Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>United, Man City pimpin saingan liga

>

“Pandai-pandai koranglah nak besarkan gambar ni macamane yerk”

LONDON – Dua kelab berjiran, Manchester United dan Manchester City kini menguasai dua tempat teratas Liga Perdana England selepas masing-masing mencatat kemenangan awal pagi semalam.

United yang dibimbing Alex Ferguson menang 2-0 ke atas Sunderland di Old Trafford manakala City yang dibimbing Roberto Mancini menewaskan Newcastle 3-1 di St. James Park.

Kemenangan itu membolehkan United mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu liga kerana bermain kurang dua perla- wanan berbanding City.

Manakala kedudukan City di tangga kedua masih belum selamat kerana boleh dipintas bila- bila masa oleh Arsenal dan Chelsea yang beraksi kurang satu perlawanan.

Dimitar Berbatov muncul wira United apabila menjaringkan kedua-dua gol pasukannya ketika menewaskan Sunderland.

“Dimitar mampu menjaringkan empat atau lima gol jika berjaya menyempurnakan peluang,” kata Ferguson yang bangga menyaksikan penyerang dari Bulgaria itu kini menguasai senarai penjaring terbanyak dengan 13 gol.

Carlos Tevez juga turut menjaringkan dua gol manakala satu lagi gol menerusi Gareth Barry ketika menewaskan Newcastle yang kemudiannya memperoleh gol sagu hati menerusi Andy Carrol.

“Lega dapat menyaksikan pasukan kami bangkit sele- pas tewas mengejut kepada Everton sebelum ini. Penting menang perlawanan ini untuk terus bersaing merebut kejuaraan liga,” kata Mancini.

Tottenham kekal di tangga kelima liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa di tempat lawan walaupun terpaksa bermain 10 orang selama lebih sejam kerana Jermaine Defoe dibuang padang gara-gara menyiku.

“Kehilangan Jermain menyukarkan kami tetapi mujur kami berjaya mengawal permainan. Pada babak kedua kami menggunakan taktik serangan balas pantas dan ternyata ia berhasil,” kata pengurus Spurs, Harry Redknapp.

Dua perlawanan pula terpaksa ditunda akibat salji tebal membabitkan pertemuan Blackpool-Liverpool dan Everton-Birmingham. – AFP

Sumber:Kosmo

“Ni match yang berlangsung awal pagi tadi antara Arsenal vs Chelsea. Aku bangun tido pun pukul 5:30 pagi tapi tetap menghensemkan diri tengok bola sampai habis. Kesian kat Chelsea yerk. Drogba pun tak bleh wat pape dah. Tapi agak frust sebab Nasri tak score pagi tadi. Aku dah la letak Nasri sebagai kapten dalam EPL fantasy. Huhuhu…”

Tags: Liga Perdana Inggeris, keputusan penuh Liga Perdana Inggeris, pasukan Liga Perdana Inggeris, highlight penuh Liga Perdana Inggeris, tengok Liga Perdana Inggeris online, kedudukan pasukan dalam Liga Perdana Inggeris, keputusan terbaru Liga Perdana Inggeris, blog Liga Perdana Inggeris, tengok epl, epl 2010 2011, manchester united Liga Perdana Inggeris, arsenal Liga Perdana Inggeris, chelsea Liga Perdana Inggeris, manchester city Liga Perdana Inggeris, liverpool Liga Perdana Inggeris, tottenham hotspurs Liga Perdana Inggeris, newcastle united Liga Perdana Inggeris, biodata pasukan Liga Perdana Inggeris, jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris, Liga Perdana Inggeris fantasy football facebook

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: