Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Sein artis terakhir bercerai 2010

>PENUTUP tahun 2010 dilengkapkan dengan berita perceraian penyanyi dan pelakon Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein, 27, yang dikira mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini tiada sebarang petanda mengenai keretakan hubungan mereka.

Baik Sein mahu pun Nana, 26, kedua-duanya mengunci mulut mengenai punca perpisahan mereka setelah hidup bersama selama empat tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy yang berusia setahun.

Sein yang ditemui selepas majlis Anugerah Skrin 2010 berakhir seperti sudah dapat menghidu soalan yang ingin diajukan kepadanya dan dengan terbuka meminta wartawan bertanya apa sahaja persoalan yang bermain di kepala.

Meskipun enggan membuka mulut tentang punca perceraian, Sein menjelaskan tiada lagi persefahaman antara mereka merupakan salah faktor perpisahan.

“Kami tidak dapat cari persefahaman, lebih baik berpisah. Tentang berapa lama hubungan kami bermasalah biarlah saya simpan. Itu sahaja yang boleh saya kongsi,” ujar bekas anggota kumpulan Ruffedge itu minta difahami.

Disoal lagi mungkinkah wujud orang ketiga dalam hubungan mereka atau mungkin mereka juga mangsa badi program Sehati Berdansa memandangkan mereka merupakan pasangan ketujuh yang berpisah daripada program tersebut, Sein menjawab tenang:

“Jika wujud orang ketiga tidak mungkin kami akan berpisah dengan cara baik. Itu hanyalah gosip sahaja. Mengenai badi program Sehati Berdansa, perkara ini semua berlaku secara kebetulan.

“Saya tidak percaya mengenai badi kerana sebagai seorang Islam, saya percaya dengan ketentuan Allah. Perpisahan kami adalah menerusi perbincangan, setelah kedua-dua kami bersetuju untuk berpisah barulah perceraian itu berlaku,” jelas juara program Sehati Berdansa musim ketiga itu lagi.

Hubungan masih baik

Meskipun telah bercerai, hubungan Sein dengan bekas isteri masih baik seperti biasa. Malah, tidak berlaku perebutan hak penjagaan anak kerana kedua-duanya telah bersetuju untuk menjaga anak secara bersama.

“Saya dengan Nana masih lagi baik, kami masih berhubung melalui telefon. Tentang hak penjagaan anak, kami menjaga mereka bersama-sama. Saya bebas untuk berjumpa anak pada bila-bila masa.

“Baju yang saya pakai untuk majlis anugerah ini juga dipilih oleh Nana. Jadi, tidak timbul sebarang isu kami berdendam atau bermasam muka,” luahnya.

Jika hubungannya dengan bekas isteri masih baik, mungkinkah ada kemungkinan yang mereka akan bersatu semula sebagai suami isteri? Kata Sein, perkara itu tidak mustahil untuk berlaku.

“Saya kasihan anak-anak kerana mereka masih kecil, kami telah usahakan yang terbaik. Sebab itu kami tidak mahu perpisahan ini menjejaskan mereka.

“Untuk rujuk semula itu mungkin ada kerana jika itu kehendak Allah, ia tetap akan berlaku. Sebagai hamba, saya hanya mampu berdoa yang terbaik,” ucapnya yang berpisah dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 8 Disember lalu.

Apabila disoal sudahkah dia bersedia untuk mencari pengganti teman hidupnya, diam seketika lalu Sein terus menggelengkan kepalanya.

“Saya tidak terfikir pun mahu cari pengganti kerana dalam fikiran saya sekarang ini hanyalah kerja dan anak-anak,” tuturnya.

Sumber: Kosmo

Nota Dahi: Artis-artis…kahwin cerai ni diorang wat macam berkawan plak. Bila suka je terus gatal nak kahwin pastu tak lame mana cerai balik. Apa nak jadila aku tak tahu. Masa program sehati berdansa aritu bukan maen lagi tengok Sein dan Nana ni terkinja-kinja melompat menari. Bahagia sangat la kononnya masa tu. Tapi sekarang apa dah jadi??? Korang sume harap tak ada macam ni yerk.

2 responses to “>Sein artis terakhir bercerai 2010

  1. aku yang manis^_^ December 30, 2010 at 6:19 am

    >esok nk pinang sein la..thnx 4 d info..

  2. hans December 30, 2010 at 7:37 pm

    >kesian anak2 diasemua comel2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: