Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Judi ayam sabung tumpas

>
HULU LANGAT – Selepas enam bulan menjadikan ayam sebagai mangsa untuk disabung setiap kali cuti umum, sekumpulan 16 kaki judi akhirnya ditahan polis dalam satu operasi di sebuah ladang getah di Batu 23, Sungai Lui di sini semalam.

Kesemua kaki judi itu ditahan ketika asyik menyaksikan ayam taruhan mereka bersabung sempena sambutan Hari Krismas semalam di dalam gelanggang khas yang disediakan.

Kebanyakan mereka yang ditahan itu berasal dari Sabah berusia di antara 23 hingga 53 tahun serta bekerja sebagai pemandu lori dan pekerja kilang.

Dua daripada mereka yang dicekup adalah sepasang suami isteri yang dipercayai menjadi penganjur sejenis lagi judi dinamakan dadu muka enam di kawasan sama.

Operasi tersebut dilakukan oleh tujuh pegawai dan 20 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman diketuai Supritendan Maszely Minhad.

Sumber: Kosmo

Nota Dahi: Dapat kat aku mamat ni memang aku sabungkan dengan binatang peliharaan aku kat bawah ni!

“Nama diberi TandukTerbang. Tapi kat kampung kawan-kawan panggil Roy je…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: