.1 juta) untuk mendapatkan Edin Dzeko yang beraksi buat kali pertama selepas berpindah dari Wolfsburg dan biarpun permainannya belum cukup mantap, Mancini puas hati prestasi pemain Bosnia itu.

“Dia bermain dengan baik,” katanya. “Ini perlawanan pertamanya dalam tempoh 30 hari tetapi dia bermain dengan baik.

“Dia perlu memperbaiki mutu permainan dan bekerja keras tetapi saya fikir dia membuktikan keupayaannya.

“Kami gembira dengan keputusan ini dan saya gembira dengan penyokong kerana mereka berhak meraikan kejayaan ini tetapi musim ini masih panjang dan kami perlu segera memperbaiki permainan kerana tidak boleh melakukan kesilapan sama pada 10 minit terakhir,” katanya. – AFP

Van Persie menjadi. Arsenal Menang 3-0.

LONDON: Robin van Persie menjaringkan dua gol dan mencipta satu lagi jaringan ketika membantu Arsenal menewaskan West Ham 3-0, awal pagi semalam sekali gus membuatkan masa depan Avram Grant semakin terancam.

Tendangan lencong Van Persie pada minit ke-13 menghasilkan gol pendahuluan Arsenal dan menjaringkan gol kedua menerusi penalti pada minit ke-77 selepas Wayne Bridge yang menyarung jersi West Ham buat pertama kali menjatuhkan Theo Walcott. Walcott menggegar jaring pada minit ke-41 hasil hantaran lintang Van Persie.

Arsenal bagaimanapun kekal menghuni tangga ketiga, dua mata di belakang pendahulu sementara, Manchester City tetapi beraksi kurang satu perlawanan. Manchester United mengumpul lebih satu mata berbanding Arsenal tetapi beraksi kurang dua perlawanan.

“Kami tidak mahu memikirkan pasukan lain sebaliknya menumpukan perhatian kepada aksi sendiri,” kata Walcott. “Kami gembira dengan kedudukan ini tapi perlu berusaha lebih keras dan bermain dengan baik.” Grant sepatutnya sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong West Ham selepas perlawanan itu dan beliau dilihat bersalaman dengan pemain ketika meninggalkan padang sebelum bertepuk tangan kepada penyokong dan melemparkan selendang biru yang dipakainya ke tempat duduk penonton.

Grant mula mengendali West Ham sejak awal musim tetapi kelab itu hanya mampu memenangi empat perlawanan liga setakat ini. -AP

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang berlangsung semalam dan kelmarin. Scroll sampai bawah untuk tengok highlight penuh beberapa perlawanan menarik.


http://www.footytube.com/v/NzA1MjY=
http://www.footytube.com/v/NzA1MTk=
http://www.footytube.com/v/NzAzODQ=
http://www.footytube.com/v/NzAzODA=
http://www.footytube.com/v/NzAzOTk=

Tags: Liga Perdana Inggeris, keputusan penuh Liga Perdana Inggeris, pasukan Liga Perdana Inggeris, highlight penuh Liga Perdana Inggeris, tengok Liga Perdana Inggeris online, kedudukan pasukan dalam Liga Perdana Inggeris, keputusan terbaru Liga Perdana Inggeris, blog Liga Perdana Inggeris, tengok epl, epl 2010 2011, manchester united Liga Perdana Inggeris, arsenal Liga Perdana Inggeris, chelsea Liga Perdana Inggeris, manchester city Liga Perdana Inggeris, liverpool Liga Perdana Inggeris, tottenham hotspurs Liga Perdana Inggeris, newcastle united Liga Perdana Inggeris, biodata pasukan Liga Perdana Inggeris, jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris, Liga Perdana Inggeris fantasy football facebook

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: