Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>183 pelajar mandi peluh ketika belajar

>Kabin zink terpaksa dijadikan kelas sementara

JOHOR BAHRU: Seramai 183 pelajar Sekolah Seni Johor Bahru (SSeJB) di sini, terpaksa belajar dalam keadaan berpeluh dan tidak selesa setiap hari kerana ditempatkan dalam lapan kabin yang dijadikan kelas sementara di tempat letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid dekat sini.

Keadaan itu dilalui pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat sejak kelas kabin itu digunakan mulai Januari tahun lalu. Kelas kabin terbabit terpaksa digunakan bagi menampung kekurangan kelas memandangkan SSeJB menumpang di sekolah itu sejak 2006.
Tinjauan Berita Harian mendapati, bahang kabin yang digunakan pelajar sejak setahun lalu lebih terasa kerana silingnya rendah selain dinding dan siling diperbuat daripada zink.
Difahamkan, pelajar SSeJB terpaksa menggunakan kelas kabin sehingga bangunan sekolah siap tahun ini, namun wujud masalah status tapak sekolah terbabit di Seri Alam, menyebabkan pembangunan sekolah belum bermula.

Pelajar Tingkatan Tiga, Amirul Muaz, 14, yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor, berkata kesejukan pada pagi boleh menyebabkan badan menggigil tetapi bermula 11.30 pagi hingga 2.15 petang, kabin berkenaan terasa bahang walaupun setiap kabin dilengkapi lapan kipas.

“Kami boleh menahan panas, bagaimanapun kasihan apabila melihat guru mengandung bermandikan peluh kerana terlalu panas. Kami tidak pernah mengadu, namun sering menyatakan rasa bahang panas sesama sendiri,” katanya.

Pelajar Tingkatan Dua, Mohd Shahfik Abdul Aziz, dari Puncak Alam, Kuala Selangor, berkata ramai antara mereka cepat lesu, letih dan mengantuk apabila cuaca dan persekitaran terlalu panas.

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Pergghhhh….tak sanggup aku nak belajar dalam keadaan macam tu. Tenang ke korang kalau belajar dalam keadaan panas macam tu? Bersyukur la aki dapat belajar dalam penghawa dingin sekarang ni. Sebelum korang tutup page ni aku nak tunjuk satu video yang lawak berkaitan pembelajaran ni. Jom layan. Tinggalkan komen kalau suka yerk!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: