Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Abramovich beli bangunan pangsapuri RM717 juta

>LONDON – Bilionair Rusia dan pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich membeli sebuah bangunan pangsapuri mewah di Britain yang dianggarkan bernilai sekitar £150 juta (RM717 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Terletak di Lowndes Square di sini, kediaman itu mempunyai keluasan 2,787 meter persegi dengan lapan bilik tidur, tiga tingkat bawah tanah, sebuah kolam renang, sebuah panggung wayang mini, sauna serta beberapa flat untuk stafnya. (besar sikit je dari rumah aku)

Ia memberi banyak keselesaan kepada Abramovich, 44, teman wanitanya, Dasha Zhukova, 29, dan seorang anak lelaki mereka Aaron yang berumur setahun.

Rumah tersebut bakal menjadi lambang kekayaan dan cita rasa mewah Abramovich yang memiliki beberapa belas kediaman dan merupakan orang ke-15 terkaya di dunia dengan anggaran kekayaan mencecah £14 bilion (RM66.9 bilion).

“Nampaknya, kediaman itu akan dihiasi seperti sebuah istana. Beliau mahu hiasan dalaman yang berprestij dengan dekorasi tudor era Victoria,” kata satu sumber.

Menurutnya, kertas cadangan bagi pengubahsuaian kediaman tersebut telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Bangunan tersebut pada asalnya merupakan rumah bandar berkembar yang dipisahkan menjadi sembilan apartmen mewah pada 1998. – Agensi

Sumber: Kosmo

Nota Dahi: Tak sia-sia aku mintak sket duit Ibrahimovich ni buat beli domain. Dapat gak la aku duk umah baru sekarang. Psssttt…Klu korang nak gak duit dari Ibrahimovich ni korang wat la post macam ni gak then kelim duit tu kat sini. Klu caye korang try la wat sekali. Sure aku tak tipu punya…kehkehkeh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: