Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Bas 2 tingkat tidak sesuai perjalanan jauh

>PETALING JAYA: “Cadangan memperkenalkan lesen memandu khas bagi bas dua tingkat dan high decker tidak praktikal,” kata Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU), Datuk Zainal Rampak.

Sebaliknya beliau berkata, sepatutnya bas berkenaan tidak boleh digunakan sebagai bas perjalanan jauh di negara ini kerana bentuk muka bumi yang tidak sesuai seperti berbukit-bukau.

“Bas jenis itu hanya sesuai digunakan sebagai bas dalam bandar kerana jika dipandu mendaki bukit tinggi akan mengganggu keseimbangan bas lebih-lebih lagi ketika dipenuhi penumpang dan akan membahayakan semua yang berada dalam bas.

“Saya berpendapat syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan bas dua tingkat ini hanya ingin mengaut keuntungan kerana bas jenis itu mampu memuatkan lebih ramai penumpang sedangkan ia tidak sesuai digunakan untuk perjalanan jauh,” katanya ketika ditemui di pejabat TWU di sini, semalam.

Justeru, Zainal mencadangkan supaya penggunaan bas dua tingkat sebagai bas perjalanan jauh di negara ini diharamkan untuk mengelakkan lebih banyak kemalangan maut.

Beliau mengulas cadangan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) supaya kerajaan menimbangkan lesen khas bagi bas dua tingkat seperti lesen lori di negara ini bagi mengurangkan kemalangan maut berpunca daripada kekurangan kemahiran pemandu. Sementara itu, Zainal mendakwa alat ganti tiruan kini antara faktor utama kemalangan membabitkan bas ekspres di negara ini, malah ia sudah lama berlaku.

“Penggunaan alat ganti seperti itu sudah berleluasa di kalangan syarikat bas kerana ia lebih menjimatkan kos selain mudah didapati,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Aku memang cukup tak setuju kalau guna bas 2 tingkat untuk jalan jauh. Kalau bas yang biasa tu pun kentut lawas tak lawas je inikan pula bas 2 tingkat yang sememangnya semperit. Boleh kena sembelit aku rasa. Hakhakhak…Bas yang aku paling prefer ialah Adik-Beradik dan Sani Express. 2 bas ni memang selesa. Tapi AWAS! Tolong jangan kentut dalam bas berkenaan kerana dikhuatiri kentut anda boleh menjejaskan prestasi enjin bas berkenaan. Kahkahkah…Transnasional pun boleh la tapi agak season sedikit.

7 responses to “>Bas 2 tingkat tidak sesuai perjalanan jauh

  1. aku yang manis^_^ December 29, 2010 at 5:12 am

    >asyik ckp pasal kentut jerk..mesti tuan belog ni raja kentut kan kan kan???teringat dulu masa study, teringin sgt nk naik bas 2tingkat..setiap kali beli tiket salu doa..tak tau nape..tapi tak penah2 dpt pun, borak ngn member sekampung..dia dh byk kali naik bas ni..padahal study satu tmpt..apsal aku tak dpt2 naik ni..tp bukannya best sgt..keke..aku je terlebih excited..jakun katakan! hik3

  2. Tuan-Belog December 29, 2010 at 5:18 am

    >@aku yang manis^_^eh xleh dpt gelaran tu…nnt mrh plak penyimpan mohor besar raja-raja…hakhak….

  3. Tuan-Belog December 29, 2010 at 10:04 am

    >@Ezzattahniah anda di'tag'…wakakak….

  4. Ezzat December 29, 2010 at 10:08 am

    >@Tuan-Beloghahaha….time kasih bebanyok atas kemurahan hati mung…kah3…siap mention agi tu…adeiii…suke sngat die…

  5. ammboi.blogspot December 30, 2010 at 12:48 am

    >kalu pasal ni mmg ammboi sokong…bas ni memang tak selamat..yg naik tu terpaksa jer coz xde pilihan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: