Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Formula 1 litar Sepang bermula 8 April

>KUALA LUMPUR: Perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Malaysia Petronas 2011 pada 8 hingga 11 April depan dijangka menjadi tarikan utama peminat tempatan berikutan kehadiran tiga pasukan F1 yang membawa Jalur Gemilang.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata, tiga pasukan yang mempunyai kepentingan negara dengan masing-masing menjadikan pusingan Sepang sebagai gelanggang Grand Prix sendiri iaitu pasukan Mercedes GP Petronas, Lotus Renault dan Team Lotus.

“Selain penajaan pasukan Mercedes GP, Petronas sekali lagi menjadi penaja utama untuk acara itu. Pasukan Lotus Renault mendapat sokongan kumpulan Proton dan Lotus manakala pasukan Lotus mempunyai sokongan Datuk Seri Tony Fernandes dan kumpulannya, Tune Group.” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Musim F1 2011 kali ini menyaksikan sejarah apabila tujuh daripada 20 pusingan kejohanan musim ini diadakan di Asia termasuk perlumbaan pembukaan di Bahrain dari 11 hingga 13 Mac ini.

Bagi GP Malaysia edisi ke-13 tahun ini, SIC berharap untuk menarik kira-kira 100,000 penonton dengan menawarkan potongan harga tiket 50 peratus bagi membolehkan peminat tempatan menyaksikan perlumbaan di Litar SIC.

“Ini adalah cara khas untuk kami menyambut edisi ke-13 perlumbaan GP Malaysia. Jadi, tahun ini kami menawarkan harga tiket paling berpatutan untuk peminat menikmati perlumbaan. Jika anda membeli sekarang, anda mungkin mendapatkan tiket serendah RM30,” katanya.

Katanya, tiket promosi berharga RM30 dijual untuk bahagian ‘Hill Stands’ K2, C1 dan C3 kepada peminat yang membelinya sebelum akhir bulan ini.

Razlan berkata, kempen promosi SIC secara lebih agresif akan bermula dengan Karnival F1 selama sebulan mulai Mac ini dan beberapa program khas lain akan diumumkan kemudian.

Selain itu, katanya, Petronas, Proton dan Tune Group akan mengadakan program masing-masing bagi mengambil kesempatan pada perlumbaan di gelanggang sendiri di Sepang. – BERNAMA.

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Perghhh…Tiket RM30 je bleh tengok F1 dah. Murah giler tahun ni. Kalau tahun lepas-lepas paling murah pun RM50. Rasa macam nak pegi tengok je. Ada orang nak teman aku tengok F1 tak April ni? Kalau ada bleh la tinggalkan komen kat bawah yerk. Kehkehkeh…Ok kat bawah ni ada beberapa video menarik pasal F1 yang aku sedut dari youtube. Selamat menonton la yerk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: