Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Kena kafan untuk buang saka

>PEKAN: Niatnya mahu membuang saka yang dipercayai berada dalam badan ibu, namun cara rawatan dikendalikan seorang pengamal perubatan tradisional tidak memuaskan hati keluarga itu apabila bertindak mengkafankan wanita warga emas itu seperti jenazah.

Dalam kejadian di Kampung Nenasi, dekat sini, Sabtu lalu, seorang ahli keluarga itu datang bersama pengamal perubatan terbabit yang dibawa dari Kuantan dengan tujuan membuang saka pada badan ibunya yang berusia 60 tahun.

Ketika proses rawatan, anak perempuan warga emas itu yang menyaksikannya terkedu apabila melihat ibunya dikafankan seperti jenazah menyebabkan wanita warga emas itu hampir lemas.

Melihat keadaan ibunya diperlakukan sedemikian, wanita terbabit kemudian mengarahkan pengamal perubatan tradisional itu berhenti melakukan upacara berkenaan kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

Difahamkan, pengamal perubatan tradisional berusia lingkungan 50-an itu terpaksa akur dengan permintaan anak perempuan mangsa yang meminta menghentikan upacara berkenaan.

Bagaimanapun, anak perempuan mangsa dan pengamal perubatan itu masing-masing membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Nenasi, dekat sini, kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Yahaya Othman (gambar), ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Kedua-dua pihak terbabit membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana bimbang berlaku sesuatu perkara selepas upacara membuang saka pada badan wanita warga emas itu dihentikan.

“Bagaimanapun, polis tidak membuka kertas siasatan dan kes berkenaan dianggap selesai,” katanya.

Nota Dahi: Kadang-kadang pengamal perubatan ni ada yang boleh dipercayai tapi ada jugak yang tidak masuk akal. Contohnya macam kejadian kat atas tu la. Kalau aku pun memang aku suruh stop je. Korang macamana? Percaya ke kat ilmu perubatan tradisional ni? Kalau tanya aku memang aku percaya sebab mak sedara aku pun pandai berubat orang. Tapi kalau dah nak main kapan-kapan ni sape yang nak pecaya kan?

Nota Anak Dahi: Aku ada jugak sorang member yang ada saka ni. Tapi lama dah la. Sekarang ni lama tak jumpa dah. Member aku yang lain cite, tengah syok jalan-jalan ngan die ni selamba je dia cakap ‘benda’ tu ngah lepak-lepak kat atas moto. Perggghhh…sape tak gugur bulu betis kalau cakap camtu beb. Hakhakhak…

3 responses to “>Kena kafan untuk buang saka

  1. PuanBee January 5, 2011 at 7:13 am

    >aiyarkk guna al-quran jer bee percaya lain tak…huh

  2. one2paii January 5, 2011 at 8:52 am

    >ha amik..nak sangat ,jumpe uztaz jerk kan senang..nape x selidik jerk latar belakang bomoh2 tuh..choii..silap silap

  3. Tuan-Belog January 5, 2011 at 9:13 am

    >@one2paiibtol2…watpe nk pecaya kt bomoh mcm ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: