Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Tauke kedai seks diracun

>
LONDON: Seorang pengasuh didakwa cuba meracun pemilik syarikat Ann Summers – sebuah kedai pakaian dalam dan barangan seks terkenal di Britain – dengan memasukkan cecair pencuci cermin ke makanan wanita terbabit.

Allison Cox, 33, diupah Jacqueline Gold (berbaju merah kat tengah) bagi menjaga anak perempuannya, Scarlett, di kediaman mewah wanita itu di Whyteleafe, Surrey.

Beberapa hari lalu, Jacqueline, 50, berasa curiga apabila mendapati makanan dihidang Allison mempunyai rasa pelik.

Menurut sumber, apabila sampel makanan itu diuji, didapati ia dicampur dengan cecair pencuci cermin.

Polis kemudian menahan Allison di kediaman dianggarkan bernilai RM31 juta itu.

Jurucakap polis Surrey mengesahkan Allison dihadapkan ke mahkamah pada 17 Disember lalu dan berdepan tiga dakwaan cuba meracun Jacqueline. Allison dijadual dibawa ke Mahkamah Majistret Tenggara Surrey di Redhill pada 5 Januari depan.

Jacqueline adalah anak pemilik kelab bola sepak West Ham United, David Gold.

Allison dijadual dibawa ke Mahkamah Majistret Tenggara Surrey di Redhill pada 5 Januari depan.

Jacqueline adalah anak pemilik kelab bola sepak West Ham United, David Gold.

Di Britain, Jacqueline disenarai sebagai wanita ke-16 paling kaya dan antara kejayaannya adalah menjadikan Ann Summers sebagai syarikat berjaya.

Jacqueline juga adalah ketua pegawai eksekutif syarikat Knickerbox dan pernah dijemput ke Istana Buckingham pada 2007 untuk diraikan bersama ahli perniagaan wanita berjaya lain.

Sebelum ini, akhbar tabloid terkemuka di Britain, Daily Mail pernah menyenaraikan Jacqueline sebagai seorang daripada 100 wanita paling berpengaruh di negara itu.

Jacqueline melahirkan pasangan kembar, Scarlett dan Alfie, pada tahun lalu. Bagaimanapun, Alfie meninggal dunia akibat masalah otak lapan bulan kemudian. – Agensi

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Pergghhh…jual barang sex pun boleh kaya sampai macam tu. Harap-harap dengan income Nuffnang dari blog aku ni dapat gak la jadi kaya camtu yerk. Kehkehkeh…


Ni la kedai Ann Summers tu. Aku baru je nak g kedai ni jap tadi. Tapi agk frust jugak sebab diorang tak bg aku masuk. Die cakap aku ensem sangat…kehkehkeh…ape kaitan? Apa-apa pun pun kedai ni BUKAN jual barangan kanak-kanak mahupun barangan wanita yerk!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: