Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Sesi pengajian IPT bermula September 2011

>TEMERLOH: Pengambilan pelajar bagi mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTAS) dianjakkan dari bulan Julai ke September mulai tahun ini selaras dengan waktu pengambilan pelajar IPT antarabangsa.

Oleh kerana pada masa lalu, tiada keselarasan waktu pengambilan pelajar, IPT tempatan gagal menarik pelajar luar negara menyambung pengajian di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, bahawa keputusan berkenaan juga bagi mengelak IPTAS di negara ini “kehilangan” pelajar cemerlang lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Apa yang berlaku ketika ini, ramai pelajar cemerlang lulusan SPM membuat keputusan melanjutkan pengajian mereka di luar negara daripada memilih institusi pengajian tinggi tempatan.

“Mereka (lulusan SPM) dilihat tidak mempunyai masa yang cukup untuk memutuskan (memilih) pusat pengajian tinggi terbaik dalam negara selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.

“Akhirnya ramai yang memilih pengajian tinggi swasta di luar negara terutama Singapura,” katanya. Saifuddin sebelum itu menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan pemberita sambilan Bernama, Harun Mohamed iaitu Norhazwani Nadiah dan pasangannya Mohd Harzamie Rahimi. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Suka la korang yang belum habis belajor lagi kan? Dah la dapat cuti lame sem depan. Ni yang membuatkan tenggiling belaan aku jeles ni. Tapi lagi lambat korang akan grad kan? Kahkahkah…

4 responses to “>Sesi pengajian IPT bermula September 2011

  1. NadiRah January 1, 2011 at 4:50 pm

    >eh2..UTM skudai..tempat ku..esok mahu pulang..utm blogger yer??

  2. Nur January 1, 2011 at 4:51 pm

    >wah bagusla..xdela kitorang balik nanti menonong je sorang2…at least dapat lepak ngan kawan2 yg da lame tak jumpa…

  3. Tuan-Belog January 1, 2011 at 4:58 pm

    >@NadiRahalamak…kantoi la plak…pulang sam2 la yerk…haha…

  4. Tuan-Belog January 1, 2011 at 4:59 pm

    >@Nurhehe…bgus sgt la tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: