Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Khidmat belayar susuri sungai tarikan baru TTI

>KUALA TERENGGANU — Perkhidmatan belayar menyusuri Sungai Terengganu yang disediakan Taman Tamadun Islam (TTI) kini menjadi tarikan baru pelancong ke destinasi itu.

Pengurus Jualan dan Pemasaran TTI, Nor Sabihah Fidri berkata setiap hari pihaknya menerima kunjungan kira-kira 400 pelancong untuk menaiki pelbagai jenis bot yang disediakan di situ.

“Kita terima pengunjung untuk menaiki bot antara tujuh dan lapan kali sehari menyusuri sungai Terengganu yang mengambil masa kira-kira 40 minit sejauh sembilan kilometer,” katanya kepada pemberita sempena Program Kuiz Santai TTI-Terengganu FM (TFM) di sini hari ini.

Nor Sabihah berkata, bagi perkhidmatan River Cruise, TTI menyediakan beberapa jenis bot seperti Sri Wan Man, Seri Kristal dan Seri Warisan yang mampu membawa pelancong seramai 45 orang sekali perjalanan dengan bayaran RM10 seorang termasuk perlindungan insuran.

Selain itu, TTI juga mempunyai dua buah bot jenis kolek yang boleh membawa enam orang penumpang dan tiga buah bot payang bagi membawa 12 penumpang.

Beliau berkata bagi meningkatkan lagi perkhidmatan River Cruise, TTI kini mengadakan pekej dengan menyediakan juadah nasi dagang serta kuih-muih bagi menambahkan lagi keseronokan semasa menyusuri sungai itu dengan mengenakan bayaran RM25 seorang bagi satu perjalanan.

Katanya mereka, yang inginkan pakej penyediaan juadah itu, hendaklah membuat tempahan terlebih dahulu dengan penyertaan 32 penumpang sekali perjalanan. — Bernama

Sumber: Kosmo




Nota Dahi: Walaupun aku orang Terengganu tapi aku masih tak ada keinginan untuk mencuba. Sebabnya aku jarang berada di kampung. Hehe…Sapa-sape yang bukan orang Terengganu tu kalau nak merasa boleh la contact aku. Nanti aku boleh tunjukkan jalanraya. Kahkahkah…Tempat ni memang best!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: