Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Al-Kisah Sebuah Jam Dinding

>Adalah sebuah kisah di satu perkampungan yang miskin. Pada waktu itu, jam dinding adalah suatu objek yang baru nak glemer. Orang yang paling kaya kat kampung tu ialah Pak Sudin. Suatu hari Pak Sudin berhasil membeli sebuah jam dinding untuk dijadikan perhiasan di rumahnya. Oleh sebab beliau tidak tahu menggunakannya, ia hanya dijadikan sebagai perhiasan.

Keupayaan jarum jam bergerak membuatkan ramai orang kampung yang ingin melihat sendiri jam dinding tersebut. Semakin hari semakin ramai yang datang ke rumah Pak Sudin untuk melihat jam dinding tersebut selama beberapa jam. Pada suatu hari, jarum jam tersebut tiba-tiba berhenti. Orang kampung yang pelik melihat jarum jam tersebut terus memberitahu Pak Sudin. Sebagai pemilik jam dinding tersebut Pak Sudin pun ingin menunjukkan keupayaan beliau didepan orang kampung.

Pak Sudin pun menurunkan jam dinding tu dan terus membelek depan belakang untuk mengetahui puncanya. Beliau ternampaklah bateri jam telah keluar dari tempatnya dan ada pulak bangkai seekor lipas dicelah tempat letak bateri tu. Pak Sudin pun dengan bangganya memberitahu kepada penduduk kampung…“Patutlah tak jalan, drebarnya mati tersepit!”.

Nota Dahi: Hasil karya asli wow!Berita dan ditulis oleh wow!Berita.

2 responses to “>Al-Kisah Sebuah Jam Dinding

  1. Nur December 31, 2010 at 9:50 am

    >ape lagik..ganti drebar baru ah..hahahha

  2. Tuan-Belog December 31, 2010 at 1:53 pm

    >@Nurhaha…diorng ssh sket nk cari drebar kot…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: