Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Liyana Jasmay miliki 50 legging

>
MENANGKAP perhatian selepas menjiwai watak gadis ketagihan dadah menerusi drama bersiri Castelle pada 2006, si kecil molek yang menjunjung nama Liyana Jasmay ini sampai ke garisan bintang besar apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22.

Mudah dibahasakan Nana sebagai nama timangan, lagu Aku Tak Percaya Cinta dan Aku Jatuh Cinta menjadi tiket untuknya beraksi pentas nyanyian. Namun, Nana tidak banyak dibantu oleh vokalnya.

Selepas bertahun melebarkan bakat mengisi permintaan pembikin sinema, namanya banyak terpacul di layar bergenre seram atau hantu.

Antara filem-filem seram yang pernah dilakonkan olehnya adalah seperti filem Syaitan, Histeria, Maut, Niyang Rapik, Misteri Jalan Lama dan terbaru filem Khurafat yang bakal ditayangkan pada 13 Januari ini.

Bercakap tentang perancangan 2011 yang sedang menyusul selang lima hari lagi, Liyana turut merancang untuk mengembangkan sayap dalam bidang penerbitan.

“Saya mahu menjadi seorang penerbit filem. Pada peringkat awal saya merancang untuk menerbitkan drama untuk televisyen. Saya juga akan menerbitkan single terbaru tidak lama lagi,” katanya tanpa surut perancangan.

KHURAFAT

Tajuk filem seram terbaru saya bersama Syamsul Yusof. Istimewanya dalam filem berkenaan saya melakonkan watak Aisyah, wanita bertudung yang menjadi isteri kepada Johan, lakonan Syamsul sendiri.

HANTU

Saya tak pernah nampak hantu, dan kalau boleh saya memang tak nak jumpa sebab saya memang takut dengan hantu. Saya juga tidak pernah diganggu perkara aneh sepanjang terlibat dalam filem-filem seram. Perkara yang paling menyeramkan adalah apabila menyebut tentang hantu langsuir, ngeri sebab ia boleh terbang.

JIKA DIGELAR RATU FILEM SERAM

Saya terfikir juga tapi pelik juga kenapa pengarah filem gemar mengambil saya berlakon filem-filem seram ini. Tidak mengapa, mungkin pada pandangan mereka saya sesuai membawa watak dalam filem bergenre seram, tapi saya berani jamin, setakat ini, filem seram terbaik saya adalah Khurafat. Sentuhan Syamsul kali ini berlainan.

PELAKON TEATER

Selepas watak kecil dalam Natrah, saya jadi teruja dan bangga sebab dapat menerajui teater kanak-kanak, Siti Di Alam Fantasi arahan Aminah Raphor yang dipentaskan di Istana Budaya bermula Rabu lalu. Sudah lama saya mahu ke dunia teater. Pengalaman berteater sangat menyeronokkan kerana kali ini ia sebuah teater kanak-kanak yang begitu menghiburkan.

SAMBUNG BELAJAR

Tengok dulu macam mana keadaannya. Tapi selepas menamatkan pengajian peringkat diploma di Kolej Universiti Sunway, Petaling Jaya tahun depan, saya merancang mahu ke luar negara untuk menyambung pengajian atau mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang seni persembahan dan media.

PENGGEMAR STOKIN DAN SELUAR KETAT (LEGGING)

Koleksi legging dan sarung kaki milik saya sangat banyak, rasanya mencecah lebih daripada 50 pasang, ada bermacam jenis dan warna tetapi warna yang paling banyak ialah hitam. Saya jatuh cinta dengan legging sejak dua atau tiga tahun lepas, rasanya lepas balik dari London. Di sana saya jumpa satu butik yang menjual bermacam-macam jenis legging dan saya fikir itu satu fesyen yang hebat.

Sumber: Kosmo

Nota Dahi: Pakai legging tu “satu fesyen yang hebat??? Kahkahkah…Adakah dia tau yang agama pun dah larang kalau pompuan pakai seluar ketat. Inikan pulak nak pakai legging yang memang lekat habis kat peha tu? Adakah dia pernah terbaca kat bawah ni?


p/s: Cuba korang tengok gambar kat bawah ni. Ni lah akibatnya kalau dah pakai legging time mandi kolam. Depan khalayak ramai plak tu. Mata lelaki mana yang tak skodeng kan? Hampeh tol!

Entry kedua tentang kesan pakai legging ni. Korang tengok sendiri kat sini.

31 responses to “>Liyana Jasmay miliki 50 legging

  1. hannafauzann December 26, 2010 at 2:45 am

    >hahaha . apela gambar tu ,mmg tak elok pakai legging bagi perempuan Islam . tapi diorang pedulik ape kan . janji nampak cantik bagi diorang . macam bonggol unta kat kepala . walaupun dah kecoh pasal tu, ramai yang pakai macam tu .

  2. Tuan-Belog December 26, 2010 at 2:54 am

    >@hannafauzannkahkahkah…terus dpt bonggol unta…pedih giler….tu la psl remaja skang…mane la xgatal biji mata laki ni…

  3. ikeen December 26, 2010 at 3:12 am

    >haih..cover2..malu owh

  4. Tuan-Belog December 26, 2010 at 3:15 am

    >@ikeennape cover lak ni…peminat legging ke ni?hahaha…

  5. yo pyqa December 26, 2010 at 3:21 am

    >wahh x sangka smpai mcm nie sekaliteringin gak sbnarnye nak pkai !adess.nseb bek terbace blog niee

  6. aneqahs nia December 26, 2010 at 3:37 am

    >kesian nye gamba yang last tu…die x perasan ke? bile kena air lagilah nampak kulit segalanya2..haih…

  7. Tuan-Belog December 26, 2010 at 4:27 am

    >@yo pyqawow! dah teringin tu…batalkn niat tu yerk…pkai time tido je xpe…@aneqahs niaxkn la xpasan…saje je tu nk tnjuk kot…mntg2 kaler hitam…

  8. nadia December 26, 2010 at 4:58 am

    >aha. i prefer pakai seluar bellbottom.baru nampak koboi. legging sexy sangat😀

  9. MATAHARIKU December 26, 2010 at 5:13 am

    >as salam…kalau nak pakai legging pun elok rasanya rujuk entry ni.. http://mizim14.blogspot.com/2010/12/burqini.html

  10. Tuan-Belog December 26, 2010 at 5:22 am

    >@nadiahaha…jadi jadi koboi time tido lak…@mataharikurasanya legging ni bukan utk public kot…seswai time kt umah or bilik je kot..xelok pkai kt public…

  11. Ikah December 26, 2010 at 5:43 am

    >pakai legging utk suami aje..

  12. Tuan-Belog December 26, 2010 at 5:53 am

    >@Ikahthats what i like it…hehe…kpd semua jejaka taf diluar sana, galakkn lah bini anda memakai legging didepan anda SAHAJA…kehkehkeh…

  13. Almade Nespesor December 26, 2010 at 6:01 am

    >nda ma0 lah pakai legging camtuh ..kalo jubah ngn legging xpe kan =D

  14. cik maira December 26, 2010 at 6:11 am

    >fuyoooo.nampak spender lah. ahaha.adoiii. memalukan. :)kata tidak kepada legging!

  15. Tuan-Belog December 26, 2010 at 6:17 am

    >@Almade Nespesorxpe janji tahu mane auratnya…@cik mairahaha…minah dlm gmbar tu selamba je tgk…hakhak…

  16. Tuan-Belog December 26, 2010 at 6:38 am

    >@kisahwanidasalam kenal jgk…singgah2 la selalu..tapi minum2 xde la eh…hehe…

  17. ikiketetel December 26, 2010 at 8:18 am

    >bek suruh dye bogel jea.tah pape.HAHA.pakai kat rumah boleh la kak oi.ape punye orang lah.

  18. Tuan-Belog December 26, 2010 at 8:35 am

    >@ikiketeteltu la kn…bek bogel trus lg bgus…

  19. Lina_Lin December 26, 2010 at 8:56 am

    >sumpah memalukan lah dorg nieh..ish

  20. Puan aiNa Rahman December 27, 2010 at 12:43 am

    >owhh..saye pakai legging kt umah je. tunjuk kat suami lagi best uolss. huhuhuu

  21. Tuan-Belog December 27, 2010 at 1:04 am

    >@Puan aiNa Rahmanhehe…btol tu…sayangilah suami anda dengan memakai legging yerk puan2…kehkehkeh…

  22. Melati December 29, 2010 at 3:14 pm

    >pic yg last tu, eiii motif dia pakai tudung? isk isk isk ;'(

  23. Tuan-Belog December 29, 2010 at 3:18 pm

    >@Melatientahlah melati…org yg cetek agama mmg cmtu…

  24. ♥cutebabygirl♥ January 4, 2011 at 3:57 pm

    >bagi i, girl yg bertudung tp pakai legging, menjengkelkan la.tp kalau dah free hair, biar jela.dah mmg buka aurat kan…same je..klu x pakai legging pun, rambut nampak jugak.so dlm kes liyana ni, sama la..huhu

  25. Tuan-Belog January 5, 2011 at 4:12 am

    >@♥cutebabygirl♥yup btolll…stuju ngan babygirl…hehe…

  26. saljihitam January 5, 2011 at 9:02 am

    >arghh ! fark fark ! aku sungguh tak boleh terime bile tengok gambar tu. anak sape nih. aku rase nak sekeh sekeh je kepale die. argh argh !

  27. Tuan-Belog January 5, 2011 at 9:04 am

    >@saljihitamhakhak…relek der…klu nk tau tu la awek melayu yg xreti bahasa!

  28. мʋтɛ ƨтσяʏтɛℓℓɛя ♥ January 7, 2011 at 6:18 am

    >adeh laa .bengong smcm .dok pkai legging tpi pkai tudung . malu aih tgk .

  29. Wahida Nasution Thakhrim January 23, 2011 at 2:04 pm

    >bertudung dan pakai legging is a big no for me.. walaupun tak pernah pakai dan takkan pakai tapi sakit mata tgk orang lain pakai macam tu.. terutamanya perempuan yang bergelar isteri orang..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: