Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>6 pemain Terengganu dapat durian runtuh

>ENAM pemain bola sepak anak jati Terengganu yang membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki menerima anugerah daripada Kerajaan Negeri semalam. Anugerah yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said itu berbentuk satu lot tanah dan wang tunai RM5,000 seorang.

Pemain itu ialah Mohd Sarbini Alawee Ramli, Mohd Ashaari Shamsuddin, Mohd Muslim Ahmad, Izzat Faris Ramlan, Mohd Faizal Mohamad dan Norshahrul Idlan Talaha.

Ahmad berkata, kerajaan negeri sentiasa memberikan komitmen kepada atlet dan berharap lebih ramai lagi anak jati Terengganu berjaya pada masa depan. Ahmad turut menasihati pemain yang akan mewakili Terengganu dalam pertandingan Liga Malaysia supaya lebih berdisiplin dan tidak bersikap mudah berpuas hati dengan pencapaian mereka untuk memastikan negeri itu mampu muncul sebagai satu kuasa baru dalam sukan bola sepak.

“Saya minta pihak pengurusan tidak berkompromi dengan pemain yang tidak berdisiplin ini dan bertindak tegas terhadap mereka, tanpa mengira status,” katanya selepas majlis penghargaan kepada pemain Terengganu yang mewakili Terengganu dalam Piala Suzuki AFF dan majlis menandatangani kontrak dua pasukan Terengganu.

Ahmad berkata antara langkah yang boleh diambil termasuk memperkenalkan sistem potong elaun atau gaji terhadap pemain-pemain yang ponteng latihan atau sengaja mencari masalah sewaktu perlawanan sehingga dilayangkan kad merah atau kuning.

Beliau turut melahirkan harapan untuk melihat kedua-dua pasukan Terengganu itu membawa pulang satu daripada piala dipertandingkan bagi mengakhiri penantian lebih 10 tahun untuk menjadi juara.

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Pergghhh…kaya la pemain Terengganu yang dapat habuan tu. Ok lah kepada korang yang tidak berpeluang nak tengok live perlawanan bolasepak final Piala Suzuki hari tu, aku bawakan khas untuk korang tengok online kat entry ni. Nak download sekali pun boleh. Kenapa dah tak dengar berita pasal Khairul Fahmi dan awek beliau tu yerk? Hakhakhak…

One response to “>6 pemain Terengganu dapat durian runtuh

  1. Gayahspears January 13, 2011 at 4:23 am

    >rezeki dorang..tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu kan??hihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: