Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Toy Story 3 filem terlaris sepanjang 2010

>LONDON 29 Dis. – Filem Toy Story 3 mencatat jualan tiket tertinggi di dunia pada tahun ini apabila berjaya mengutip 700 juta pound (RM3.3 bilion), yang menyaksikan penguasaan filem-filem keluarga sepanjang 2010.

Tujuh daripada 10 filem kutipan tertinggi pada tahun ini disasarkan terhadap golongan kanak-kanak dan remaja, dengan hanya filem Inception lakonan Leonardo DiCaprio berjaya menempatkan diri di lima tangga teratas senarai yang dikeluarkan Box Office Mojo.

Menurut majalah kewangan Forbes, filem francais ketiga Toy Story terbitan studio Disney/Pixar yang menggunakan suara aktor Tom Hanks sebagai Woody dan Tim Allen sebagai Buzz Lightyear, turut muncul filem paling berjaya di United Kingdom.

Ia kini berada di tangga kelima filem merekod kutipan tertinggi sepanjang zaman di belakang Titanic, Avatar, Lord Of The Rings: The Return Of The King dan Pirates Of The Caribbean: Dead Man’s Chest.

Kisah fantasi Alice In Wonderland yang menampilkan lakonan Johnny Depp sebagai Mad Hatter berada di tempat kedua dengan kutipan berjumlah 650 juta pound (RM3.1 bilion).

Ia diikuti filem blockbuster Harry Potter And The Deathly Hallows Part 1 di tempat ketiga, yang bakal tampil dengan bahagian terakhir filem tersebut pada tahun depan.

Forbes meramalkan tayangan Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2 bakal menjadikan filem francais itu sebagai filem paling berjaya sepanjang zaman dengan anggaran kutipan lebih 5 bilion pound (RM23.8 bilion).

Selain Inception, dua filem lain dalam senarai yang lebih banyak ditonton golongan dewasa ialah Iron Man 2 yang berada di tempat ketujuh dan Clash Of The Titans di tangga kesembilan.

Tahun ini juga menyaksikan penguasaan filem animasi sebagai filem mencatat kutipan tertinggi apabila filem seperti Shrek Forever After, Despicable Me dan How To Train Your Dragon turut berada dalam 10 senarai teratas. – Agensi

Sumber: Utusan Malaysia

Nota Dahi: Jangan tanya aku macamana nak download cerita ni sume ye. Aku ada bagi tutorial kat sini. Sebaiknya korang pergi la tengok wayang ye. Hakhakhak…

One response to “>Toy Story 3 filem terlaris sepanjang 2010

  1. Burp December 30, 2010 at 12:43 pm

    >LOTSO paling cute!!😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: