Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Kecoh Facebook akan ditutup 15 Mac depan

>PALO ALTO, California – Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: “Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak.”

“Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya,” kata @jjelksboss melalui Twitternya.

Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: “Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?”

Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.

Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

“Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini,” jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: “Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik.”


MARK ZUCKERBERG

“Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik,” kata Zuckerberg.

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

“Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup,” jelas Humarthi.

Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.

Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. – Agensi

Sumber: Kosmo

Nota Dahi: Boleh korang bayangkan apa akan jadi kat diri korang kalau facebook ditutup? Aku rasa semua orang akan beralih ke blogging plak pasni. Meh layan survey kat bawah ni. Tapi aku harap tak tutup la yerk. Ramai awek-awek cun dalam facebook aku tu. Hakhakhak…

Tags: facebook, apakah facebook, pengasas facebook, facebook mark zuckerberg, facebook ditutup, facebook tutup 15 mac, khabar angin facebook ditutup, tutup facebook, demam facebook, akaun facebook, hack facebook, delete akaun facebook, perkara facebook, adab facebook, jom facebook, game facebook, poker facebook, farmville facebook, mafia wars facebook, template baru facebook, daftar facebook, spekulasi facebook, facebook ditutup, pengasas facebook bankrup, mark zuckerberg biodata, rahsia facebook, facebook buat duit, mark zuckerberg tertekan, berita facebook ditutup, facebook 15 mac, nama facebook, sejarah facebook, kekayaan mark zuckerberg, layan facebook, main facebook, bunuh orang dengan facebook, facebook membunuh, kesan facebook, facebook best, cari rakan facebook, harta pengasas facebook, harta mark zuckerberg, mark billionaire, pekerja baru facebook, facebook bankrup, tengok facebook, pengasas mypsace, pengasas friendster, keperluan facebook, video facebook, temubual mark zuckerberg, asal usul facebook, berita tentang facebook, kecoh facebook tutup, berita terbaru facebook, jangan main facebook, hukum main facebook, hukum game facebook, judi facebook, scandal facebook, blog facebook, facebook seo, iklan facebook, traffic facebook, ranking alexa facebook, nilai semasa facebook, harga terkini facebook, pembeli facebook, pemilik facebook, facebook malaysia, kekayaan mark zuckerberg, sejarah mark zuckerberg, gambar mark zuckerberg, gambar terbaru pengasas facebook

One response to “>Kecoh Facebook akan ditutup 15 Mac depan

  1. iris January 10, 2011 at 2:21 am

    >eloklah ditutup aje… bagus lah tu harap2 betul citer ni bknnyer gimmick

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: