Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Rabecca Nur Islam, Nor Azam selamat diijabkabul

>KUALA LUMPUR: Aktres jelita, Rabecca Nur Al Islam Ahmad, 24, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nor Azam Sulaiman, 42, yang juga seorang peguam dan ahli perniagaan di kediaman pelakon itu di Sering Ukay, Ukay Perdana, dekat sini selepas solat Isyak malam tadi.

Dengan sekali lafaz, aktres yang bakal muncul dengan filem terbarunya Keramat, sah bergelar isteri berwali bapanya, Ahmad Ariffin, 69. Hadir sama Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Al-Ridhuan, Ulu Kelang, Muhammad Ibrahim yang bertindak sebagai jurunikah pasangan berkenaan.


Rabecca menerima mas kahwin RM333.33, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Difahamkan, Rabecca turut menerima sebuah rumah sebagai hantaran istimewa daripada suaminya. Pihak lelaki menyediakan 13 dulang hantaran dibalas 15 daripada pihak perempuan.

Pelakon itu yang kelihatan cukup anggun dalam persalinan rekaan Calvin Thoo, memilih Wawa dari Cleo Studio sebagai perancang perkahwinannya. Terdahulu pada sebelah pagi turut diadakan majlis tahlil, diikuti khatam al-Quran, seterusnya akad nikah. Pasangan berkenaan turut bertunang sebelum majlis akad nikah.

Majlis persandingan Rabecca dan Nor Azam akan diadakan di Grand Ballroom, Hotel Flamingo, Jalan Ulu Kelang, Ampang, malam ini, diikuti majlis resepsi di Menara Kuala Lumpur, malam esok. Pasangan pengantin baru itu turut merancang berbulan madu di London, 14 Februari depan.

Rabecca yang juga ibu angkat kepada Nor Adam Daniel, 3, mengenali Nor Azam, duda beranak dua sejak tiga tahun lalu sebelum mengambil keputusan menerimanya sebagai bakal suami. Pengumuman tarikh pernikahan mereka dibuat melalui satu sidang media di Butik Chopard, Kuala Lumpur City Centre, baru-baru ini.

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Akhirnya kahwin jugak artis yang tidak kurang dengan kontroversi ni. Nama memang best je tapi suka sangat pakai sexy. Apa yang best sangat pakai pakaian yang tak cukup kain ni? Aku pun tak paham pompuan ni. Ni aku sajikan untuk korang gambar-gambar berdarah hidung Rabecca Nur Islam ni. Selamat melayang sahaja.





Tags: Rabecca Nur Islam, Rabecca Nur Islam sexy, gambar sexy Rabecca Nur Islam, pakaian baju Rabecca Nur Islam terdedah, Rabecca Nur Islam pakai baju tak cukup kain, kontroversi Rabecca Nur Islam, Rabecca Nur Islam kahwin duda anak dua, gambar perkahwinan Rabecca Nur Islam, mas kahwin Rabecca Nur Islam, gambar seksi Rabecca Nur Islam berdarah hidung, tubuh Rabecca Nur Islam menggiurkan, gambar terbaru Rabecca Nur Islam, imej terbaru Rabecca Nur Islam, berita terkini Rabecca Nur Islam, umur Rabecca Nur Islam, biodata Rabecca Nur Islam, biodata suami Rabecca Nur Islam, artis paling sexy, tarikh Rabecca Nur Islam kahwin, gosip Rabecca Nur Islam dengan nor azam, kediaman rumah Rabecca Nur Islam, anak Rabecca Nur Islam, anak angkat Rabecca Nur Islam, siapa Rabecca Nur Islam, koleksi gambar Rabecca Nur Islam, video perkahwinan Rabecca Nur Islam, Rabecca Nur Islam sanding, majlis perkahwinan Rabecca Nur Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: