Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Fahmi tahu rahsia kapten Indonesia

>KHAIRUL Fahmi Che Mat mengulangi betapa dia menghargai teguran penting K Rajagobal tempoh hari ketika menyelamatkan sepakan penalti Indonesia pada minit ke-18 yang menjadi penentu kejayaan skuad negara menjulang trofi Piala Suzuki, malam kelmarin.

“Saya masih ingat apa coach kata – “Fahmi, penalti Indonesia biasanya akan diambil kaptennya, (Firman Utina). Dua kali sebelum ini dia tendang ke kanan, iaitu ke kiri kamu, tetapi dalam permainan nanti kamu boleh buat keputusan sendiri.” Saya pegang kata-kata itu dengan baik, kata penjaga gol utama negara itu.

Dia tidak menolak kemungkinan selepas menyelamatkan gawang pasukan, dia dan rakan bertambah semangat untuk mempertahankan kedudukan agregat 3-0 ketika itu dan ia mengubah wajah cabaran skuad. Ketika Firman tampil untuk mengambil sepakan, latihan ketika di Wisma FAM sebelum berangkat ke Jakarta terbayang di mindanya. Hasilnya, sepakan Firman tepat ke kanan Fahmi dan dia dengan mudah menafikan gol awal Indonesia.

“Kejayaan menyekat sepakan penalti itu menambah lagi keyakinan kami untuk terus mempertahankan gawang negara,” kata Fahmi yang menjadikan bekas penjaga gol Azmin Azram dan Shahizan Ismail sebagai idolanya.

“Saya masih ingat pesan Rajagobal pada sesi latihan lalu. Ternyata ramalannya tepat. Saya berterima kasih kepada jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sehingga menjadi juara.”

Fahmi yang meraih gelaran kedua, musim ini selepas membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia berkata kejayaan pasukan negara bukan kerana faktor dia sahaja malah menghambur pujian kepada rakan barisan pertahanan yang turut berfungsi hebat. “Saya harap kejayaan ini tidak berhenti setakat ini. Masih banyak kejohanan yang perlu diharungi dalam mengembalikan kegemilangan bola sepak negara. Ini baru permulaannya,” kata Fahmi.

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Disebabkan Fahmi selamatkan penalti, awek dia Aimie Harmelia pun dah glemer giler sekarang ni. Semua blogger duk sebut pasal 2 orang ni. Tak ada plak nak cite pasal Safee Sali ke, Ashaari ke (orang marang tu). Dengar cerita Farah Fauzana pun tunjuk blog awek fahmi ni kat 8TV. Memang la satu Malaysia kenal pasni. Dalam pada tu, ada jugak orang yang tak suka dengan awek Fahmi ni. Siap buat fan page kat Facebook lagi tu.

“Credit pic kat Cik Lulu. Aku tak tahu la group ni wujud ke tak lagi. korang search sendiri yerk.”

7 responses to “>Fahmi tahu rahsia kapten Indonesia

  1. ♥ LULU ♥ December 31, 2010 at 4:56 am

    >thanks sbb buat backlink kat kita..hehe2 la..ada jugak orang sanggup buat macam tu kanx leh terima kenyataan btol..

  2. Ezzat December 31, 2010 at 2:29 pm

    >tu lah…bakpe lah nk benci2 GF die..sian GF die..dh rezeki die..nak wat ghane…kalo ak jd best attacking winger, awek ak pon kene nih ak wase2…hak3

  3. Tuan-Belog December 31, 2010 at 3:59 pm

    >@♥ LULU ♥haha…nk wat macamana…ramai yg jeles la terutama awik2 cun…cik lulu salah satu kah?hakhak….@Ezzathaha…memang dos…kompomnye org cari mg…

  4. Ezzat December 31, 2010 at 4:48 pm

    >@Tuan-Belog mung org first…WoW Berita cari ak…hahaha

  5. ammboi.blogspot January 1, 2011 at 5:41 am

    >mmm…hebat si fahmi ni.. ammboi mmg dh jangka beliau mampu pergi lebih jauh.. cuma hrp dia x mudah lupa diri jer..

  6. tika January 1, 2011 at 6:00 am

    >aqu pun pelik gak npe dorg asyik citer fsl si KFCM tu je sdgkan ramai lagi yg mnyumbang tenaga…lg2 si Amri Yahya yg masuk last2 minit tu,hahaha….=P

  7. Tuan-Belog January 1, 2011 at 6:24 am

    >@ammboi.blogspottu la…umur dh la muda lg…harapan tnggi tu…@tikamaybe sbb die save penalti kot..tu sbb hot giler tu..tmbah2 heboh psl awek die tu…awek die je la ad blog…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: