Blog Berita Ringkas

Just another WordPress.com site

>Biodata Girl’s Generation SNSD

>Girl’s Generation ataupun nama kumpulan ini dalam bahasa Korea iaitu SNSD (So Nyeo Shi Dae) ialah sebuah kumpulan penyanyi yang terdiri daripada 9 ahli yang comel-comel belaka. Jika anda masih tidak mengenali Girl’s Generation, sila baca sehingga habis ok.

Kesemua 9 ahli ialah Hyoyeon, Jessica, Seohyun, Sooyoung, Sunny, Taeyeon, Tiffany, Yoona dan Yuri manakala Hyoyeon bertindak sebagai ketua kumpulan ini. Girl’s Generation mula menerbitkan lagu pertama pada tahun 2007 yang diberi nama ‘Into The New World‘ dan pada bulan november 2007, mereka mula menerbitkan album pertama Girl’s Generation dimana lagu ‘Kissing You‘ mendapat sambutan hangat daripada peminat. Pada Mac 2008, album tersebut diterbitkan semula dengan nama ‘Baby Baby‘. Selain bidang nyanyian, Girl’s Generation turut rancangan realiti, drama serta rancangan radio.

Pada Januari 2009, SNSD mula mengorak langkah dengan menerbitkan mini-album yang pertama dengan bertajuk ‘Gee‘ dan lagu ‘Gee‘ juga mendapat sambutan yang menakjubkan daripada peminat. Pada Jun 2009, SNSD mula melancarkan mini-album yang kedua bertajuk ‘Tell Me Your Wish‘ dan album ini juga mencapai kejayaan yang besar bagi SNSD.

SNSD mula melebarkan sayap dengan melancarkan sebuah album penuh yang bertajuk ‘OH!‘ pada Januari 2010 dan jualan album ini sudahpun melebihi 100,000 unit. Selepas itu, pada bulan Mac pula SNSD melancarkan album repacked terbaru iaitu ‘RunDevilRun‘. Pada bulan October yang lepas, SNSD melancarkan mini-album yang ketiga berjudul ‘Hoot‘ dan ianya sama seperti album sebelumnya, mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Apa yang menariknya, kesemua 9 ahli Girl’s Generation ni adalah berumur antara 20 hingga 22 tahun. Jom tengok biodata kesemua ahli Girl’s Generation.

1. TaeyeonNama Sebenar: Kim Tae-yeon
Tarikh Lahir: March 9, 1989
Tempat Lahir: Jeonju, North Jeolla, South Korea
Tinggi: 160cm

2. JessicaNama Sebenar: Jung Su-yeon
Tarikh Lahir: April 18, 1989
Tempat Lahir: San Francisco, California, USA
Tinggi: 163cm

3. SunnyNama Sebenar: Lee Sun-kyu (Hangul: 이순규 | Hanja: 李順圭)
Tarikh Lahir: May 15, 1989
Tinggi: 158cm

4. TiffanyNama Sebenar: Stephanie Hwang @ Hwang Mi-young
Tarikh Lahir: August 1, 1989
Tempat Lahir: Los Angeles, California, USA (but raised in Diamond Bar)
Tinggi: 162cm

5. HyoyeonNama Sebenar: Kim Hyo-yeon
Tarikh Lahir: September 22, 1989
Tempat Lahir: Incheon, South Korea
Tinggi: 160cm

6. YuriNama Sebenar: Kwon Yuri
Tarikh Lahir: December 5, 1989
Tinggi: 167cm

7. SooyoungNama Sebenar: Choi Soo-young
Tarikh Lahir: February 10, 1990
Tempat Lahir: Seoul, South Korea
Tinggi: 170cm

8. YoonaNama Sebenar: Im Yoona
Tarikh Lahir: May 30, 1990
Tempat Lahir: Seoul, South Korea
Tinggi: 166cm

9. SeohyunNama Sebenar: Seo Joo-hyun (Hangul: 서주현 | Hanja: 徐珠賢)
Tarikh Lahir: June 28, 1991
Tempat Lahir: Seoul, South Korea
Tinggi: 168cm

Untuk maklumat lanjut tentang biodata semua ahli kumpulan Girl’s Generation ni, anda boleh layari website YeinJee’s Asian Stars ataupun wikipedia. Sebelum tu, jom layan beberapa video klip menarik oleh awek Girl’s Generation yang diambil dari youtube. Gunakan IDM untuk download video ni ye.





Nota Dahi: Jika anda berminat dengan lagu Girl;s Generation, aku telah letak alternate link terus dari mediafire untuk album-album terbaru SNSD. Selepas ni nantikan biodata Wonder Girls iaitu sebuah lagi kumpulan dari Korea yang juga meletup dengan lagu ‘Nobody’.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: