Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Kicap pekat berperisa cicak

>
KANGAR – Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.

Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.

“Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.

“Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Sumber: Kosmo

Nota Dahi: Kicap apa ye botol macam tu? Tak pernah tengok plak. Tapi serius aku geli tengok cicak ada dalam kicap. Tapi ni tak kan membantutkan selera aku makan KFC cicah kicap…kehkehkeh…

4 responses to “>Kicap pekat berperisa cicak

  1. Suhami Ahmad December 27, 2010 at 6:29 am

    >Astaga, seb bek atok tak mamam kicap…

  2. Tuan-Belog December 27, 2010 at 5:20 pm

    >@Suhami Ahmadbgus tok…amalkan mkn jamu je…hakhak…

  3. masslina79 January 5, 2011 at 1:19 am

    >Pembaca sekelian, Sila rujuk halaman berikut klik sini Untuk mendapat fakta kebenaran melalui ujikaji yang telah dijalankan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: