Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Mercu tanda KL City Walk dibuka Februari

>KUALA LUMPUR – Ibu negara akan memiliki satu lagi mercu tanda pelancongan iaitu Kuala Lumpur (KL) City Walk yang bercirikan tema promosi pelancongan “Malaysia Truly Asia” pada Februari depan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, KL City Walk yang meliputi kawasan sepanjang Lorong P. Ramlee itu bakal menempatkan para peniaga baru terdiri pelbagai kaum yang menjual bermacam produk tempatan yang unik seperti makanan, cenderahati dan kraftangan.

“Kita mahu menepati konsep Malaysia sebagai wajah Asia sebenar seperti menjadikan Malaysia negara yang mempunyai identiti tersendiri di mata pelancong antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak projek itu di Jalan Pinang dan Jalan Bukit Bintang di sini hari ini.

Saravanan berkata, kawasan seluas 450 meter di sepanjang jalan itu telah dibina menjadi tempat pelancongan yang bergaya dengan pelbagai ruang niaga eksklusif termasuk kedai, kafe dan restoran yang berbagai-bagai jenis.

Menurutnya, kementerian berharap kawasan itu dapat setanding dengan ‘Bintang Walk’ di sepanjang Jalan Bukit Bintang yang merupakan antara tempat paling bergaya di ibu kota ini selain dapat meningkatkan ketibaan pelancong antarabangsa ke negara ini. – Bernama

Sumber: Kosmo

Nota Dahi: Betul ke gambar KL City Walk yang aku post kat atas tu? Maklum la aku pun jarang sekali nak sampai KL ni. Kalau korang nak lebih info pasal KL City Walk ni, korang masuk website rasmi diorang. Klik sini.

2 responses to “>Mercu tanda KL City Walk dibuka Februari

  1. Tuan-Belog January 30, 2011 at 12:58 am

    >@nurul lalalaxtau nk ckp la tu…blom tgk lg rupa sebenar…harap best la…hehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: