Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Mangsa asid selamat jalani pembedahan

>KUALA TERENGGANU – Kanak-kanak mangsa asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, selamat menjalani pembedahan wajah selama kira-kira lima setengah jam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Pembedahan membuang parut dan menampal kulit muka itu diketuai Pakar Perunding Pembedahan Plastik, Dr. Najiha Syarida Zakaria dengan dibantu beberapa pembantu perubatan hospital berkenaan.

Menurut ibu kanak-kanak itu, Che Ku Huzaimah Che Ku Awang, 29, anaknya dimasukkan ke bilik pembedahan pada pukul 12.30 tengah hari dan dibawa keluar kira-kira pukul 6 petang.

“Alhamdulillah semuanya selamat namun buat masa sekarang, Lin (nama panggilan Nurul) dalam keadaan separuh sedar kesan ubat bius.

“Tetapi dia ada beritahu dia rasa sakit dan merengek bila jururawat nak masukkan ubat,” katanya yang bimbang melihat keadaan Lin menahan kesakitan ketika ditemui di HSNZ semalam.

Sumber: Kosmo

KUALA TERENGGANU: Selepas sekian lama menanti, mangsa simbahan asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, selamat menjalani pembedahan wajah di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.

Kejayaan pembedahan itu disambut dengan linangan air mata ibunya, Che Ku Huzaimah Che Ku Awang, 29, yang ditemui di pekarangan hospital kira-kira sejam selepas anaknya dibawa keluar dari bilik pembedahan pada jam 6 petang.

Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, selamat menjalani pembedahan membuang parut dan menampal kulit muka diketuai Pakar Perunding Pembedahan Plastik, Dr Najiha Syarida Zakaria dengan dibantu beberapa pembantu perubatan hospital berkenaan.

Che Ku Huzaimah berkata, anaknya dimasukkan ke bilik pembedahan kira-kira jam 12.30 tengah hari dan dibawa keluar pada jam 6 petang.

“Tiada apa yang dapat saya katakan kecuali mengucap kesyukuran dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu sejak penderitaan kami disiarkan.

“Alhamdulillah, semuanya selamat namun buat masa sekarang Lin (nama panggilan Nurul) dalam keadaan separuh sedar kesan ubat bius,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, sejak keluar dari bilik bedah semalam, anaknya memberitahu dia berasa sakit dan sesekali merengek.

“Memang sedih melihat keadaannya tetapi dalam masa sama saya gembira kerana semuanya selamat dan berharap semuanya berjalan lancar,” katanya.

Harian Metro 16 Ogos lalu melaporkan mangsa cedera teruk pada wajah dan bahagian badan terkena simbahan asid oleh bapa sendiri di rumah mereka di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu.

Turut mengalami kecederaan dalam insiden jam 1.45 pagi itu ialah Che Ku Huzaimah, Muhammad Irfan Firdaus, 3, serta neneknya, Minah Omar, 57.

Che Ku Huzaimah berkata, selepas menjalani pembedahan, anaknya dimasukkan ke wad kebakaran dan doktor masih memantau tahap kesihatannya itu bagi memastikan tidak berlaku sebarang komplikasi selepas pembedahan.

Difahamkan, pembedahan kanak-kanak itu membabitkan pengambilan kulit paha kanan mangsa yang ditampal pada parut di kiri mukanya.

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Kesian betul budak tu kan? Umur baru 9 tahun dah jadi macam tu. Memang tak berhati perut langsung la bapa budak tu. Sanggup buat anak sendiri macam tu.

One response to “>Mangsa asid selamat jalani pembedahan

  1. iris January 10, 2011 at 1:38 am

    >mmg x berati perut lah bapak dia..apalah salah budak kecik tu ciann…..moga semua nyer ok nanti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: