Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Hernandez pencabar utama posisi Rooney

>MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menegaskan Wayne Rooney bakal berdepan masalah. Ini kerana, Ferguson menghadapi kesukaran untuk mengetepikan Javier Hernandez yang ketika ini berada pada prestasi terbaik.

Hernandez atau nama gelarannya Chicharito serta Nani menjaringkan gol buat United ketika menewaskan Stoke City 2-1 di Old Trafford awal pagi semalam.

Kemenangan itu terus meletakkan skuad Red Devils di tangga teratas Liga Perdana England dengan tiga mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City.

“Sudah tentu sukar untuk saya mengetepikan Chicharito selepas ini. Ia pasti menjadi masalah buat saya dan sejak beberapa tahun lalu posisi penyerang sentiasa menyukarkan saya membuat pilihan.

“Tapi jika Chicharito kekal konsisten menjaringkan gol, ia tidak akan memberi masalah kepada saya,” kata Ferguson.

Jaringan pada awal pagi semalam merupakan gol kesembilan Chicharito untuk musim ini berbanding Rooney yang hanya meledak tiga gol setakat ini.

Rooney telah mengalami kecederaan buku lali pada minggu lalu dan akan menyebabkan dia terlepas aksi Piala FA menentang Liverpool pada hujung minggu ini.

“Sejarah telah menunjukkan bahawa kami akan beraksi lebih baik pada babak kedua musim dan kami akan mengungguli perlawanan-perlawanan penting,” jelas Ferguson.

United kini masih mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang musim ini tetapi mereka tetap dikritik kerana dikatakan tidak bermain dengan cantik.

“Kamu boleh lihat banyak statistik. Tapi lihat kepada rekod kami di laman sendiri. Beberapa perlawanan menyaksikan kami tampil dengan cukup bergaya.

“Kami perlu mengetepikan segala kritikan tersebut dan memberi sepenuh fokus terhadap sasaran kami iaitu untuk menjuarai liga,” tegas Ferguson.

Pada aksi awal pagi semalam, Chicharito meletakkan United di hadapan pada minit ke-27 sebelum Stoke menyamakan kedudukan menerusi Dean Whitehead pada minit ke-50.

Namun Nani memastikan tiga mata penuh milik United menerusi gol kemenangan pada minit ke-62. – Agensi

Sumber: Kosmo

Nota Dahi: Nasib baik menang gak 2-1 lawan Stoke City kelmarin. Hakhakhak…Jom tengok highlight kat bawah ni.

http://www.footytube.com/v/NjkzNjk=

Tags: Liga Perdana Inggeris, keputusan penuh Liga Perdana Inggeris, pasukan Liga Perdana Inggeris, highlight penuh Liga Perdana Inggeris, tengok Liga Perdana Inggeris online, kedudukan pasukan dalam Liga Perdana Inggeris, keputusan terbaru Liga Perdana Inggeris, blog Liga Perdana Inggeris, tengok epl, epl 2010 2011, manchester united Liga Perdana Inggeris, arsenal Liga Perdana Inggeris, chelsea Liga Perdana Inggeris, manchester city Liga Perdana Inggeris, liverpool Liga Perdana Inggeris, tottenham hotspurs Liga Perdana Inggeris, newcastle united Liga Perdana Inggeris, biodata pasukan Liga Perdana Inggeris, jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris, Liga Perdana Inggeris fantasy football facebook

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: