Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Wow! Nadia Aqilah nafi seksi

>
PENAMPILANNYA wanita berusia 25 tahun ini dikatakan cukup berani kerana tidak kekok mendedahkan sebahagian tubuh badannya. Namun, Nadia Aqilah yang semakin dikenali sebagai seorang pelakon drama dan teater tidak begitu ambil pusing dakwaan itu. Yang penting baginya, hasil kerjanya diterima baik oleh umum.

Diamat-amati, sebenarnya sudah banyak produk televisyen yang menampilkan pelakon dan penyanyi ini. Antaranya ialah Emil Emelda, Sindarella, Merah Putih dan Tari Tirana.

Selain itu, Nadia juga pernah bergiat dalam teater Puteri Gunung Ledang The Musical pada tahun 2005 dan P.Ramlee The Musical pada tahun 2008.

Ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya, D.I.V.A baru-baru ini di Studio Bentley, Damansara, Nadia menegaskan bahawa penampilannya tidak begitu seksi seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Saya masih menjaga penampilan agar tidak begitu keterlaluan,” katanya jujur seraya menidakkan tanggapan umum.

Selanjutnya dia lebih teruja berbicara perihal album debut-nya. Bercita-cita untuk mengadakan konsert solo, penyanyi yang berasal dari Subang Jaya, Selangor ini berasa puas kerana dapat menghasilkan album sulung setelah sekian lama menanti. Hakikatnya, Nadia telah mula melibatkan diri dalam dunia nyanyian sejak berusia 14 tahun lagi.

Ujarnya, dunia lakonan dan persembahan teater juga sedikit sebanyak membataskan dirinya untuk tampil dengan album solo.

“Sebenarnya, saya mula melibatkan diri dengan nyanyian sejak bersekolah lagi. Kini, Lakefront Record selaku label telah merealisasikan cita-cita saya untuk menghasilkan album.

“Album D.I.V.A menampilkan 10 lagu baru dan lirik hasil karya saya sendiri termasuk bekerjasama dengan komposer Daniel Veerapan.

“Saya berterima kasih kepada pihak label kerana memberi peluang menghasilkan album dan ini merupakan sebuah peluang yang amat saya nantikan,” katanya.

Album D.I.V.A mengketengahkan dua buah single iaitu D.I.V.A yang dinyanyikan dalam bahasa Melayu manakala Free dalam bahasa Inggeris.

Album itu mempunyai tujuh lagu dalam bahasa Inggeris dan tiga lagu Melayu termasuk Percaya dan Teman.

“Ramai bertanya mengapa saya tidak membuat lagu bahasa melayu sahaja. Jujurnya, saya percaya peminat tempatan juga menyukai lagu-lagu bahasa Inggeris.

“Selain itu, lagu bahasa Inggeris dalam album saya merupakan idea pihak label dengan harapan supaya dapat menembusi pasaran luar,” katanya yang turut berterima kasih kerana pihak Lake Record memberi peluang untuk dirinya berkarya melalui penulisan lirik dan penciptaan lagu.

Duet dengan Chrome Cats

Untuk lagu bertajuk Free, Nadia berpeluang berduet bersama penyanyi rap antarabangsa dari Los Angeles,Amerika Syarikat iaitu Chrome Cats.

Uniknya, syarikat rakaman naungannya kini turut mempunyai cawangan di Los Angeles.

“Kolaborasi dengan Chrome Cats melalui lagu Free secara tidak langsung memberi peluang untuk saya memasarkan lagu saya ke Amerika Syarikat.

“Realitinya, seni muzik tiada sempadan dan jurang tanpa mengira budaya, bahasa dan negara,” katanya yang yakin dengan pemasaran betul, lagunya bakal berpotensi untuk diminati pendengar dari luar negara.

Berbicara mengenai lakonan, Nadia memberitahu ingin berehat buat sementara kerana ingin untuk memberikan fokus kepada album. Namun dengan minat berlakon yang semakin menebal dalam dirinya, dia tidak menolak untuk kembali berlakon pada tahun depan.

“Saya ingin fokus menyanyi dahulu. Selain itu, saya ingin juga menghabiskan pengajian peringkat diploma lanjutan dalam bidang perniagaan di sebuah universiti awam.

“Kebiasaannya pada umur 25 tahun, ramai yang telah memperolehi diploma atau ijazah. Namun tahun depan saya yakin dapat memperolehi diploma,” katanya yang menyusun satu persatu hala tuju hidupnya untuk berjaya dalam bidang seni dan pengajian.

Sumber: Kosmo

Nota Dahi: Yang berbaju pink tu…tak seksi la sangat. Sekali terlondeh baju tu sape nak jawab??? Reporter gak yang kena keje lebih masa sebab nak kuarkan cite panas. Kehkehkeh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: