Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Pahit Manis artis tahun 2010

>

Kontroversi paling hangat tahun 2010

MEMANG sukar untuk mengenepikan aspek kontroversi kalau memperkatakan warna-warni dunia hiburan tempatan sepanjang tahun ini.

Lebih daripada itu 2010 boleh dianggap tahun yang penuh dengan kontroversi apabila ada anak seni yang terjebak dengan kes dadah, jenayah, konflik persatuan, kemelut rumah tangga, perceraian dan bermacam lagi.

Walaupun segala-galanya bermula dengan angin gosip, akhirnya perkara yang menjadi khabar angin itu terbukti menjadi berita yang sahih jua apabila insiden itu terpampang dalam media massa.

Antara yang menjadi tumpuan lensa kamera media tempatan adalah Nabil Raja Lawak, Raja Azmi Raja Sulaiman, Johan Raja Lawak, Rita Rudaini, Badrul Muhayat, Saiful Apek, Khaireyll Benjamin Ibrahim (Benjy), Dr Fazley Yaacob, Zizie Ezette, Tom MyStar LG, Fahrin Ahmad, Linda Onn dan Ammar Alfian.

Ikuti sorotan Rap bagi kontroversi terhangat dunia hiburan sepanjang 2010. Dan selamat menyambut Tahun Baru 2011.

Nabil kena saman RM2 juta

AKIBAT mengutuk filem lakonan sendiri, Nabil disaman sebanyak RM2 juta oleh penerbit filem Lu Fikirlah Sendiri The Movie, SDAF Pictures. Namun nasib Juara Raja Lawak musim kedua amat baik kerana saman itu ditarik balik atas pertimbangan pihak terbabit. Tidak cukup dengan cerita saman, hubungan cinta Nabil dengan Irma Hasmie yang putus gara-gara ada orang ketiga.

Belum reda cerita putus cinta, timbul pula kisah gambar Nabil bercium dengan kekasih barunya, Qasha seperti yang disiarkan dalam laman web. Nabil bagaimanapun enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjang isu itu.

Raja Azmi Raja Sulaiman masuk lokap!

CERITA hubungan rapat antara Raja Azmi dan jaguh badminton negara, Roslin Hashim sudah lama diperkatakan. Keakraban mereka bagaikan satu keluarga menimbulkan tanggapan negatif orang lain termasuk bekas isteri Roslin, Nurhayati Othman. Akibat mencurigai hubungan Roslin dengan Raja Azmi, keluarga Nurhayati mengekori pasangan itu dan menyerbu mereka yang sedang menjalankan urusan di Hotel Corus, Kuala Lumpur. Terkejut dengan tindakan Norhayati, Roslin serta-merta melafazkan cerai terhadap Nurhayati yang hanya dinikahinya sekadar 28 hari saja. Bertitik tolak daripada itu, Raja Azmi dianggap punca perceraian mereka.

Tidak cukup dengan itu dugaan seterusnya melanda Raja Azmi apabila ditahan
di dalam lokap atas kesalahan kerana gagal hadir sebagai saksi ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan satu kes sivil berkaitan penjualan tanah. Namun Raja Azmi menganggap semua ini sebagai takdir dan redha.

Rita Rudaini, Aidil bergolak

KEMELUT rumah tangga Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zaquan Adha, mula dihidu wartawan. Rita pernah mendedahkan bahawa rumah tangganya sering diganggu orang ketiga.

Rita dengan berani juga mengeluarkan kenyataan bahawa orang ketiga yang dimaksudkan itu adalah pihak keluarga Aidil sendiri. Hal ini menyebabkan keluarga Aidil terpaksa campur tangan dan menyangkal dakwaan itu. Mereka memberitahu bahawa sudah lama menerima Rita namun Rita pula yang enggan berbaik dengan mereka.

Pada waktu yang sama, Rita jujur mengakui amat menyayangi suaminya. Tak mahu berpisah, Rita sebolehnya cuba untuk menyelamatkan rumah tangga.

Tidak lama selepas itu timbul pula berita rumah tangga mereka goyah lagi apabila Aidil memfailkan dua tuntutan iaitu hak penjagaan anak sulung mereka, Aidit Rayyan Rizqin dan perintah isteri kembali taat (nusyuz).

Dr Rozmey dan impian RM40 juta

BERMULA daripada seorang pengusaha produk ubat kuruskan badan Jusmate 5, Dr Rozmey cuba menukar haluan dengan bergelar pembikin filem dengan mengangkat kisah lelaki menukar jantina iaitu 2 Alam. Dr Rozmey melancarkan kempen besar-besaran dan ‘perang psikologi’ apabila mensasarkan kutipan RM40 juta!

Pada awal penggambaran lagi sudah timbul pelbagai isu membabitkan pengarahnya Hairie Othman. Entah di mana silapnya, Hairie Othman disingkirkan daripada produksi itu dan tempatnya digantikan pengarah lain.

Berbalik kepada soal kutipan, selepas beberapa hari ditayangkan, 2 Alam hanya mengutip sekitar RM430,000 saja. Dengar cerita, Dr Rozmey mahu menyunting Pamela Anderson pula untuk berlakon dalam filem yang seterusnya.

Johan Raja Lawak kena belasah!

BERMULA dengan perbincangan bersama pengarah Mohd Javed Mohd Nizar, diskusi berkenaan bertukar menjadi tegang. Berikutan marah dengan sikap Johan yang kurang disiplin pada ketika itu, Javed dikatakan membaling gelas kaca ke muka pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu. Perbuatan itu menyebabkan Johan mengalami kecederaan yang teruk di muka.

Demi menegakkan keadilan, Johan membawa kes itu ke mahkamah bagi menuntut keadilan.

Ayu OIAM nikah senyap-senyap

PEMENANG program One In A Million 2 (OIAM 2), Norayu Damit atau Ayu menghilangkan diri selama lebih setahu tanpa pengetahuan pengurus, syarikat rakaman dan pihak media.

Kehilangan itu menyebabkan timbul gosip dia hamil sebelum bernikah dengan seorang duda, Syed Fauzi Syed Baharudin. Namun Ayu tampil membuat pengakuan menafikan mengenai gosip liar itu tanpa mendedahkan wajah suaminya. Mereka sudah mendapat seorang anak lelaki, Syed Nashrul Haikal.

Selepas kejadian itu Ayu kembali menyusun aktiviti seninya. Dia kini dalam usaha mengumpul beberapa lagu untuk album terbarunya. Walaupun sudah berkeluarga, ternyata semangat Ayu untuk terbabit dalam dunia seni suara masih menebal begitupun dia perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

Fahrin menangis dek Linda Onn

KECEWA dengan kenyataan bekas kekasih dan DJ Suria FM, Linda Onn yang mendakwa menuduhnya sebagai kaki pukul, pelakon sasa, Fahrin Ahmad, membuat sidang media tergempar dan mahu menyaman Linda.

Kata Fahrin, kenyataan Linda itu membuatkan ibunya (Fahrin) berasa tertekan sehingga Fahrin sendiri sebak pada sidang media itu.

Beberapa bulan berlalu, perang dingin antara mereka berdua itu berakhir dan Fahrin kini sedia melupakan hasrat untuk menyaman Linda demi kebaikan banyak pihak.

Saiful Apek dan tempias ganja

PENAHANAN ke atas pelawak popular Saiful Apek bersama rakannya di sebuah pangsapuri di Subang Jaya, Selangor mengejutkan lagi peminat seni tempatan. Dalam serbuan itu, pihak polis menjumpai sejumlah 40 gram ganja di dalam premis berkenaan. Selepas ditahan reman beberapa hari, Apek akhirnya dibebaskan dengan jaminan.

Pengarah, Ahmad Idham dan produser, David Teo

PELANTIKAN Ahmad Idham dan David Teo sebagai Lembaga Pengarah Finas sudah menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pengkarya seni kerana ada yang mendakwa pelantikan mampu menimbulkan konflik kepentingan diri. Malah, Ahmad Idham disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk jawatan Ketua Pengarah Finas akan datang. Begitupun, kontroversi berkenaan reda dengan kenyataan pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang berkata pelantikan itu tidak menyalahi Akta Finas.

Ammar Alfian diboikot wartawan

PELAKON Tari Tirana Ammar Alfian Azizi membuat kenyataan berani apabila mengugut untuk ‘membunuh’ wartawan hiburan di laman sosial facebook (fb) ekoran rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak berkenaan ketika previu filem Lu Fikirlah Sendiri The Movie yang turut menampilkan kekasihnya, Puteri Sarah Liyana. Keceluparan Ammar itu akhirnya memakan diri apabila diboikot wartawan hiburan. Beberapa bulan kemudian Ammar tampil mengadakan sidang media mohon maaf dengan sokongan Persatuan Seniman Malaysia.

Tom teruk kena pukul

NIAT baik pada awalnya untuk membantu seorang rakan lelaki yang terdesak dengan isterinya kerana tiada tempat tinggal lalu menumpangkan mereka di rumahnya, membuatkan Tom, juara MyStar LG 3, dibelasah teruk.

Tom mulanya diajak berbincang oleh keluarga mentua rakan lelakinya itu yang mendakwa Tom mencederakan isteri beliau yang sedang hamil.

Perbincangan yang diharapkan berjalan dengan baik akhirnya bertukar menjadi pergaduhan apabila pihak berkenaan tidak puas hati dengan tindakan Tom yang kononnya berpura-pura dan dituduh mempunyai skandal dengan rakan lelakinya itu. Selepas lama menghilangkan diri, Tom kini muncul semula dengan album solo pertamanya yang baru dilancarkan.

Zizie Ezette pilih Bung Mokhtar

PERKAHWINAN Zizie Ezette dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin begitu menjadi perhatian ramai sehingga ke Parlimen. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kemudiannya menjatuhkan pula hukuman penjara sebulan selepas Bung Mokhtar mengaku bersalah atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran pada 19 Mei lalu.

Bung Mokhtar, 51, didenda RM1,000 atau penjara sebulan selepas mengaku salah bersubahat dengan Zizie, 32, bernikah tanpa kebenaran pendaftar nikah, cerai dan rujuk. Zizie pula didenda RM2,000 atau penjara tujuh bulan atas dua tuduhan bersubahat.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam menerima rayuan Bung Mokhtar untuk mengetepikan hukuman penjara sebulan yang dikenakan terhadapnya pada 11 Ogos lalu dan dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000.

Sumber: Harian Metro

Perkahwinan dan penceraian artis tahun 2010


JENDELA tahun 2010 disingkap dengan pelbagai momen indah yang menyaksikan penyatuan dua hati golongan selebriti bersama pilihan hati masing-masing .

Jika tahun lalu mencatat sekurang-kurangnya 27 ikatan perkahwinan termeterai di kalangan artis, tahun 2010 juga tidak kurang hebatnya dengan paparan kira-kira 22 majlis resepsi termasuk yang sederhana, glamor dan serba mewah.

Anak dara tunggal Chef Wan, Serina Redzuan, 27, menjadi artis pertama ke jenjang pelamin selepas sah menjadi isteri kepada Pengarah Eksekutif Football Focus Sdn. Bhd., Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010. Perkahwinan itu diserikan lagi dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka, Tristan Tarees pada 13 September lalu.

Meskipun perkahwinan merupakan satu khabar gembira yang lazimnya dikongsi bersama peminat di seluruh negara, masih ada lagi ada artis yang memutuskan untuk merahsiakan momen bersejarah mereka.

Penyanyi malar segar, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, 45, menyembunyikan pernikahan ketiganya yang berlangsung di Narathiwat, Thailand bersama Faizal Sazali Zulkifli pada 30 April lalu sebelum berjaya dihidu media sekitar bulan Oktober lalu.

JUARA Sehati Berdansa musim ketiga, Sein dan Nana adalah pasangan yang tidak disangka-sangka bercerai.

Beberapa hari selepas pembongkaran kisah pernikahan Aishah, persandingan anak kepada penyanyi dangdut, Sheeda, Nor Razlinda Razli atau Bienda dengan pasangannya, Kamarul Zariman Abd. Rahman menimbulkan teka-teki mengenai tarikh pernikahan mereka.

Pelantun lagu Penantian berusia 25 tahun tersebut memberitahu, dia dan suaminya merahsiakan tarikh pernikahan mereka bagi menghormati pendirian keluarga kedua-dua belah pihak dan harus akur dengan permintaan mereka.

Turut merahsiakan perkahwinan ialah adik kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Siti Saerah. Siti Saerah, 27, bernikah secara rahsia dengan pasangannya, Saiful Anuar yang merupakan seorang ahli perniagaan kereta mewah dari Kuantan, Pahang pada 27 Oktober lalu.

Tahun 2010 melabuhkan tirai kisah ikatan perkahwinan artis pada majlis serba mewah dengan pernikahan dan persandingan tertutup antara hos program E! News Asia, Marion Rose Caunter Abdullah , 30, dengan usahawan muda, Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasaruddin Tan Sri SM Nasimuddin, 27, pada 17 Disember lalu selepas lima tahun menyulam cinta.

Sumber: Kosmo

Nota Dahi: Kalau sebut artis je memang tak akan lari dengan kontroversi. Baik jadi orang biasa je tak payah pening kepala nak fikir sume tu. Kahwin cerai ke tak ada wartawan nak ambik tau pun. Hakhakhak…Keyword Khairul Fahmi Che Mat memang hot sekarang ni. Saje je nak letak ni mana tau kot-kot la sangkut kat google. Hehe…papepun jom layan blog awek Khairul Fahmi ni, Aimie Harmelia namanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: