Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Kemenangan Ana Rafalli – Tolong Ingatkan Aku dipertikaikan

>RAMAI penonton mungkin beranggapan lagu popular seperti Hanyut nyanyian Faizal Tahir atau Cinta Sempurna (Yuna) diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kelmarin.

Namun, jangkaan peminat setia Faizal meleset apabila lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Raffali diumumkan sebagai juara. Keputusan itu dianggap cukup mengejutkan kerana Ana bukan calon pilihan ramai hingga mencetuskan pertanyaan ramai. Komposer dan penyanyi M Nasir selaku ketua juri, diasak pelbagai soalan media ketika sidang media diadakan sejurus selepas majlis anugerah berakhir.

Faizal yang memberi persembahan bertenaga termasuk gimik lemas di pentas, mendapat sorakan gemuruh penonton tetapi hanya berpuas hati apabila dipilih juri profesional menang Persembahan Terbaik yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

Tentu sukar bagi Ana yang pertama kali berentap di AJL dan mencatat kejayaan besar tetapi kemenangannya dipertikaikan pula. Apatah lagi Ana bukan saja penyanyi lagu itu tetapi juga pencipta dan penulis lirik sekali gus membolot seorang hadiah wang tunai sebanyak RM35,000 bersama tiga trofi.

Kejayaan gadis bernama Ana Nur Hidayah Mohd Raffali ini juga meneruskan kehebatan artis Indie selepas kejayaan Estranged dengan Itu Kamu pada AJL22, Meet Uncle Hussein (Lagu Untukmu) yang juga mempertaruhkan lagu sendiri sebagaimana Ana, manakala tahun lalu kejayaan milik Pete Teo melalui lagu dari soundtrack filem Talentime, Pergi yang disampaikan Aizat Amdan.


Bagi pemain gitar MUH, Taja mewakili anggota kumpulannya berkongsi kemenangan bersama Black di tempat kedua yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000. Kejayaan MUH menerusi lagu Drama King ciptaan Taja bersama Tun Teja menewaskan kumpulan indie lain yang bertanding seperti A.P.I menerusi lagu Pelita, Bunkface (Extravaganza) dan Hujan (Mencari Konklusi).

“Kemenangan ini memberi semangat pada MUH untuk teruskan perjuangan dalam bidang muzik. Mungkin selepas ini kami mahu melakukan eksperimen terhadap genre lain seperti irama tradisional.

“Memang ramai yang kata, lagu ini berbentuk sindiran tetapi ia bergantung pada persepsi masing-masing. Bagi saya, ia tidak mempunyai kaitan dengan kisah MUH sebelum ini,” katanya. Faizal pula positif dan terbuka dalam menerima keputusan juri. Katanya, persoalan mengenai penyanyi menang atau kalah sudah menjadi lumrah dalam pertandingan tetapi seharusnya kegembiraan dikongsi semua artis yang bertanding.

“Sebolehnya, saya berharap lagu itu menyentuh jiwa dan saya tetap gembira dengan persembahan saya sendiri walaupun tidak menjadi juara.

“Di kesempatan ini, saya juga mahu memberi penghargaan pada produksi AJL25 yang boleh dikatakan terbaik dalam penganjuran AJl selama ini,” katanya.

Ana Raffali
NAMA: Ana Nur Hidayah Mohd Raffali
NAMA KOMERSIAL: Ana Raffali
TARIKH LAHIR: 4 November 1985
USIA: 25 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
STATUS: Bujang
KERJAYA: Komposer, penulis lirik dan penyanyi
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor
ALBUM: Ana Raffali – Ketika Aku Kecil (2010)
PENGACARAAN: Spektrum U, RTM pada 2004 dan 2005 sebanyak dua musim
DRAMA: Gerak Khas dan Roda-Roda Kuala Lumpur

Hafiz
NAMA: Mohd Hafiz Mohd Suip
NAMA KOMERSIAL: Hafiz
TARIKH LAHIR: 27 Februari 1990
USIA: 20 tahun
ASAL: Kuching, Sarawak
STATUS: Bujang
KERJAYA: Penyanyi dan pelakon
ALBUM: Masih Jelas (2009)
PENCAPAIAN: Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7)
TEATER: Kita (2010)

Sumber: Harian Metro

Senarai lagu yang dipertaruhkan dalam AJL25. Jom download!

1. Yuna – Cinta Sempurna
2. Tomok – Berlari
3. A.P.I – Pelita
4. Shahir – Kebahagian Dalam Perpisahan
5. Meet Uncle Hussain ft Black – Drama King
6. Hafiz – Nokhtah Cinta
7. Ana Raffali – Tolog Ingatkan Aku
8. Faizal Tahir – Selamat Malam
9. Adira – Ku Ada Kamu
10. Bunkface – Exravaganza
11. Black – Sofea Jane
12. Faizal Tahir – Hanyut
13. Stacy – Jahat
14. Hujan – Mencari Konklusi

Nota Dahi: Download la sepuas hati korang yerk lagu-lagu ni. Klik untuk tengok keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 25.

Tags: ajl25, download lagu ajl25, anugerah juara lagu 25, ajl25 2011, ana rafalli menang, faizal tahir, hafiz af7, ana rafalli juara lagu, tolong ingatkan aku ana rafalli lagu, download lagu ana rafalli percuma, download lagu mediafire, yuna, cinta sempurna, meet uncle hussein, ajl25 bukit jalil, layan video ajl25, bunkface, siti nurhaliza juara lagu ajl25, hujan mencari konklusi, juara RM35000, download lagu tomok, mp3 ana rafalli percuma, biodata ana rafalli, biodata hafiz af7, gambar artis ajl25, gambar penyanyi ajl25, lagu ana rafalli tak layak, kemenangan ana rafalli dipertikaikan, lagu ana rafalli tak best, facebook ana rafalli, blog ana rafalli, dengar lagu ajl25, lagu terbaik ajl25, juri ajl25 tak adil, persembahan ajl25, gimik ajl25, pengacara ajl25, faizal ismail, cheryl samad, persembahan terbaik ajl25, lagu terbaik ajl25, vokal terbaik ajl25,naib juara ajl25, tempat ketiga ajl25, disebalik ajl25, red carpet ajl25, artis melaram ajl25, malam ajl25

4 responses to “>Kemenangan Ana Rafalli – Tolong Ingatkan Aku dipertikaikan

  1. Siti Safiyyah January 11, 2011 at 4:01 am

    >hehe, kesian dia..takpelah, dah rezeki dia.. :)eh awak, betul la awak cakap pasal up trafik tu..cek td byk gak yg masuk blog saya melalui entry 5 blog paling menarik tu..hehe, thanks awak..đŸ™‚

  2. Tuan-Belog January 11, 2011 at 4:19 am

    >@Siti Safiyyahhehe…welcome…xde hal punya…skang xleh nk publish lg siri 2 sbb review xckup…hakhakhak…tp sy xksh pn…atas usaha masin2..anyway congrate la yerk…

  3. ammboi.blogspot January 11, 2011 at 8:42 am

    >lagu dia memang best la bro…'mungkin bagi sesetengah fahaman mereka rasa penangan ana raffali ni masih belum memadai untuk menang..try baca lirik lagu dia…konfom kita sendiri pun fikir beliau memang layak menang…

  4. Tuan-Belog January 11, 2011 at 8:55 am

    >@ammboi.blogspotmnt ana rafalli nmpknya bro…haha…aku lyn2 gtu2 je ajl bru ni…tp ada btol apa ko kate tu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: